Ahad, Oktober 17, 2021
DRAMA TURKI: Bay Yanlis
Tajuk: Bay Yanlis a.k.a Mr.Wrong
Genre: Romantic Comedy, Drama
Bilangan episod: 14 - suppose to be continued.. :'(
Pelakon: Can Yaman, Ozge Gurel, Serkay Tutuncu, Cemre Gumeli, Fatma Toptas, Sarp Can Koroglu
Sinopsis: Özgür is a very wealthy restaurant owner and living a sloppy but happy go lucky life, and does not believe in love. Ezgi is now tired of wrong relationships and is determined to have a proper relationship and get married. Seeing that Ezgi is not successful in the relationship matters, Özgür begins to mentor her about relationships and gives her tactics to get the man she likes.
MY REVIEW
Jumaat, Oktober 15, 2021
PRESTASI BLOG SEPTEMBER 2021
Hai, lambatnya update untuk bulan ni. Begitu la. sejak google buat hal, pageview blog macam tidak memberansangkan automatik mood menaip jadi ke laut. Aiguuu.. back to menulis untuk suka-suka saja la labu..
Baik la, untuk September lalu, blog Aienienka.com tidak mencapai target. Tapi tak mengapa. Nanti kita setting dia balik.
Selasa, Oktober 12, 2021
Jurnal Nadhira 3 bulan
Yeay! Alhamdulillah Nadhira Imaani mencapai umur 3 bulan. Serba serbi dah pandai untuk umur dia. Kesian jugak tadi kena cucuk. Melalak. Habis satu bilik cucuk tu boleh dengar suara dia. Ajaibnya bila keluar ja dari bilik tu, dia senyap and terus terlelap. HAHA
Hakikatnya memang jam dia tidur pun masa tu. Kena lagi cucuk. Kesian la member.
Nak cerita apa ya untuk jurnal dia ni? Nak cerita dia dah pandai senyum dan bunyi a-oh-oo bila orang ajak sembang. Dah pandai respon bila orang panggil terutama sekali dengar nama dia. Acah tahu je kan. Bila Ibu rekod video dia, pandai pulak mata dia fokus ke camera. Bila orang acah, dia sengih-sengih sembunyikan muka. Shy shy cat sungguh.
BMI dia alhamdulillah normal. Bak kata misi tadi, seronok dia hari ni baby check up semua cantik je BMI dorang. Alhamdulillah anak Ibu sehat je. Ibu ni je laa yang juga makin sehat saing dengan anak. Bak kata mak, anak sehat maknya makin tembam jugak. orang patut menyusu badan maknya makin kurus. Ini tidak. Ha Ha Guwe peduli apa. Janji happy gitu.
Nadhira pun lepas kena cucuk tu lawak gila. Pasal dia dah ngantok tau. Bila kena cucuk dia menjerit satu klinik dengar. Lepas keluar dari bilik suntikan tu. Dia terus stop nangis dan terlelap. Haha Ado la anak. Agaknya anak-anak Aien semua gitu. Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang baik. Ibunya aja yang selalu stress tak tentu pasal. kan.
Moga Nadhira sehat selalu. Membesar jadi wanita solehah. Adik yang baik. Selalu dengar kata ibu ayah. Jaga abang kakak. Ingat, tanpa adik beradik dan keluarga. Siapa la kita. :)
Salam sayang, Ibu ♥
ps: lama sangat duduk dalam draf. Ibu cari mood menaip tak jumpa jumpa. Haha