Khamis, Ogos 26, 2021
Permainan telefon kegilaan ramai suatu ketika dahulu
Weh, game ni dulu aku pernah main kot!
Kebiasaan ayat yang akan didengari dari remaja 90-an dahulunya apabila melihat permainan ini. Tahu tak korang permainan apa yang mengamit memori ni?
Game Ular wei! Game masa telefon Nokia 3310 atau tiga tiga sekupang dulu orang panggil. Telefon lejen yang kalau dibaling takkan berderai atau pecah. Dan satu-satunya permainan yang ada dalam telefon itu hanyalah permainan ular tangkap-tangkap makan, biar dia sampai panjang. Siapa paling panjang dia la juara. Aien ingat lagi, kalau siapa dapat paling panjang, sampai ular tu dah tak dapat pusing kotak dia dah. Nasib ada pintu ajaib, dia boleh telus je. Bila teringat ni, terus Aien jalan-jalan di play.org dan terjumpa game ular ni. Masyaa Allah membawa balik memori uolls .
Malangnya bila dah lama tak main, alih-alih dalam bentuk 3D, kekoknya lahai. Asyik "GAME OVER" je. Geram iolls tahu.
Macam ni rupa 3D dia. Tak perlu download, tak perlu aplikasi, senang ya amat. Ini dah kali ketiga puluh tiga Aien kalah. Urgh~ stress. Mana taknya, sebab dulu kan papan kekunci. Senang nak tekan. Kali ni di telefon pintar nak kena tap tap tap dia punya arah tuju tu. Memang kekok 80%.
Nampak sangat berubahnya zaman ni. Permainan lama, nak dinaiktaraf ke dalam telefon pintar memang seronok, membawa memori. Aien main dengan bebudak. Dorang pulak seronok dengar bunyi yang menarik dan warna yang nampak colourful serta ular yang sibuk dok kejar makanan tu. Ibunya aja terkial-kial nak bagi ular tu panjang.
Keliru dengan arah tuju dia. Nampak macam makanan tu dekat, tapi sebenarnya kau salah row. Haha Kena pusing. Kat tepi tu, dinding. Kena tak telus, terus mati. Aiguuu~
Terkial-kial Aien cakap wei. Adooo.. Pening kepala den. Terus anak-anak cakap, Ibu kenapa mati? Mana ada Ibu mati nak oi. Ular ni yang mati. Nayla sampai nak main sendiri. Dia main, tak sampai sesaat. Terus kalah. 3D tu buatkan kita yang dah beso ni konfius. Korang mesti trigger kan nak main sama kan? Ha, pergi la layan 3D Super Snake jom la kita lumba ular siapa paling panjang.
Jangan cakap Aien sorang je kekok ke? Haha Selain dari permainan ni, di laman web tu banyak sediakan permainan baru setiap minggu. Ada game Mario, ada macam-macam la. Aien dah cuba beberapa game yang pernah Aien main dulu, memang asyik. Hilang stress Ibu!
Tak buleh hadapan selalu, nanti tak jadi kerja. Sementara anak-anak tido ni, Aien nak sambung lah main game ular yang tak sudah ni. Nah, tengok la gaya noob mak-mak main. Haha
Dalam banyak-banyak game, Aien paling suka game arcade. Kadang game strategi. Tapi tu kena main berjemaah dengan adik beradik. Kalau tak, tak jadi strategi Aien. Haha
K la. Nak sambung. Bai! Jangan lupa singgah tau di plays.org untuk main permainan kegemaran korang.
Selasa, Ogos 24, 2021
Darah nifas keluar semula?
Persoalan yang sering bermain di fikiran Aien sejak dah selesai berpantang. Mungkin ada yang tahu mengikut mazhab Syafie tempoh darah nifas itu adalah selama 60 hari. Akan tetapi, yang menjadi persoalan dan semalam Aien cuba cari di medium pencari google, kebanyakan berkongsi tentang tempoh itu saja. Tapi penjelasan sebenarnya, yang Aien baru tahu la sebagai seorang yang selalu lupa walaupun bersalin dalam tempoh yang agak rapat.
Dulu rasa macam dah tahu, tapi lupa lagi. Dah jadi mak-mak selalu begitu la. Urat memori asyik putus sana putus sini. Sudahnya tiap kali menghadapi masalah yang sama, mesti nak kena cari di google.
Macamana kira darah nifas sebenarnya?
- Keluar TANPA HENTI sejak bersalin itu adalah darah nifas sehingga 60 hari.
- Jika SUDAH BERHENTI dan KELUAR SEMULA tapi masih dalam tempoh 60 hari, dikira DARAH PERIOD.
- Namun jika sudah melebihi tempoh period iaitu 14 hari dari tarikh keluar semula darah tersebut, dikira darah istihadah iaitu darah penyakit.