Jumaat, April 09, 2021

Tips dan petua lembutkan daging yang mana berkesan?

 


Salam Jumaat semuanya . Bersantai di hujung minggu? Minggu ni Aien nak share dengan korang la kan, tips dan petua lembutkan daging mana yang berkesan yang pernah korang cuba? 

Haa, ceritanya begini. Minggu ni menu lauk daging sebab tekak macam teringin nak makan daging. Tapi jujur 4 tahun kahwin la kan, Aien tak pernah reti pilih daging dan juga masak lauk daging ni. Sebab apa? How many time I tried, daging konfem liat punya. Eh, tak cuba tips ke untuk lembutkan? Adooo..  Itu orang kata try and error dalam dunia masakan. 

Sejujurnya dalam banyak-banyak housework sebagai suri rumah, memasak is not my passion. Walaupun makan is my favorite. 😁 Tapi sudah bergelar isteri dan juga seorang suri rumah, ko nak harapkan siapa lagi masak kalau bukan diri sendiri.  

Berbalik cerita daging tadi. Aien beli seketul daging around RM10 . Entah berapa gram tak ingat. Tapi boleh dua kali makan kami 4 beranak. Disebabkan minggu ni Cik Laki pun jarang balik makan pagi, dia ada kursus. Senang la kerja Ibu ni. 

First trial, nak masak daging masak itam ala kenduri. Okay, Aien cuba tips, RENDAM DAGING DENGAN SODA BIKARBONAT DALAM 10 MINIT. Fuh, dah rendam tu. Bau soda bikarbonat tu naik. Dan yes! Daging memang lembut. Macam lain macam la lembut dia. Lembut liat plus rasa soda bikarbonat dia mematikan selera. Urgh! Sudah la masak itam tu sedap tau. Kena daging macam tu, turn off betul la. Walaupun dan diperap dengan perapan masak itam tu dalam satu jam, masih terasa soda bikarbonat tu. 

Dan Aien pun, give up! This tips can't be use anymore. 

Hey, sebelum tu, Aien pernah cuba: 

  • Potong lawan urat. Still bila masak dia liat jugak dan lambat nak lembut. Macam tolong la bagi aku pressure cooker. 
  • Masak masukkan sudu/garpu besi . Tips nj memang mak Aien gunakan. Tapi I was not patient to wait that long enough. Dia makan masa. Kena reneh elok-elok baru lembut. 

Apa lagi ye petuanya? Tapi yang Aien sebut ini yang Aien pernah cuba dan teka tau, yang satu ni memang buat Aien suka sangat la. Dah la tak la berapa lama sangat tunggu dia, dan daging jadi lembut elok macam mak-mak masak. 😁 

I did it! Proud of myself. 


Maka jadi la Kari daging versi Aien ni. Korang nak tau tak cara yang mana satu Aien praktikkan? LETAK BIJI KURMA SAMBIL RENEHKAN DIA. Fuh, happy I olls bila dia menjadi u. Aien rasa nak lompat-lompat je. 

And masa nak tunggu dia pun sekitar setengah jam je untuk lembut. Bila daging dah separa lembut, masukkan kentang. Jadi bila kentang dah lembut, daging kita pun lembut sama. Yeay! 

cuma Aien tak berapa pandai la nak masak kari as kari mamak ke, kari melayu ke kari kapitiam ke. Masukkan serbuk cili macam tu jugak warna dia, setiap kali masukkan cili lada pun macam tu jugak kejadian dia. Pekat dan pior selepas ditaruk santan. Me like, aku suka kari yang cair, ada minyak sikit rupa dia. Padahal letak minyak pun agaj banyak jugak masa menumis.  

Bab kari-kari ni failed lagi. But, hey I did a good job untuk lembutkan daging. Mungkin readers Aien yang dah pro masak boleh share how to jadikan kari ni cair sikit, dan tak creamy sangat lagu ni? Hehe

Teach me please. 


Khamis, April 08, 2021

Personal Review - Tixara Lip Serum




Hi, korang! 

Pernah dengar tak Tixara Lip Serum? Ha, Aien pun pertama kali tau dengar bila ada sorang rakan blogger iaitu Kak Nieyl promo di IG dia hari tu. Lama betul dah tak singgah blog Kak Nieyl. 

Untuk pengetahuan korang Aien ni memang ada masalah kulit muka kering termasuk la bibir kering. Cukup air ke tak cukup ke, mesti dia akan mengelupas dan paling tak best sekali bila nak guna lipstick dia macam .... Urgh!! Stress aje tau. 

So, tertarik menarik la bila Kak Nieyl share review dia guna sendiri Lip Serum dari Tixara ni. Bibir dari gelap boleh cerah, kering pun boleh dirawat. 

Bermula sesi pertanyaan dan sekaligus terus grab sebab kak Nieyl buat promo beli satu percuma satu. Harga Lip Serum ni pun tak ada la mahal sangat. 

Ye la, biasa dengar serum je mesti fikir mahal. Sebab kebanyakan serum pasti harganya melonjak naik. Tapi disebabkan nak mencuba tak mahu cari yang pricey sangat. 


Di hari pembelian. Sampai terbalik ko gambar Aien amek. Nasib la jugak ada simpan kotak dia. Teringat pulak hari ni nak buat review pasal Lip Serum ni. 

Kak Nieyl siap pesan amek la gambar before and after. Huish, kita ni nama aje blogger, tapi noob betul bab graphic atau design bagai ni la. Nak buat review pun orang kata macam tak ikhlas gitu. Haha 


Sebelum share testimoni diri sendiri, Aien nak share dengan korang packging yang sangat comel dan I love it! Pinky dan siap ada crown yang buatkan kita rasa special gitu ada bekas gitu. Exclusive! 

Tak sangka memang berkesan la penggunaan lip serum ni. Walaupun kadang-kadang Aien lupa nak pakai dan cuma pakai masa nak keluar je. But now I getting excited bila bibir nampak makin sihat. Wanita mana yang tak suka diri sendiri cantik kan? Hehe 


Look! Rekahan pun dah makin kurang. Sambil Aien guna Tixara Lip Serum ni, sekarang hampir 2 minggu jugak la Aien consume Cberries Extra Formula dari Sysfel. 

Keep going babeh! Nak nampak lebih sehat supaya cantik untuk suami gitu.. 

And korang nak cari Tixara Lip Serum ni boleh je roger kak Nieyl Nadia atau cari di IG Nieyl Nadia

Nampak kan penggunaan sebulan uolls boleh nampak hasilnya. Satu tube tu pun tak habis lagi. Dengan harga mampu milik, uolls juga boleh sehat dan cantik. ;) 


psst! Nak Cberries boleh roger Aien k. ^_^

March 2021 Blog Performance


 Wow! wow!  Biarkan sepi dek dilanda garuda M, hari ni terdetik nak bukak emel by google search console ni kan. Biar pun tak banyak I olls macam wow sangat ada juga evergreen topic orang dok cari buat masa sekarang ni. 

So, nOr! Please keep it up with your content!! 

Apa orang dok cari di blog ni yang evergreen? 


Tara!! Buat buku pink musim PKP win! Haha Jika musim orang duduk diam di rumah ni hormon produce kuat. Haha Dengan Aien sekali terjebak sama. 


Bila Aien sendiri cuba search wow, tak sangka dia duduk di tangga teratas mengalahkan kelabmama . Hikhik. Thanks uolls sudi singgah baca. Harap iyanya berguna untuk korang. 


Yang kedua, orang ramai mula ada kesedaran untuk menggunakan sunscreen . Fuh,, duduk di bawah Iman Rahim uolls. Ni salah seorang influencer yang Aien pun sentiasa follow dia. Banyak benda dia share yang selalu viral dan cepat habis. Urgh! Yang penting kami minat pink. Kbai! 


Dan yang ketiga, cerita hampir 3 tahun lalu duduk di tangga kedua di carian google. Fuh, mak buyong anak pertama dulu bercerita sekarang dah masuk anak tiga hot post orang dok cari buat masa ni. Tapi tak tau la berguna ke tak sebab sejak pandemik melanda, serba serbi berubah. Hope ianya membantu siapa yang membaca. 


Seperti biasa kebanyakan sekarang orang spend time on telefon, dan alhamdulillah reader tak datang dari tempat yang pelik-pelik. 

So far so good la bagi Aien bagi bulan March yang cuma ada 9 entry je. Huh! Pahtu bulan lepas kebanyakan blogger Aien follow, dah dapat dorang punya adsense sebab istiqomah sentiasa update. So, kunci nak dapatkan adsense kena sentiasa post je. Janji aktif . Keep it up nOr! 

Kita tengok April lagu mana pulak naaa..