Khamis, Ogos 12, 2021
CHINESE DRAMA: Crush
MY REVIEW
Berada di tempat kedua carta iQiyi menarik minat Aien untuk menonton. Ingatkan tipikal drama yang mushy mushy romance tapi, this drama memiliki vibes yang sama seperti drama GO AHEAD. Jika dilihat ada beberapa tempat digunakan sama dalam drama tu, terutama sekali kampung halaman Wu Yan, Wei Hao dan Xu Qian. Baju PJ dorang pun sama.
Baik la, berbalik ke drama ni, mengisahkan tentang Wu Yan dan juga Nian Qin. Wu Yan yang free spirit - memang watak yang selalu dibawak oleh Wan Peng macam dalam drama MY GIRLFRIEND IS AN ALIEN. Dan ini merupakan drama ketiga Aien tengok lakonan Wan Peng. Satu lagi genre lebih kurang macam drama ni, FIRST ROMANCE.
She is tough girl sungguh! seorang pelajar pintar sebab dia boleh belajar bidang yang dia tak suka tapi boleh sukses di samping mengejar impian dan cita-citanya menjadi penyampai radio. Paling best sekali dia boleh co-op dan jadikan Nian Qin sebagai test modul untuk dia praktis ilmunya. Haha
Nian Qin pulak seorang yang pasif dan dingin pada semua orang termasuk keluarga yang membuang dirinya kerana kecacatan yang dialami. Kematian ibu pada hari lahirnya, lagi membuatkan dia cuba letakkan kesalahan sepenuhnya pada ayahnya. Dia tak pernah dibagi peluang untuk mengatakan apa yang terbeku dalam hatinya. Demi minat dan satu-satu tinggalan mendiang ibunya, dia memilih piano dan menyuarakan isi hatinya melalui bait-bait lagu.
Dek kerana jatuh cinta pandangan pertama, dan takdir membawa mereka, Wu Yan tanpa dipinta sering membantu Nian Qin dan mengenali inner side Nian Qin sehingga lelaki itu membuka ruang untuk dirinya. Xiao Qing, pelajar kesayangan Nian Qin di sekolah khas tempat Wu Yan menjalani latihan industri menjadi asbab untuk Wu Yan terus mengejar Nian Qin.
Bila dah suka sama suka, alih-alih mak dia pulak tak suka sebab Wu Yan berani melawan katanya kerana bersuara lantang menolak perintah ibunya untuk pulang ke kampung untuk meneruskan pascasiswazah di kampung dan bekerja sebagai counselor. Biasa la darah muda.
Malang tak berbau, ayah Wu Yan jatuh sakit ketika anaknya sedang berbahagia. Kerana marahkan anak, sang ibu langsung tidak memberitahu padanya. Sehingga Wu Yan mengetahui daripada salah seorang kawan ayahnya. Bergegas si anak pulang ke kampung meninggalkan kekasih hati yang baru menyuarakan hasrat hendak membawanya pulang berjumpa keluarga. Padahal sebelum th, Nian Qin ada menerima panggilan dari Mrs. Sang mengatakan sesuatu yang membuatnya kecil hati.
Ketika Wu Yan hendak pulang ke kampung, Nian Qin beranggapan bahawa gadis itu tidak serius dengannya. Saat genting, masing-masing ego kemudian memilih jalan untuk berpisah. ahow sad it is. Bila Nian Qin tidak terima Wu Yan pergi meninggalkan dirinya dan nyaris kehilangan ayahnya, dia collapse.
Nasib juga ayah Wu Yan dan sehat sikit, bila dihubungi oleh Xiao Lu penjaga Nian Qin dan dimaklumkan keadaan sang kekasih, Wu Yan dalam dilema meninggalkan si ayah kembali memujuk si kekasih. Tapi, Nian Qin dengan tempernya membawa padah. Akhirnya dia kerinduan ama si Wu Yan.
- dah kenapa aku reviu serius sangat? Ehem ehem.. betulkan vibes jap.
Selepas pemergian ayahnya, Wu Yan pulang ke kampung merealisasikan arahan Mrs. Sang untuk dia menyambung pascasiswazah di kampung. Kerana perlu menjaga ibunya di siang hari, Wu Yan memilih malam untuk bekerja di stesen radio. Setelah mengetahui Wu Yan bekerja di stesen radio, Nian Qin selalu mendengar slot siaran Wu Yan di lewat malam. Oh ya, lepas pemergian Wu Yan, Nian Qin mengambil keputusan untuk menanggung risiko pulihkan penglihatannya. Demi hendak melihat wajah si kekasih yang telah pergi. Tapi, tiada satu gambar yang tinggal untuk dirinya.
Bak kata orang iban, sepik asai dek! Padan muka hau yo. Orang dah gigih menyayangi dirinya boleh pulak buat tantrum. Kerana itu perlu mengambil alih syarikat milik keluarga, Nian Qin mengeluarkan karya terakhir Yi Jin bertajuk 'Crush' untuk Wu Yan.
Berbaki 12 episod, bagaimana pertemuan mereka nanti? Dapatkan Nian Qin membawa Wu Yan pulang bertemu dengan bapanya? Nantikan la di aplikasi iQiyi. Kalau rajin ada la daku sambung. Kalau tak ada tu, terlupa la maksudnya. Haha Yang penting dah habis tengok. Korang nak tengok boleh la tengok di aplikasi iQiyi ya sebab dia original drama iQiyi tu. Tapi tempat lain ada kot lepas dah habis nanti. Hehe
Sambungan:
Kemudiannya dorang jumpa sangat tragik. Haha Rupa-rupa Xiao Lu sentiasa keep update what happen pada Wu Yan. Sehingga satu ketika Wei Hao dan Xu Qian kawen, Xu Qian saja pass-kan bunga pada Wu Yan. Makanya Ibu si Wu Yan bergegas la suruh dia blind date. Semua dijumpa dan ditolak mentah oleh Wu Yan atas pelbagai alasan. Sehingga dia berjumpa dengan seorang calon yanh bekerja sebagai peguam, akhirnya Nian Qin bertindak.
Ep 18 so cute. Wu Yan baru mengetahui yang jam selama digunakan oleh Nian Qin bukan sebarang jam tapi kena custom made order. Tertipu betul dia, padahal jam yang dibagi pada Nian Qin tu sekadar ciplak beli kat Taobao je.
Rabu, Ogos 11, 2021
ANIME: JUJUTSU KAISEN
Tajuk: Jujutsu Kaisen
Genre: Dark Fantasy, Adventure Fiction, Comedy
Bilangan Episod: 24
Penulis: Gege Akutami
Sinopsis: Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah menyertai sebuah organisasi rahsia 'Jujutsu Sorcerers' untuk membunuh satu sumpahan yang kuat bernama Ryomen Sukuna di mana Itadori Yuuji menjadi host-nya.
MY REVIEW
Sebenarnya dah lama tengok anime ni sangkut di episod 12 pahtu terlupa nak tengok balik sampai la minggu lalu. Baru la ni la kan nak update memandangkan idea tepu amat. Masih sendu lagi kan. Dah janji jugak nak satu hari aatu post, jadi kena buat.
Anime ni diadaptasi daripada manga hasil karya Gege Akutami yang mengandungi banyak sangat sequal dia yang Aien malas nak cerita. Haha Yang penting best la anime ni! Genre I olls gitu.
Cuma macam lukisan dia kurang kemas sikit la. Bagi Iolls .. Uolls pakar. Mana nak lawan mata mak-mak yang masih berjiwa remaja ni. Ahak~
Berdasar daripada sinopsis mengisahkan Yuuji Itadori tu la. Dia jenis yang kashaf gitu. Nampak-nampak je hantu sumpahan ni kan. Tetiba satu hari balik sekolah dia nampak seorang pelajar yang sebaya dia, Megumi apakan nama dia, sedang bertarung dengan seekor sumpahan. Yang mana diseru oleh kawan-kawan Itadori Yuuji yang lain. Kira dorang macam main spirit, Megumi nak kena clean up semua sumpahan sebelum dorang buat kekacauan di kejiranan mereka.
Bila Megumi ni macam dah makin lemah, Itadori turut membantu. Itu la, Yuuji ni suka nak bantu orang, bila dia nampak-nampak segala sumpahan tu, atuk dia pernah kata ia mungkin satu anugerah yang tak terhingga buat Itadori. Dengan anugerah tu satu hari nanti Itadori dapat tolong ramai orang.
Kerana kata-kata semangat daripada atuknya itu, membuatkan Itadori boleh lawan sumpahan tu gun bare hand gitu. Terkejut si Megumi sebab bagi mereka Sorcerer Jujutsu ni, tanpa sumpahan / kuasa dorang takkan dapat bunuh sumpahan yang lain. Apatah lagi dengan tangan kosong.
Bila dah sampai kemuncak, Si Itadori pun makan jari Sukuna yang membuatkan roh Sukuna bangun dan cuba nak ambil alih jasad Itadori. Makanya Itadori pun jadi kuat padahal dalam Sukuna cuba nak konker jasad Itadori Yuuji tu, kira inner Itadori bergaduh dengan Ryomen Sukuna dalam jasad tu, tengok layak ke tidak dia jadi vessel pads kekuatan Sukuna.
Sampai satu episod, Itadori Yuuji mati. Dan kawan-kawan dia sedih sangat sebab Itadori tak berjaya kekangkan sumpahan Sukuna tu dari terus menguasai jasadnya. Semua orang, baik atau jahat nakkan sumpahan Sukuna sebab dia macam taboo tau. Kalau tak silap Aien la kan, Ryomen Sukuna ni sebenarnya seorang sorcerer. tapi ntah macamana dia berjaya menjadi seorang yang digeruni semua ni tak pasti pulak. Ada jugak dia jelaskan.. cuma ye la. Mak-mak ni memori dia banyak pintasan. Jadi lupa.
Sampai 24 episod ni, Itadori hidup semula tapi keberadaan dia dirahsiakan oleh pihak sekolah. Malangnya dalam sekolah pun ada yang tikam belakang. Musuh dalam selimut. Ye la, semua nak menguasai dunia. semua nak kuat. 24 episod jugak Yuuji dan kawan-kawannya berkembang menjadi lebih baik lebih kuat dan akhirnya mereka berjaya dinaiktaraf pangkat menjadi Sorcerer Gred 1.
Nak cerita details sangat pun tak pandai sebab banyak dah lupa. Haha Lama sangat peram dalam memori.
Selasa, Ogos 10, 2021
Salam Maal Hijrah 1443H / 2021
Salam Maal Hijrah 1443H .
Tahun baru yang sangat sayu setelah Malaysia digemparkan dengan kematian seorang syahidah almarhum Siti Sarah Raisuddin. Al-fatihah buat beliau.
-Baca Al-fatihah-
Kematian yang dicemburui oleh semua orang, kematian yang sangat baik dengan seluruh Malaysia terutamanya mendoakan beliau walaupun tidak mengenalinya secara peribadi. Perginya di pagi Isnin ketika Subuh hari, sebelum tahun baru. Meninggalkan 1442H dengan penuh makna. Allah~
Mana kan pengakhiran kita? Menangis para wanita yang hatinya lembut. Tanpa dipinta air mata berlinang apabila mendengar beliau ditidurkan. Automatik menjurai air mata mengalir seolah seorang saudara terdekat pergi. Kematian yang menjadi peringatan dan iktibar buat kita semua.
Semoga Maal Hijrah ini membawa seribu makna buat kita semua. Ampun maaf dari penulis. Semoga kita bercakap yang baik-baik. Beramal yang baik-baik. Andai esok telah tiada buatku, jangan kau tangisi pemergianku, kerana aku hanya secebis memori pahit buatmu. :'(
Selamat datang 1443H.





