Selasa, Oktober 26, 2021
Ada apa boleh ditemui di Jalan Jalan Japan Kipmall Masai, Johor dalam masa 1 jam
Ada apa boleh ditemui di Jalan Jalan Japan Kipmall Masai, Johor dalam masa 1 jam | Setelah sekian lama menyimpan impian nak jejakkan kaki ke Jalan Jalan Japan, sebuah kedai bundle atau barang barang terpakai dari Jepun, akhirnya sampai jugak sejak mereka mula membuka cawangan ke-8 di Kipmall Masai, Johor baru-baru ini.
Aien ni sudah la memang peminat bundle. Dari baju sendiri ke baju anak-anak sehingga langsir dan cadar katil juga prefer bundle. Tak tau la kenapa kan. Sebab affordable untuk yang kadang-kadang masih bagus kualitinya.
Apa lagi kita kan, ngajak ler Encik Husband cuci-cuci mata ke sana. Mula-mula Encik Husband buat ronda-ronda untuk pastikan boleh tak bawak bayi bawah 1 tahun. Pahtu, bila dia balik ke kereta, dia kata tak ada yang bawa. Risau pulak dia. Si Nadhira pula sedap tido. Begitu juga Najmi. Al-maklum la, dah tengahari. Jauh dari Skudai ke Masai perjalanannya walaupun cuma 34 minit je.
Sudahnya kami berdua Nayla saja masuk ke dalam untuk shuping. Masuk-masuk saja, Nayla ditayangkan dengan timbunan soft toy yang buat dia rambang mata. Semua nak dikutip angkut masuk bakul. Adeh~ anak la anak. Ibu pulak nak cuci mata ke bahagian lain. Sebelum Nayla sibuk mengajak ke bahagian mainan saja.
![]() |
![]() |
Sabtu, Oktober 23, 2021
BELI VACUUM KALI KETIGA DI SHOPEE
Heee~ banyak je benda nak story. Tapi tu laaa. Entah kenapa la dua tiga minggu ni, telefon asyik sesat je tak tau kat mana. Okay, kali ni nak story pasal ritu, Aien beli vacuum baru. Kali ni beli tak ada jenama sangat la janji murah. Haha
Target Pery Smith yang siap ada Dust Mite tu, tapi tabung dia asyik kena kokak je, susah la. Dah dapat ni pun Aien syukur sangat, janji dah tak payah menyapu lagi.
Menyapu secara tradisional siap guna penyapu lidi
Sebab apa dia syiok?
DRAMA TURKI: Siyah Beyaz Ask (Part 1 Review)
Tajuk: Siyah Beyaz Ask a.k.a Black and White Love, Price of Passion
Genre: Mafia, Action, Romantic, Life, Drama
Bilangan Episod/Durasi: 32 / 2 jam 15 minit
Pelakon: Ibrahim Cellikol, Birce Akalay, Sinem Unsal, Arzu Gamze Killic, dan lain-lain
Sinopsis: Seorang doktor yang sentiasa bersedia untuk merawat pesakitnya, berjumpa dengan pembunuh berhati beku dengan luka dari masa silamnya. Apa yang terjadi apabila wanita itu menyelamatkan orang ketika lelaki itu membunuhnya?
MY REVIEW
- Yeter menyembunyikan hakikat bahawa Ferhat anak Namik. Semua orang tak tahu, bahkan bila Asli dapat tahu. Dia tak boleh nak bagitahu ada Ferhat sebab tak nak hancurkan hati Ferhat.
- Gulsum skandal dengan Cuneyt lalu melahirkan seorang bayi lelaki dalam boiler room kediamannya mereka dengan bantuan Asli.
- Idil lidah bercabang, cuba jatuhkan Yeter daripada terus dapat sokongan Namik dengan mengatakan Yeter cuba bunuh anak dalam kandungan dia, padahal dia dah lama abort baby tu. Eh!
- Bila datang Julide, tetiba anak Vildan dengan Cuneyt tu jadi anak Ferhat jugak, pasal Julide dapat tahu yang Vildan lama giler suka kat Ferhat tapi Ferhat buat tak layan je. Dan macam biasa, Ferhat tak bagitau Asli.
- Julide datang ke villa tu. Buat huru hara acah tahu semua benda, and buat skandal lak dengan Namik. Ish!