Jumaat, Disember 03, 2021
Hello, last month of twenty twenty one
Bila masuk je bulan terakhir setiap tahun mesti perasaan bercampur baur. Kenapa? Pasal hati seronok dah bulan holiday, bulan cuti. Dalam masa yang sama sedih bahawa tahun 2021 bakal meninggalkan kita.
Setelah 2 tahun hidup dengan pandemik. Virus Covid-19 ibarat satu perkiraan yang wajib bagi semua manusia atas muka bumi. Kadang malas juga nak ambil tahu, penat nak tengok nombor makin tak turun. Buat tambah stress sendiri. Sudahnya pandai-pandai la jaga SOP.
Tahun hadapan adalah tahun ketiga bersama virus itu, katanya ada varian yang lagj menganas. Belom tambah lagi dengan harga barangan makin mencanak naik. Berhuhu keluarga Malaysia ni.
Eh.. apa benda yang aku tulis ni. Nak bebel apa wei? Aku cuma nak cakap pasal bulan terakhir tahun ni je. Ko melalut kenapa. Adoooooi..
Haa, aku cuma nak dapatkan menaip sampat 500 patah perkataan. Rajin nau kan? Nak recap bulan lalu, kami berjalan sokmo je. Balik dah duduk rumah relax-relax ja lagi. Pahtu ni pun masih pulun jalan di Sarawak pulak. In shaa Allah balik nanti Aien update la. Macam-macam benda nak share. Harap semua boleh buat la kan. Aamiin.
Korang macamana di hujung tahun ni? Moga semua baik-baik saja okay. Apapun moga Allah permudahkan urusan korang para pembaca dan rakan blogger sekalian. Apapun dugaan yang korang hadapi, dapat diberikan kesabaran dan ketenangan dalam mengharunginya.
Okay, tu je nak cakap. Haha konon 500 patah perkataan. Ni nak lepas 300 pun payah. Eh.
Dengar citer varian baru covid makin meliar. Korang stay safe tau. Jaga diri. Jaga mental. Moga kita baik-baik aja. Akhir zaman ni kena redha je semua. Usaha moga jadi hamba yang beriman dan bertaqwa di samping melalui baki-baki kehidupan.
Itu la tu, nak semua pengakhiran yang baik macam diri ni, tetap alpa dalam godaan dunia. Setiap perkara yang berlaku, firasat mengatakan sudah lagi wahai diri. bertaubat la sebelum pintu taubat tutup. Tapi, masih lagi. Allah Allah
Jom sama-sama kita baiki diri. Diberikan kesempatan untuk bertaubat moga Allah terima taubat kita semua. Stay safe stay health okay. Nak vitamin eskayvie boleh roger. 😉
Ada promo hebat untuk bulan ni tau. #kitaikhtiar semoga dapat hindar diri daripada wabak covid ni. Untuk diri dan juga anak-anak. Satu keluarga sehat, in shaa Allah harmoni.
Rabu, November 24, 2021
Pertama kali di-scam sepanjang berbisnes
Saja la tu kn nak datangkan idea supaya Aien n menulis kan.. Sesungguh, tiada apa yang bermakna melainkan pengalaman sendiri.
Ceritanya begini. Di pagi hari tengok ada whatsapp dari nombor yang Aien saspek dari US. So, konfem la scammer. Haha Tapi, daku gatal tangan pergi reply jugak sebab dia sebut Penang. Teringat ada sorang teman dia pun kat nak beli tudung Monogram Square hari tu.
Selasa, November 23, 2021
Cuti-cuti 2 hari 2 malam ke mana kah kita?
Tu nah, rangkum sekali la. Sebab yang ni bukan panjang pun langkah kami. Bila baca review orang lain semua lawa-lawa je gambar. Kita ni amatur lagi. Haha Tapi review ikhlas daripada hati Ibu anak tiga. Gituu...
Dari Melaka 2 hari 2 malam , melihatkan semua macam tak ada plan lagi nak ke mana, kabo dengn husband. Alang-alang kita jalan, ajum la naik ke PD. Nak jumpa kawan main masa kat kolej dulu. Mula-mula bila di kabar tu dia senyap. Esok paginya baru dia ngajak, kata nak g PD?
Aien apa lagi, orang offer, jangan menolak. Ajum kita jalan puas-puas. Hahaha
Perjalanan daripada Melaka bermula jam 10 pagi. Ikut highway, sampai PD sekitar jam 11 lebih. Pahtu kami singgah la makan kejap di Warung Salai. Orang kata kalau dah jejak Negeri Sembilan, jangan lupa pekena dorang punya lemak cili api asli daripada Nogori.
Journey Padang Jawa - KLCC - Watch Shark Doo Doo @Aquaria Suria KLCC
Makan la di Fish and Chips ni. Nak makan macam dah kenyang dengan appetizer dia. Nayla syiok dapat dibagi peluang pilih menu dia sendiri. Dan kami bungkus fish fillet dia bawak balik Johor, sudahnya. Huwaaa menghampakan laa. Dapat la kucing-kucing mak makan ikan mahal. Bwahaha
Selepas makan, kami singgah ECo Shop dia dulu. Haha Tunaikan janji nak belikan Nayla toys. Sebab masa di Aquaria, dia nak dinosour di sana. Lain kali ye nak, doakan rezeki ayah ibu murah kita beli patung tanpa tengok harga. Syiok la Mateh belanja. Sampai balik menyebut nama Mateh dia.
Lepas Zohor, kami bergerak pulang ke Johor. Itupun singgah di RNR sebab ngantuk sangat dah husband. Dapat tidur 30 minit, baru kami mulakan kembali perjalanan. Sampai Pekan Nenas jam 6.15 petang.
Alhamdulillah tamat sudah perjalanan kami di sebelah sini. In shaa Allah akan update lagi untuk pulang kampung Opah. Bebudak dah tak sabar dah nak naik kapal terbang. Sampai jumpa lagi~