Ahad, Jun 20, 2021
Taiwan Web Series: Triad Princess
Tajuk: Triad Princess (2019)
Genre: Comedy, Romance, Action
No of Episode: 6
Cast: Jasper Liu, Eugene Liu, Chang Tsai Hsing, Hsin Tien, Tsao Yu Ning,
Sinopsis: Membesar di sebalik bayang bapanya seorang ketua gangster, Angie inginkan kebebasan dalam kehidupannya sendiri. Menidakkan hasrat bapanya, Angie lari daripada rumah dan menerima tawaran sebagai bodyguard seorang pelakon terkenal. Dari situ dia harus belajar dunia yang asing. Termasuk mengenali apa itu erti glamor dan cinta.
REVIEW RINGKAS
Jumpa drama ni selepas jalan-jalan di Netflix. Keboringan nak tengok apa kita layan la drama yang sikit je episode dia. Ditayangkan pada 2019 , mengisahkan tentang Angie yang terlalu dikongkong oleh bapaknya, seorang ketua gangster.
Dek kerana inginkan kerjasama dan pakej keselamatan dari kumpulan gangster daripada Hong Kong, bapak Angie mengharapkan anaknya ingin menikah dengan anak kawannya itu. Tapi, tidak bagi Angie.
Bukan itu dia mahukan. Dia mahukan kebebasan memilih termasuk dalam memilih cinta hatinya sendiri.
Angie seorang yang bijak itu meminati seorang pelakon dan juga penyanyi yang bernama Xu Yi Hang. Dek kerana obses dengan Yi Hang , apa saja aktiviti lelaki itu lakukan termasuk la patung kegemarannya iaitu gajah diikuti oleh Angie.
Satu hari, pengurus syarikat Yi Hang, Sophie datang menemui bapak Angie dan mengharapkan bantuan dari ketua gangster itu untuk menjaga salah seorang pelakonnya yang sering diugut. Tapi, ditolak mentah2 kerana Sophie mengharapkan Angie untuk membantunya.
Oleh kerana tawaran menarik ini, Angie mengambil langkah untuk terima tawaran itu dan lari daripada rumah.
Hakikat sebenarnya Angie tu nak menyelam sambil minum air sebab pelakon yang dia kena jaga tu kononnya teman wanita tayangan Yi Hang. Jadi, secara tak langsung dia boleh rapat dengan Yi Hang.
Tiba masanya ayah dia tahu, ntah macamana pulak dia tinggalkan Yi Hang padahal dorang dah couple dah masa tu, demi kebaikan Yi Hang. Haa, sebab Angie kena 'bash' dengan fans Yi Hang. Dan ayah Angie suruh fikir banyak kali untuk teruskan hubungan tu.
Alih-alih the end of drama Angie tetap bertunang dengan anak kawan bapak dia tu dan yang sebenarnya dia adalah musuh dalam selimut sebab bersekongkol dengan lelaki pelakon yang dijaga olrh Angie tu.
Jadi, conclusionnya semua fans dok tanya Triad Princess ni ada siri kedua ke, masih belom terjawab lagi. Ke Aien tak tau. Haha Sebab cerita dia, boleh laaaaaaaaaaa.. Buat tengok musim tak leh keluar rumah. Padahal ade je drama lain. Okbai.
Sabtu, Jun 12, 2021
Blog Performance May 2021
Apa la nasib. Bersambung lagi la, padahal yang ada pun belom habis. Memang dah boleh jangka la sebab kerajaan dan KKM target bilangan kes menurun sehingga bawah seribu ke seratus. Tapi, nak tunggu keajaiban di musim semua kompeni tak nak lockdown macam dulu, kena la hadap sampai hujung tahun . Ye tak?
Bebel apa la ni. Aien nak buat happy achievement sepanjang bulan May yang sendu je. Dengan beberapa je post dipublish, namun evergreen topic menarik perhatian musim orang dok rumah ni. Jom kita tengok how they do it!
Ku tengok page yang beri kesan impak pada readers tu sangat kecik nombor dia. But, it's okay la. No, I really tak kisah sebenarnya. Saja la nak buat macam ni so I can really see what content in my blog yang boleh beri impak besar untuk menarik reader singgah. It's not easy gais nak teruskan comitment ni, but I love the typing and curhat. Sebab tu blog ni masih wujud dan cariannya tak lapuk dek zaman. Gitu...
Macam biasa topic carian umum buat masa ni untuk newbie mom atau pun mom yang tak tahu nak cari macamana mula nak buat buku pink buat masa lockdown, PKP dan sebagainya. Memang berbaloi share benda ni.
Tengok tu, carian dia memang hebat. Fuh, nervous pulak kongsi benda macam ni. Harap membantu la korang ye. Tetiba selit pulak orang nak baca tentang produk yang makin viral tu. Wardah.
Macamana dorang jumpa pun masih bercerita tentang buku pink. Harap membantu ye ibu-ibu di luar sana.
Semestinya musim begini, masing-masing dengan telefon di tangan. Cariannya semua lebih menarik dengan telefon pintar. Lagi-lagi bila kerajaan dah bukak Jaringan Prihatin untuk family boleh claim satu telefon ataupun data percuma sehingga Julai nanti.
So far so good even though cuma 5 ke 6 post by May lepas. Kali ni before delivery, I habiskan review job yang ada. Dan nak rehat puas-puas. Doakan ye.
Tadi tengok di analysis Google pun BR nampak cantik. Maaf la. Aien ni menulis saja-saja. Tak ada specific content ke target reader ke. Sebab asal kejadian blog ni more tu personal tempat curhat. Hehe
Sekarang je baru reti sikit edit-edit bagi lawa thanks to my editor ALIEN OREN tu. Dia aje yang rajin push sis untuk keep writing. About family ke. Parenting ke. Tapi tu la sis rasa tak layak nak cerita about parenting cause I got a lot of trauma from the past, and it's in my blood. But, I try my best for future kids ni. Doakan ye.
Jumaat, Jun 11, 2021
ORYN Skincare set penjagaan wajah berasaskan Oren sesuai untuk semua jenis kulit
Hi, semuanya . Day berapa sudah PKP 3.0? sendiri pun dah lost counting kerana hariku tiada bezanya. Nampak kan?
Oleh kerana itu, aku kelapangan buat review skincare yang aku pakai buat masa ni iaitu ORYN Skincare.