Selasa, November 16, 2021

Cuti-cuti 2 Hari 2 malam Edisi Melaka

 


Allah Allah.. Lama nya kau amek mood, orang pun dah tak ada mood nak ui baca kisah kau tu. Hee~ maap ler.. Anak-anak Ibu tak sehat. Dengan Ibu sekali tumbang, mana maunya. Bah la, kamek nak bercerita tok? Ada nak baca nisik? Eh, lalek nya sia. Ku nak nulis. Kawu baca nisik.. Tandah nya sia.

Lekak pulang dari Amansari Desaru riya, mun tak orang nak baca kisah dak tiga tek bercuti nak.. klik jak dibah tok: 

Triple N First Staycation at Amansari Hotel Desaru

Bah, ko mok baca ngan aku tek kelaka sarawak kah? Ndak penin palak ko kelak? Haha Tersaruk dengan dak Ngektsai bah. Bah bah.. Ehem ehem.. 


Aieee....nak ilang bunyi tok eh. Bak kata Nayla, "Apa Ibu cakap tu?" 


Haa, gitu... Ibu ni haa, nak bercerita pasal kita cuti kat Melaka. Sibuk petang tadi tak ada buat apa masa teman anak tido, mata sendiri tak nak tido. So, Ibu edit video cuti kita ke Melaka ritu. Sudahnya, Ibu ngekek ketawa. Pasal pergi 2 Hari 2 malam, sudahnya kami anak beranak pergi lebih kurang je aktiviti tu. Aiguu.. Nyesal? Tak la, sebab dapat spend time dengan family akak sepupu yang selalu cuti bersama tu. Beza kali ni, kami bercuti nak jalan-jalan. Dorang, hmm.. hampeh tamau jalan. Ses geram aje tau. 


Lepas pulang dari Desaru ritu, kami terus la pulang ke Pekan Nenas. Sebelum esok pagi baru bertolak ke Melaka. Tanya husband, kita nak ke mana? Ye la kan, ikut ikut juga. I was really excited nak sharing. Susun tentatif ke pahtu plan or survey apa di nak dibuat kan kat tempat kita nak pergi tu. Even Melaka la sekali pun. Kau pergi sejuta kali pun belum tentu dapat pergi tempat yang sama. Haa, gitu. Yang penting pesan dengan husband, nak singgah rumah Malong Dijah dorang ni. Tapi risau pulak dia sibuk kan. 


Kami bertolak pagi Ahad tu, memandangkan dorang survey homestay kat Melaka semua macam kira Jumaat Sabtu jugak. Ahad orang dah keluar. So, alang-alang kan, kita pergi la hari orang kerja. Ingatkan la tak ramai. Haha Orang Malaysia ui. Semua amek peluang la dah dapat keluar. Risau sambung lagi PKP tahun depan. Haha 


Turun Muar, ingat nak singgah Dinasour Park tu, Husband kata.. Dinasournya cuma satu je. Ada apa... Eh Eh. Haa ye laaa... Ikut je mana dorang nak pergi. Pusing-pusing. Rupanya dorang lead the way tu salah bawak keluar exit highway. Patut keluar Muar, tapi termasuk Bukit Gambir. Nak pusing ke kedai makan yang dorang nak makan tu jauh lagi. So, diteruskan la perjalanan ke Melaka saja. 


Tak sempat nak capture sempadan Negeri Melaka. Haha Sibuk layan anak-anak. Dengan husband sekali kata alaa...    


Pusing pusing lagi tak tau mana hala tuju. Masuk Melaka dah waktu tengahari. Orang berpusu keluar cari makan. Pahtu first car tu tak tau pulak nak makan kat mana. Adoo doo doo.. Haa, ayoh la kita ke homestay terus, mak ada bawak bekal jugak ni. Kata mak mentua. Sememangnya dia rajin kalau nak jalan ke mana, masak dulu. Risau lapar dalam kereta ke kan. Menantu ni pun turun terjebak. tapi kalau dari rumah sendiri la. Kalau dari kampung, sorry to say. 😁


Pusing la terus ke Bukit Katil, mencari Damai Holiday Homestay. Nasib tuan rumah dah pandai masukkan address dia notch-pin kat google maps. Jadi bila orang cari senang. Terus jumpa. Tak yah dah nak taip alamat dia bagai. 


Sampai kat rumah. Fuyoo besar kolam dia. puas mandi. Rumah pun bagus untuk 2 hari dapat harga RM250/semalam. ke untuk dua malam tak ingat. Tapi jauh sikit dari Banda Hilir. Tapi, don't worry, Bukit Katil banyak makanan viral. Cuma kami silap pusing. Tu je la. 


Sebelum terlupa, korang kalau berminat nak sewa Damai Holiday Homestay ni page Facebook dia: 


Damai Holiday Homestay


Memang syiok, puas la bila pergi kami masa tu, dalam 3 keluarga. 9 dewasa dan 5 kanak-kanak. Toto bantal dan selimut extra semua ada. Cuma tak berapa nak puas hati tandas dia tak ada tempat sangkut. Haha Terkial-kial koi nak sangkut baju tang mana entah. Over all  memang puas hati rumah dia, tuan rumah pun sebelah rumah je. 

Sesudah tiba di homestay, hujan lebat turun. Haa, semua bantai habiskan karipap a.k.a epok-epok plus megi goreng plus roti telur yang mak mertua bawak. Ha ha kebulur semua. Petang sikit, adik ipar dari Rawang pun turun sama. Dia bawak lagi makanan. Memang tak jadi la keluar. Hujan + orang tua + budak kecik = tunggu je la. 

Lepas maghrib baru keluar dari sarang mencari makan malam. Husband dah kelaparan amat. Ada kedai makan berdekatan semua takat bukak siang. Malam macam kena jalan jauh sikit dari homestay tu. Jumpa kedai siam Restoran Cahaya Tomyam Seafood, bedal je la. Janji jumpa nasi. 

Perut dah kenyang tali kecapi, gendang gendut senang hati. Maka yang mak mak ni mula la kata, yok kita balik. 😂 Apa makna jalan-jalan kalau asyik berkurung di homestay? Ado doo doo. Yang jiwa muda pulang lead the way. Ajak ke Taming Sari. Malangnya hari jugak tidak membenarkan. Renyai-renyai membasahi bumi Melaka. Memang dia nak suruh la tu, golongan berisiko jangan berkumpul. Haha 

Husband ingat nak ajak anak-anak pusing ke Pantai Klebang, dorang pulak dah ketiduran. Siang tadi sampai homestay dorang bedal mandi kolam si ayahnya ajak. Sudah, dia bising tak dapat tido. 😬 Anak-anak lepas mandi, makan dan main terusan tak ingat nak rehat. Ye la, pertama kali berjalan Nenek, Mangah dan Ucu dia ngikut. Suka la dia.

Bila anak-anak dah tidur, yok la kita mampir. Pulang aja deh. Rehat, esok kita mula misi mengukur bandar Melaka ni. 

-Baru hari pertama, tak buat apa pun panjang juga menaip. Lenguh dah tangan ni. 😂


Day 2 di Melaka

Lepas subuh terus plan nak makan kat mana. Bilik mandi cuma dua. Usai-usai la siapa dulu nak mandi. Amek nombor. Malangnya, seawal pagi yang dah balik awal semalam je dah bangun
Jiwa muda bagi peluang dahuluan mandi. Anak-anak kecil, seawal jam 8 dorang dah dimandikan. Umpan jalan. Laju la memasing. Pakai baju lawa. 

Okay, jam 10 pagj keluar rumah, mencari Asam Pedas Pak Man. Tak sampai 10 minit dari Homestay. Amboi, dekat bebeno. 


Betul-betul kedia dia di tepi jalan dan lampu trafik. Senang nau la nak cari. Masa kami pergi tu, dalam jam 11 pagi, orang belom ramai. Menu pun ada menu sarapan dan juga menu tengahari. Sorry, tak sempat nak capture, Nadhira dah rengek. Adeh, Ibu pulak tersalah pakai baju. Memang sabar je la nak. 


Jangan ingat di kedai asam pedas tiada menu selain asam pedas. Ada, Nasi Ayam dia terbaik! Sedap. Anak-anak pun suka. Ibu kongsi dengan dorang la, tu pasal menu ni. Kalau tak kongsi pun Ibu tak berani nak makan asam pedas Melaka. Pedas.. Bukan geng Ibu. Ayah pulak nak makan Asam Pedas Sembilang, ikan belom jumpa lagik. Haha Order telur dadar pun belom sampai katanya telur tu. Apa aje la. Bila dah jam 12 tengahari, orang ramai mula berpusu masuk ke situ. Kami sudah selesai, mula menuju ke destinasi seterusnya. 

Ingatkan nak pergi Taman Rama-rama, Nak tengok habitat rerama ni macamana kan. Bila tengok tiket RM25/orang dewasa. Kami fikir-fikir lagi. Mungkin mampu bagi orang lain. Tapi, ada berkata yok la kita pergi zoo. Sekurang-kurangnya RM38/orang puas hati nak berjalan tengok binatang. 


Maka beratur la kami. Masa pandemik ni, pastikan korang semua dah lengkap vaksinasi dan jika pergi berkelompok, pastikan seorang sahaja yang beratur di kaunter tiket. Sebelum tu, kumpulkan kad pengenalan semua ahli terlebih dahulu. 

Harga tiket masuk seperti yang tertera:: 

RM38 dewasa 

RM31 kanak-kanak atas 3 tahun. 

Itu untuk warganegara Malaysia. Warga asing adalah harga dia lain lagi. Agak ramai juga masa kami pergi walaupun sudah jam 1 petang. Huhu, Peringatan lembut, pastikan ada kipas kecil untuk anak kecil. Stroller boleh tolak masuk. Payung dan topi boleh beli di pintu hadapan zoo. Bawa sendiri lagi lebih baik. Sebelum nak masuk kawasan zoo juga, ada sanitizer area untuk seluruh badan. Kagum sekejap. Bagus inisiatif pihak pengurusan dorang ni. 


Dah masuk, korang di sapa oleh burung nuri dan kakak tua di sebelah kiri dan kanan. Kalau dengar, dorang ni ucap selamat datang pada pelanggan. Ha ha Kiut kan? Maka amek la kesempatan dahulu bergambar di bawah payung ni. 

Berpecah juga kami masa masuk sebab akak sepupu tu dia dah pernah pergi. Mak mentua dengan adik ipar semua, dorang pergi masa arwah ayah mentua masih hidup lagi. Masa tu pun adik ipar yang bongsu belom ada. Lama betul dah. Banyak dah berubah. Jadi terpinga sekejap masuk sini. Dengan Aien sekali yang baru pertama kali jejak kaki ke sini walaupun belajar di Melaka 3 tahun. 



Jalan hadapan sedikit, ada peta keseluruhan Zoo Melaka ni. Fuh, memang sesuai untuk kurus ni. Bakar kalori lepas makan asam pedas. 😂 
Kami jalan kaki separuh zoo, separuh lagi adik ipar dah siap sedia tempah buggy masa masing-masing yang berusia dok fikir nak jalan ke tidak tengah panas gitu. 


Sementara tunggu yang berkenaan cari kenderaan di mana dan bagaimana, kami sempat posing jap di hadapan Tram Station. Dalam sini ada dua pilihan kenderaan. Jika korang memilih Tram dengan bayaran RM8/dewasa dan RM6/kanak-kanak. Perjalanannya cuma bergerak perlahan di satu cek point. Tiada berhenti. Pelan-pelan la tengok binatang. Kalau bawak stroller pun kena tinggal di stesen. 

Manakala dengan pilhan buggy, lebih privasi untuk satu keluarga. Terpulang kepada berapa besar buggy tersebut jika tak silap Aien la kan. Ke memang mana-mana buggy harga tetap dengan bayaran  RM150/ dua jam dan ada tiga check point. Untuk pilihan buggy, pelanggan harus tinggalkan nombor telefon terlebih dahulu untuk tempahan. Dia macam bukan terus dapat tau. Kena tunggu 2 jam. Sementara tu ko pusing la ke Dinsaour Area tu. Ada 4 ekar. Pusing la puas-puas. Kalau dalam dua jam tu korang nak batalkan, boleh je telefon kaunter tu balik. Sebab bila dah habis pusing baru bayar secara tunai gitu. 


Maka kami berjalan ke dinasour area. Tarikan terbaru di Zoo Melaka ni. Fuh, menangis jugak tengok peta dia. Besar. Kami pusing separuh je. Sebab Nadhira meragam, ngantuk plus panas. Pengalaman la jugak, sebab kami memang tak ada sedia kipas kecik. Hahaha tu yang pesan kat korang  supaya anak korang tak meragam dan korang tak hadapi masalah sama seperti kami. Dulu masa Nayla kecik ye, semua benda disediakan demi keselesaan dia. Dah anak dua tiga ni. Dia macam... Serabut la nak fikir itu ini. Haha Kami dua laki bini ketawa ja. Jangan tak merasa berjalan bawak anak kecil. Dengan panasnye. Menarik juga sebenarnya. Sebab dorang penat, dorang tido. Nasib baik sekiranta mereka ni tak ngarok/meragam. 


Pergi waktu tengahari, panas pulak tu. Memang masa berehat dorang la. Lagi-lagi dah kenyang makan nasi ayam tadi. Nayla tak kisah sangat sebab dia memang suka stay up. Najmi dan Nadhira ni. Tengahari je wajib tido. Kalau tak, fuh... drama pun bermula terutamanya Najmi. 


Pintu masuk dinasour Area. Sebenarnya dalam bangunan tu jual merchandise dinasour kot. Tak masuk walaupun nak curi kesejukan. Sebab too much people. Aah~ no no. Kalau korang tengok di Instagram Aien, Ada video kami pusing-pusing dalam kawasan ni. Masa tu tengah rajin nak rekod semua. Haa, bila sendiri dah penat. Malas la. Hati la geram ngan mader-mader berusia ni tak nak jalan. Pakat duduk di kawasan rehat tunggu kami habis pusing. Penat dorang kata. Aiguu.. mahal-mahal bayo nak duduk je. Tapi tu la. Nasib anak-anak prihatin tempag buggy. Boleh jalan sesama. Dah sampai kawasan harimau Malaya kami berjalan, baru pihak pengurusan telefon kata buggy dah ada. 

Sorang ja la pergi patah balik tunggu buggy kat depan. Tunjuk diri yang mana satu tempah kenderaan tu. Pahtu kutip la mereka mereka yang di kawasan rehat, dan kami di kawasan harimau Malaya. Yang bagusnya kalau tempah buggy ni  kan bersama dengan pemandu arah pihak zoo, dia terangkan setiap binatang yang ada dalam zoo tu. Nama mereka siapa. Datang dari mana. Siapa jenis Aien yang lebih kepada hearing method learning,  Mesti lagi suka naik buggy dan akan ingat setiap bait kata penunjuk zoo tu.


Macam ni kuda padi. Saiz yang ada ni  adalah paling besar saiz untuk kuda padi. Ada anak dia juga tu, tapi cameraman dah penat. Tak leh fokus. Gula kurang dalam badan. So out of energy. 



Dua ekor gajah betina daripada Pahang, seorang lagi berasal dari Johor. Yang tengah tu dari Johor. Namanya.. Ah lupa dah. Tu la .. Balik tak terus tulis. Memori pun tak leh nak absorb lama. Huhu


Satu-satunya burung Enggang dalam Zoo Melaka. Hensem betul la. Pemandu zoo  yang bernama Atikah ni siap panggil nama dia. Menyahut tau korang. Adooo, orang Sarawak kata rindok ati. Macam terharu gituu. Dah la suara si Atikah serak serak serupa Ella. Boleh bayangkan la sekeliling boleh dengar suara dia. Orangnya kecil molek je. 


Bila dah naik buggy, perjalanan dalam zoo ni terasa singkat benar. Kejap je dah habis. Aien tak jumpa gambar orang hutan. Masa kami pergi tu kan hari panas. Jadi kebanyakan haiwan-haiwan berehat la kan. Pahtu bila di kawasan monyet, orang utan dan seangkatan dengan nya, meriah. Dengan orang utan tu, tegak mengayakan dirinya untuk diambil gambar persis model. Ada Aien capture. Jap jap cari lagik. 

Tak ada la. Iolls capture dengan mata ja sebab dah penat. haha Yang comelnya oRang Utan yang betina tu nama dia Mardhiah. Hobi suka kumpul sampah-sampah daun kering untuk menutupi badannya. Ini yang paling Aien ingat. Sebab terngiang suara Atikah panggil. Lebih dari 10 kali jugak nak mujuk si Mardhiah tu. Dia pemalu sikit, kata Atikah. 

Tamat perjalanan di dalam Zoo Melaka tu, lebih kurang jam 3 lebih. Masing-masing kepenatan. Lapar. Maka jom cari makan. Bincang-bincang kata nak pergi makan Rojak Sotong. Tapi tutup pada hari Isnin. Haa, dah tak tau nak makan apa. Pahtu dah gerak, bawak ke Banda Hilir. Sebab angannya nak masuk Rumah 3D. Malangnya, bila dah sampai situ, Aien suggest Wong Solo, tapi mahukan goreng-goreng. Ibu menyusu nak makan nasi. Haha Bercanggah lak. Sudahnya makan mee kolok percuma dengan perasmian Haiyana Kitchen berdekatan dengan Pahlawan Walk tu. 




Di sediakan dalam mangkuk pakai buang. Dan agak grumpy sikit Aien dengan servis dia yang eh...  Air aku nape tak sampai lagi dowh? Haha Hungry man is angry man. Nak dapatkan mee kolok percuma pun kena isi borang kaji selidik. Pahtu bagi cadangan suruh improve ke apa sebelum korang dapat makanan. Aha~ bila dah makan. Nak isi lagi borang tu, dah ghaib. Haha Nasib aku dah lama tak makan mee kolok. Sedap la jugak. Allah..  rindunya. 

Tak lama tengah makan, hujan selebat tidak. Habis kerusi meja yang dorang letak kat luar berterbangan. Sudahnya berteduh sampai jam 6 lebih. Nak pergi Rumah 3D memang tak sempat  la sebab dorang tutup jam 7 petang. Maka, apa lagi Bukit Katil la dituju. Kami mengambil kesempatan untuk ziarah Malong Dijah di Kuala Sungai Baru. Fuh, jauhnya sejam lebih. Najmi dan sedap tidur dalam kereta. Langsung tak sedar diangkat masuk ke dalam rumah. Siap ngigau salah Ibu. Haha Kakak Naylaa dengan adik Nadhira sempat mandi. Ibu sembang dengan Malong. Bagi husband rehat dulu. Tak sempat pulak capture the moment. Lama dah Nayla asyik tanya, 'Ibu, malong mana bu.. '  bila dah dibawakkan dia shy shy cat pulak. 

Rindu dengan kawasan Kuala Sungai Baru. Lalu di kawasan asrama lama, dah jadi Mr.DiY .  Haha Sebab kolej Universiti Islam Melaka a.k.a KUIM tu dah dinaiktaraf jadi universiti. Makin maju la sistem dorang. Ada rzeki lagi kita pusing situ lagi. Dengan je dengan pengkalan balak. Cakap ngan husband, alang-alang dah hujung dekat ngan PD, boleh tak nak ziarah BFF pulak di sana? Haha 

Nak tau dapat ke tidak? Nanti kita sambung lagi. Maka itu la cerita kami di Melaka. Diari percutian #noonefamily edisi Melaka tamat di sini.

Apa tempat di Melaka yang korang mesti singgah kalau ke sana? Cer share sikit. mana tau lain kali boleh singgah sama. 😃

Ahad, November 14, 2021

Jurnal Nadhira 4 bulan


 

Setelah 4 hari, baru Ibu ada masa dan idea nak menaip. Rentetan jurnal kesihatan dan growth skill si kecik Nadhira. Ibu tulis as a diari je la.. Moga besok Ibu boleh baca lagi. 

Alhamdulillah Nadhira Imaani telahpun cecah 4 bulan pada 6 November yang lepas. Masa kecik ni, memang tak sedar masa berlalu dengan pantas. Sebab kerja si bayi ni minum susu, berak, mandi tido. Itu je la.. Pusing-pusing gitu je la. Cuma dah jejak 4 bulan ni aktiviti dia dah mula banyak. Nadhira pun dah mula explore sekeliling. Mata juga dah melilau, air liur pun meleleh. It's normal bila da ada baby tudung kau bau muntah susu dia. Kena la standby kain tuala banyak-banyak. Satu benda Ibu belajar tentang Nadhira ni, dia macam mabuk bila minum susu dalam kereta. Lagi-lagi susu tu daripada malam tadi dia tak sedut, dah Ibu tak mermet dia keluar. Haa  kasi dia minum yang tu, konfem dimuntahkan semula. Acee kerja kan? 

Sejak daripada tu, kalau malam Nadhira kurang menetek, Ibu mermet siap-siap. Buang je la. Ada juga suggestion simpan  frozen kan. Boleh guna masa dia dah makan nanti. Ha, ye la. Nanti iBu buat. 

Itu baru bab menyusu. One more thing, dia lagi suka perati botol kakak dengan abang dia. Dari nyusu dengan iBu. Bila masing-masing rehat santai menyusu, dengan penuh tekun Nadhira renung kakak dan abang dia nyusu. Adooii, anak la anak. Tamau tamau. Ibu tamau ajar awak botol. Nanti Ibu rindu dengan renungan awak. 

Yang bestnya Nadhira, tepat hari dia 4 bulan, dia dah pandai turn around body dia. Wah! Tahniah ttal! Memang ajaib la. tak ada siapa ajar. dia ringan-ringan badan dia duduk sipi-sipi tepi tilam, terbalikkan diri dia..Sekarang ni, hmmm jenuh nak pusingkan dia balik sebab dia nangis. ritu dah ajar dia untuk pusing balik, tapi masih sangkut part dia nak tarik tangan dia balik. 

Faham tak ni? Ibu cerita ni. Sambil taip, ibu terbayang dia golek-golek sendiri. Haha


Temu janji Klinik Kesihatan tunda sampai 10hb hari tu, sebab 6hb jatuh hari sabtu kalau tak silap. Pahtu, gabung dengan cuti Deepavali maka tertunda sampai hari rabu. Alhamdulillah semua baik-baik saja. Timbang naik 500g . Yeah! Pahtu kalau dulu 4 bulan tak ada kena cucuk, kalau tak silap la kan. Sekarang dah ada. Suntikan vaksin phemucocal. Khas untuk penyakit ROTA Virus. Ibu pun nak cerita panjang pun tengah rajin sangat nih kan. Risau korang boring je. 

Suntikan Phemucocal ni baru je diberikan di Klinik Kesihatan sejak 2020. Kalau sebelum tu, kena suntik sendiri di klinik swasta. Masa Najmi dulu belom ada lagi. 
.

Kesan daripada suntikan tu, Nadhira meragam la jugak 2, 3 malam. Plus dia memang tengah selsema dengan batuk. Adoo, berganda la manja dia. Bengkak di tempat suntikan sebesar duit syiling 50 sen. Alhamdulillah hari ni dah surut sikit. Kalau tak, malam lepas kena cucuk tu, nak pusing sebelah kanan pun dia nangis. Sebab cucuk tu di peha kanan dia. 
.

Over all anak ibu sehat aja. Apa lagi yek untuk past month? Tak ada la kot. Ibu pun tada masalah jaga dia. Mudahan Nadhira Imaani sentiasa sehat-sehat saja. Membesar dengan baik, boleh jadi penenang hati Ibu yang selalu nak meletus ni. 

Jumaat, November 12, 2021

Main Mahjung Online, tingkatkan fokus diri

 


Mana la pergi si Aien ni. Balik dari cuti terus ghaib tak ada kabo. Ada yang rindu saya ke tuu? Haha Perahsan sungguh la kan. Ramai dah rakan blogger mula fokus dengan life dan spend time dengan family hujung tahun ni. Al-maklum dapat peluang rentas negeri apa semua, gunakan sebaik mungkin. Risau sejarah mungkin berulang lagi ye dak? 


Aien pun la kan  sejak bercuti hilang sebab memasing penat, pahtu kena demam+selsema+batuk anak beranak akibat kelelahan berjalan. Banyak sangat fikir hilang semua list to do untuk November ni. Terabur! Jadi meh kita amek mood dulu la kan. Weh, terjumpa satu web ni. Game lejen lain lagi sejak ritu dah main game ulor. Dah jemu kita cari lain. Haa, gitu. Jumpa pulak laman sesawang  solitaire.org and guess what? I found my another favourite game. 



Dah berkarat tak main ni, asyik gagal dan gagal je. Eh, ko pehal? Susah nau! Setelah diulang sejuta kali. Baru la dapat menang sekali. Haha Sekali pun cukup la kan. Janji puaskan hati sendiri. Ye la. Kita ni nak relax-relax amek mood. Nak mula buat kerja yang banyak dah bertindih ni. Kalau boleh nak selesai sebelum balik Sarawak nanti. Eh, mana yang Aien menang? Jap jap.. Amek carinya dolok k.. Alaaa... anak p delete.. Tak jumpa mana... sesungguh aku ada menang sekali. Serius game ni susah. Eh, challenging gitu. Tapi best. Korang kalau nak main, boleh usha kat https://www.solitaire.org/


Mahjong China, kegemaranku.

Acee, tajuk kau milah.. Serupa macam nak minang anak teruna orang. Haha  Lepas dah frust la tadi menang sekali je dengan permainan kad tu. Moh kita cari permainan lagi senang. Dan kita jumpa game mahjong ni. Antara banyak-banyak permainan yang ada di laman sesawang Solitaire.org ni, jenis permainan macam ni je Aien berkenan. Entah la awak. Saya ni orangnya tenang saja. Tapi gelabah. Haa, bila tak jumpa pasangan dia, mula la gelabah tengok masa. Ko rasa boleh menang ke? Jom.. Tengok macamana Aien main game mahjong ni. 



Game ni kena rotate dulu skrin telefon korang tu. Baru puas main. Acee salam sikit dengan gadis di pintu hadapan ni. Korang tau tak macamana nak main ni? 


Don't worry. Dia ada cerita macamana cara untuk main permainan ni. Senang je. Cari la dua gambar sama. Padankan. Kalau sama dia terus hilang dan kira markah korang. Jika tidak, markah korang akan ditolak. Bila korang terlalu banyak shuffle batu-batu tu pun dia tolak markah. So, beware okay? 


Level 1. 

Uish.. kacang ni. Zap zap zap.. Dalam lebih kurang 10 minit dah selesai. Haa, syiok la nak teruskan ke peringkat seterusnya. Padahal. Malam sudah hari.  Kata nak amek mood nak buat artikel, update blog. Sudahnya terpengaruh dengan permainan suai padan ni. 


Level 2. 

Nampak agak sukar sedikit percaturan dia. Game mahjong online ni agak berbeza kot bagi Aien kalau nak dibandingkan dengan mahjong yang kita selalu tengok mak cik - mak cik Cina selalu main dalam drama atau filem tu. Sebab yang tu kena kocak dulu ke acaner. Yang tu, tak pernah main. Sebab ada unsur taruhan. Yang ni, tak ada. Senang la nak main. 
         


Korang kalau suka game simple lagi suka nak cabar diri boleh tengok di website solitaire.org atau tekan gambar di bawah ni. Terus bawak korang ke dunia permainan Solitaire. 



Dalam dunia permainan tu, semestinya akan ada pelbagai jenis permainan yang korang boleh pilih berdasarkan minat korang tanpa perlu muat turun sebarang aplikasi. Senang kan? Main je kat web. Sebenarnya lagi mudah kalau boring-boring masa lunch hour, sementara tunggu runner grab food hantar lunch korang. Main la kejap. Jangan tak sedar runner sampai sudah la. Leka pulak. Terlepas masa makan. Haha Itu idea saja. 

Dah, Aien pun nak sambung main mahjong ni. Sambil fikir menu apa untuk sarapan besok. Good Night!