Jumaat, Oktober 29, 2021
MOVIE REVIEW: PENUNGGANG AGAMA 2
Tajuk: Penunggang Agama 2
Genre: Mistik, Saspen, Thriller
Durasi: 1 jam 29 minit
Cast: Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Puteri Nurqaseh, Johan As'ari, Rahim Razali, Anna Jobling, Nasir Bilal Khan
Sinopsis: Kesinambungan daripada kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.
Amir pulak semakin obses dengan kerja sampingan iaitu merawat penyakit dan gangguan kerana ganjaran yang agak lumayan. Sejak daripada itu, dia selalu meyarung jubah putih dan kopiah dan suka digelar ustaz.
Kehilangan Hanim, pelajar mengaji Anna menyebabkan kekecohan antara Ustaz Amir dan Father Michael. Kredibiliti Amir tercabar apabila Father Michael juga menawarkan pertolongan kepada kedua ibu bapa Hanim dan mula bersangka buruk pada Father Michael.
MY REVIEW
Rabu, Oktober 27, 2021
Movie Review: Sa Balik Baju
Tajuk: Sa Balik Baju
Genre: Drama, Woman
Durasi: 1 jam 20 minit
Cast: Nadiya Annisa, Mira Filzah, Kaka Azraf, Juliana Evans, Aliff Satar, Sarancak, Joanne Kim, Elena Moujing
Sinopsis: 6 kisah mengenai wanita zaman kini. hak Peribody, Dalam Kain, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Angkat Kaki.
Hak Peribody-
Love Clicks
Dalam Kain -
Bukan Salah Ibu Mengandung -
Aset-
Angkat Kaki -
MY REVIEW
Selasa, Oktober 26, 2021
Ada apa boleh ditemui di Jalan Jalan Japan Kipmall Masai, Johor dalam masa 1 jam
Ada apa boleh ditemui di Jalan Jalan Japan Kipmall Masai, Johor dalam masa 1 jam | Setelah sekian lama menyimpan impian nak jejakkan kaki ke Jalan Jalan Japan, sebuah kedai bundle atau barang barang terpakai dari Jepun, akhirnya sampai jugak sejak mereka mula membuka cawangan ke-8 di Kipmall Masai, Johor baru-baru ini.
Aien ni sudah la memang peminat bundle. Dari baju sendiri ke baju anak-anak sehingga langsir dan cadar katil juga prefer bundle. Tak tau la kenapa kan. Sebab affordable untuk yang kadang-kadang masih bagus kualitinya.
Apa lagi kita kan, ngajak ler Encik Husband cuci-cuci mata ke sana. Mula-mula Encik Husband buat ronda-ronda untuk pastikan boleh tak bawak bayi bawah 1 tahun. Pahtu, bila dia balik ke kereta, dia kata tak ada yang bawa. Risau pulak dia. Si Nadhira pula sedap tido. Begitu juga Najmi. Al-maklum la, dah tengahari. Jauh dari Skudai ke Masai perjalanannya walaupun cuma 34 minit je.
Sudahnya kami berdua Nayla saja masuk ke dalam untuk shuping. Masuk-masuk saja, Nayla ditayangkan dengan timbunan soft toy yang buat dia rambang mata. Semua nak dikutip angkut masuk bakul. Adeh~ anak la anak. Ibu pulak nak cuci mata ke bahagian lain. Sebelum Nayla sibuk mengajak ke bahagian mainan saja.
![]() |
![]() |