Selasa, Jun 08, 2021
KOREA MOVIE REVIEW: Sweet Sour (2021)
Tajuk: Sweet Sour ( Netflix)
Durasi: 1 jam 42 minit
Genre: Drama, Romantic
Cast: Jang Ki Yong, Chae Soo Bin, Jung Soo Jung
Sinopsis: Jang Hyeok dalam hubungan romantis dengan Jung Da Eun yang bekerja sebagai seorang jururawat. Pada awal hubungan mereka, Jang Hyeok merupakan seorang teman lelaki yang manis selalu mengambil hati Da Eun, tapi kini tidak lagi semenjak Jang Hyeok bekerja di sebuah syarikat besar di Seoul sebagai pekerja kontrak. Manakala di tempat kerja Jang Hyeokada juga seorang pekerja yang berusaha saing untuk jawatan yang sama iaitu Han Bo Yeong. Namun, kerana satu tender, Jang Heyok dan Han Bo Yeong harus bekerjasama dan kerana itu, mereka makin rapat antara satu dengan yang lain.
MY REVIEW
Jalan-jalan di Netflix , sekali terjumpa Top #1 di Malaysia movie ni. Sudah la memang tengah tengok drama lakonan Jang Ki Yong bertajuk "My Roomate is Gumiho" secara tak langsung Aien macam nak tengok.
Berdasarkan trailer macam oh, best jugak ni. Boleh la. Tapi siapa sangka plot twist dia begitu. Hahaha
Sadis Jang Hyeok. Sambil tengok lupa pulak nak screenshot buat tatapan reader yang mungkin datang nak tengok baca review. But, Okay kan kalau Aien cerita saja?
Jang Hyeok lakonan Jang Ki Yong ni bercinta dengan Chae Soo Bin (pernah berlakon dalam drama I am Not a Robot) memang sweet habis dorang ni. Mereka bersama menetap di Incheon.
Malangnya, cerita cinta mereka berubah apabila Jang Hyeok ditukarkan ke sebuah syarikat besar di Seoul dan beliau juga menyewa sebuah bilik di kota itu. Oleh kerana dia rasa serba salah asyik curi pakai kereta ayahnya, dia pun membeli sebuah kereta.
Kiranya hubungan Da Eun dan Jang Hyeok ni jarak jauh yang memerlukan komitmen yang besar. Yang lawaknya, pada bulan pertama Jang Hyeok ulang alik dari Incheon ke Seoul itu, kelihatan kereta kiri dan kanannya tergesa-gesa bersiap di dalam kereta. Sudahnya sampai satu tahap dia juga merasa detik itu. Yang disalahkannya adalah Da Eun kerana tidak mengejut dirinya. Haiyo!
Kalau tengok dari mula, ada paparan skrin mengatakan bahawa "KASUT SNEAKER BARU" menunjukkan Da Eun dengan seorang pesakit bernama Lee Jang Hyeok yang merupakan seorang yang bertubuh besar dan dijangkiti penyakit kuning. Asbab tu tak tau la kan. Cuma nak cerita hubungan Da Eun dan Lee Jang Hyeok ni bagus. Dan Da Eun memanggilnya dengan gelaran "Hyeok" serupa dengan teman lelakinya.
Hubungan mereka baik sehingga Da Eun sering saja terlelap di katil Lee Jang Hyeok ni. Kadang layan makan bersama sehingga Lee Jang Hyeok ni sukakan Da Eun. Tapi, malangnya Da Eun masih sedar yang dirinya mempunyai kekasih.
Pada mulanya ingatkan Da Eun dengan Lee Jang Hyeok yang berubah menjadi kurus kerana sayangnya dia dengan Da Eun. Rupa-rupanya, Ha Ha Ha
PLOT TWIST KORANG!
Da Eun suspek yang Jang Hyeok ni ada skandal dengan kawan sepejabat dia yang pada mulanya Jang Hyeok bercerita betapa annoyingnya dia dengan wanita itu. Tapi, lama-lama Jang Hyeok asyik ditugaskan kerja waktu malam bersama Han Bo Yeong (kawan sepejabat tadi tu). Dapat pulak si pak guard yang sibuk nak kenankan dorang sampai menjadi. Padahal tak tau orang tu dah berpunya.
Bila Jang Hyeok sakit hati Da Eun suspek dia curang, apa lagi dia buat terus la. Tapi rasa serba salah menghantui dia. Bahkan ajakan Da Eun ke Pulau Jeju juga menjadi igauan Jang Hyeok apabila mendapat tahu gadis itu tidak membatalkan tiket tersebut.
Yang sedih dalam cerita ni Da Eun terpaksa gugurkan anak demi sayangnya pada Jang Hyeok. Namun, lelaki itu tidak mengendahkan dirinya. Jadi masa dia rapat dengan pesakit nama Lee Jang Hyeok itu la dia sedang menghadap saat sukar mendapat tahu yang di mengandung dan dia gembira tetapi bukan respon yang sama dari teman lelakinya. Sob sob sangat. Udah ler perempuan mengandung ni sensitif. Lagi disuruh buang, makin dia rasa kasihan sama bayi yang tak diingini oleh teman lelakinya itu.
Manakala Jang Hyeok terpesona dengan hasil usaha gigih dia dengan Han Bo Yeong itu, sudahnya orang lain dapat pujian. Membuatkan dirinya terkesima. Sampai satu ketika, pak guard di tempat kerja Jang Hyeok pesan, "Jangan sampai kamu terlepas peluang keemasan mengatakan kamu menyesal." - lebih kurang la. Jang Hyeok gigih berkejaran ke airport untuk mendapatkan Da Eun kembali. Namun, dia tergamam kerana tak menyangka Da Eun bersama seorang lelaki lain.
Bila dia pulang, jenuh la fikir di mana silapnya bermula. Aigooo~
Movie ini diadaptasi dari novel Jepun dan menceritakan pahit manis hubungan jarak jauh yang memerlukan pengorbanan yang hebat. Kesetiaan menjadi taruhan. Serta kejujuran menjadi penguat.
Yang penting, apa yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. Sedih kan?
Isnin, Jun 07, 2021
Checklist barang baby untuk ke hospital
Untuk Labour Room, dalamnya ada:
- Baju lengan panjang tanpa seluar
- Pampers (ada kata perlu standby dua in case baby dah membuang) kita pun ikut je la. Tak salah bersedia.
- Booties dan mittens
- Kain bedung (tapi rasanya tak perlu sebab pakai kain bedung hospital)
- baju lengan pendek
- booties dan mittens
- pampers
- kain bedung
- barut
Ikut pengalaman memang limit baju digunakan cuma dua pasang sahaja. Selebihnya bersih dibawak balik. Tapi disebabkan kita tak tau aral melintang menegak. Standby aje semua. Hati kata tak payah. Buat semak beg aje. Haha
Tapi itu la. Standby ajeee. Lagi satu set baju lengan panjang, booties dan mittens dan jugak barut dan pampers.
Ni haa, ada lagi baju di bawak ni. Korang rasa Aien bawak tak nanti? Kang ada jugak last minit audit beg mana yang penting betul-betul je bawak. Sebab sendiri je kena bawak. Hehe Itu pun tertakluk kepada perubahan sambung lagi ke tidak PKP kita ni.
- Toileteries Ibu - sabun/ubat gigi/berus gigi/cleanser
- Sepasang Baju untuk balik nanti (baju datang dah bagi kat husband suh dia bawak balik)
- Pad sofy cool - dalam 5 pcs underwear pakai buang
- skincare
- Sedikit biskut, milo 3in1, termos, botol air masak
- set labour room (tak sempat bawak pun sebab dah emergency tolak ke LB)
- set baju balik
- Kain bedung yang ada topi tu
- tisu basah
- pampers dalam 5 keping je. Sebab bersalin malam, bayi masih mood tido dia.
Ahad, Jun 06, 2021
Movie Review: Seobok (2021)
Tajuk: Seobok
Durasi: 1jam 55 minit
Genre: Sci-fi / drama
Cast: Gong Yoo, Park Bo Gum, Jang Young Nam
Sinopsis: Ki Hun seorang ex agent dari intelligence agency. Seo Bok merupakan clone manusia pertama dan dia mempunyai satu keistimewaan yang bakal mewarisi kehidupan abadi. Ki Hun terlibat dalam situasi yang berbahaya kerana beberapa kumpulan yang ingin memiliki Seo Bok untuk kepentingan peribadi mereka.
My Review
Gigih la renew Iqiyi semata-mata nak tengok movie ni kan. Tapi, ending dia tidak la seperti yang di harapkan.
Ceritanya begini, Ki Hun dipanggil oleh bekas majikan dia, (setiausaha dia dalam Goblin) untuk menjaga dan menghantar satu pakej ke sebuah destinasi. Pada mulanya Ki Hun tak mau dah buat kerja ni, tapi setelah dia dipujuk entah macamana dia dah sampai ke lab tempat Seo Bok diciptakan.
Ki Hun ni berhenti kerana memiliki kanser otak kalau tak silap aku. Dia macam trauma bila kekasih hatinya yang juga merupakan ejen dibunuh depan matanya sendiri. Dan dia tidak dapat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan gadis tersebut.
Berbalik pada cerita Seo Bok tadi, Ki Hun macam terkejut Seo Bok tu seperti manusia biasa. Cuma rutin hariannya lebih kepada yang sangat membosankan bagi seorang manusia.
Bila dah Ki Hun dan Seo Bok mulakan perjalanan keluar dari makmal ke satu destinasi, mereka telah diserang oleh pasukan pembunuh upahan. Yang rupa-rupanya diupah oleh bekas majikan si Ki Hun tadi.
Eh, dia nak buat apa pulak kan. Rupa-rupanya clash orang dalam yang berebutkan Seo Bok untuk kepentingan diri sendiri. Manakala bekas majikan Ki Hun tadi nak bunuh si Seo Bok sebelum dia menghancurkan dunia. Katanya.
Hakikat sebenarnya, Seo Bok cuma manusia klon yang sangat polos dan langsung tak pernah melihat dunia luar. Jadi bila dia dapat keluar, dan mereka agak jauh dari perjalanan sebenar. Dia meminta Ki Hun bawakkan dirinyabke satu tempat. Tak ingat la namanya, tapi sebuah rumah pemakaman.
Dan Ki Hun terkejut, Seo Bok rupa-rupanya anak kepada seorang doktor perempuan di makmal tadi. Cuma dicampur sel dan dijadikan bahan ujikaji. Setiap hari Seo Bok harus dicucuk ubat penenang kerana darahnya dipercayai memiliki keistimewaan kehidupan abadi tu tadi.
Hampir 48 jam dia keluar, Seo Bok mengalami simptom hidung berdarah yang mana bakal meragut nyawanya. Jadi Ki Hun harus bawa Seo Bok pulang ke makmal.
Di makmal itu pulak, baru juga si Ki Hun tahu yang jahat adalah mereka di makmal itu. Dan mak kepada Seo Bok telah mati dibunuh. Adeh, Ki Hun ni boleh tahan blur dia jugak.
Ending dia, bila si Seo Bok rasa dia harus selamatkan Ki Hun daripada orang jahat, habis semua hampir dibunuhnya. Dengan menggunakan kuasanya sendiri, Seo Bok telah mencapai tahap limit kemampuannya. Sama jugak kalau dia selamatkan Ki Hun dia mati. Jadi untuk Seo Bok yang tetap jugak bertemu ajalnya, Ki Hun membunuh dirinya sendiri.
adeh! kesudahan apakah ini. Rate jadi 3.5/5 je kot. Hurm... Pelakon hebat, tapi jalan cerita macam hampeh. Tapi kalo korang nak tengok boleh je kan. Haha
Review jujur dari seorang penonton.