Isnin, Mac 01, 2021
Kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP' Bantu 420 pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan kembali ke Sekolah
Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia
Disokong oleh TESCO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Kuala Lumpur, 5 Februari 2020 – Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli.
Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka meneruskan rsekolahan demi menjamin masa hadapan.
TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini. Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.
Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini.
“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik Ling.
Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal.
“Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik Hanim.
Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan.
Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa.
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo, memuji TOP, TESCO, pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati menyumbang kepada kempen ini.
“Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai ekonomi yang kukuh. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa, memberi motivasi dan melengkapi anak-anak ini untuk kembali ke sekolah, di samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000 orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo.
Pasukan logistik JAKOA yang membantu menghantar lebih 200 karton serbuk pencuci TOP membawa keceriaan kepada ratusan keluarga Orang Asli dengan meringankan beban kewangan dan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk bersekolah.
TOP dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean yang termasyhur menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya kebersihan basuhan adalah lebih terjamin.
TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar dan kira-kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain.
“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau peluh dari pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,” tambah Cik Ling. Berlangsung selama enam tahun berturut-turut, Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri dan harga diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal bersih. Kempen ini telah membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia antara 7 ke 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal.
Menurut Tok Batin masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang, ahli komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang sedang menanggung beban kewangan dan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah.
“Terima kasih kepada TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong.
Cerahi Kehidupan Bersama TOP, 2015 to 2020
Tahun | Jumlah Pelajar yang Mendapat Manfaat | NGO/Komuniti |
2015 | 440 | 20 |
2016 | 400 | 16 |
2017 | 439 | 18 |
2018 | 500 | 18 |
2019 | 674 | 7 |
2020 | 420 | 6 |
Total | 2873 | 85 |
Ahad, Februari 28, 2021
Drama Chinese: Be With You (2020)
Tajuk: Be With You / Really Want to be With you
Genre: Romance, Drama, Comedy
No of Episod: 24
Cast:
Sinopsis: A young cartoonist intentionally gets near Ji Yan Xin, a cold and arrogant professor. Qi Nian, a girl with a straightforward personality hopes that interacting with Ji Yan Xin would give her inspiration and creative materials for her comic plot. Coincidentally Ji Yan Xin’s younger brother Ji Si Qi becomes Qi Nian’s assistant and a catalyst for their relationship to progress and blossom.
(Source: Baidu, myue)
~~ Adapted from the novel "I Really Want To Be With You" by Bei Qing.
My Point of View
Rasa macam pernah tengok drama ni dulu, tapi tak habis sebab tak kenal hero heroin dia and a bit slow untuk mood masa tu. Untuk kali ini drama ni jadi booster Aien untuk kembali menonton drama setelah sekian lama tak tengok. Naik boring pulak PKP ni entah bila nak habis.
Drama cliche mengisahkan seorang cartoonis a.k.a pelukis manga atas talian yang buntu dengan idea menarik peminat terutamanya apabila dia berada di dalam genre Girl Manga yang selalu berkias tentang romantik akan tetapi dirinya tidak pernah bercinta. Sehingga dia ditakdirkan bertemu dengan seekor anjing bernama Qi Bao yang kehilangan tuannya.
Pandai juga Qi Bao ni jadi cupid. Tup tup Qi Nian berjumpa dengan hero yang berjaya membuatkan hati yang bergetar dan dup dap dup dap bernyanyi riang.
Professor Ji Yanxin seorang jejaka tampan yang berdarah sejuk yang langsung tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mengisi tempat di hatinya. Dia juga memiliki simptom yang sukar mengingati nama seseorang bahkan lebih gemar memgingati no ID pelajarnya.
Demi merapati Professor Ji YanXin, Qi Nian menyamar menjadi pelajar kolej di tempat lelaki itu mengajar bahkan berusaha untuk menjadi TA (teaching assistant) Professor tersebut. Diberi peluang selama 7 hari untuk buktikan adakah dia layak untuk menjadi TA professor berdarah beku itu, Qi Nian berusaha sebaik mungkin agar dia terus bersama dengan lelaki pujaan hatinya.
Haa, boleh la layan sendiri macamana Qi Nian berusaha ni sehingga dia berjaya menjadi isteri Professor Ji YanXin ni. Best jugak layan drama ni. Sebab antara konflik yang dipaparkan dalam ni adalah hubungan kekeluargaan yang sangat huru hara apabila Ji YanXin mangsa keadaan apabila mak ayahnya berpisah. Dan kemudiannya ayahnya pergi meninggalkan mereka dua beradik bersama atok mereka.
Ji Yan Xin yang dimomokkan dengan lelaki tak perlu mempunyai perasaan, cuba menjaga adiknya sebaik mungkin. Akan tetapi adiknya rebel dek kerana dibuli di sekolah. Atas sebab Jj SiQi ini berminat dengan Girl Manga sejak di bangku sekolah lagi. Kerana tidak tahan dikawal oleh Yan Xin, Si Qi pergi meninggalkan abangnya yang langsung tidak faham akan cita-citanya.
Drama ni agak berbeza juga la bila bercerita pasal pelukis manga. Bukan semua orang dapat menjadi apa yang mereka mahukan. Selain daripada kesungguhan dan kesetiaan Qi Nian dalam mengejar cinta Yan Xin, drama ni juga mengajar tentang jangan pernah berputus asa dalam mencapai cita-cita kita.
Drama ini boleh ditonton di aplikasi WeTV , ataupun telegram. ataupun mungkin di laman web lain.
Sabtu, Februari 27, 2021
Korea Drama: The Uncanny Counter
Tajuk: The Uncanny Counter / Amazing Rumor
Genre: Action, Supernatural, Mystery, Drama
No of Episode: 16
Cast: Joe Byeong Gyu,Yu Jun Sang, Kim Se Jeong, Yun Hye Ran
Sinopsis: Tells the story of demon hunters called Counters who come to earth under the guise of being employees at a noodle restaurant in order to capture evil spirits that have returned to earth in pursuit of eternal life.
So Moon is the youngest of the Counters. After suffering from a mysterious car accident as a child, he eventually becomes a central figure among the Counters.
Do Ha Na has the ability to sense the locations of evil spirits, even those that are hundreds of kilometers away. She can also read memories of others through touch and works with So Moon to do away with evil spirits.
Ga Mo Tak is a Counter with incredible strength. He’s a former police officer who lost his memory seven years ago after an accident and is unable to stand idle in the face of injustice. Ga Mo Tak is also So Moon’s mentor.
Chu Mae Ok is a Counter with healing abilities. Outwardly, she’s the chef of the noodle restaurant, but among the Counters, she is the emotional pillar of the group.
Choi Jang Mool is the oldest Counter. He’s in charge of all of the Counters’ expenses, and he is a living legend among the Counters in Korea.
(Source: Soompi)
~~ Adapted from the webcomic "Kyeongirowoon Somoon” written by Jang Yi
Spoiler alert!
Lama betul nak tulis review pasal drama ni. Asyik loading je.
Drama ni mengisahkan tentang si So Man yang mendapat kuasa istimewa pada hari ulang tahunnya. Dia merupakan seorang anak yatim yang kematian ibu bapa dalam sebuah kemalangan. Kedua Ibu bapa So Man merupakan anggota polis dan juga detektif.
Apabila So Man mendapat kuasa, dia pergi meminta bantuan di sebuah kedai makan yang menempatkan orang sepertinya.
Rupa-rupanya kedai makan itu cuma topeng di sebalik semua urusan Counter a.k.a Grim Reaper a.k.a Malaikat Maut saja untuk menyelesaikan kes roh-roh jahat.
Daripada episode pertama sehingga episode akhir membawa kita menyelusuri kehidupan para Counter serta So Man membongkar rahsia disebalik kematian kedua ibu bapanya . Dan menjawab persoalan kenapa So Man yang tidak koma turut mendapat kuasa Counter itu padahal kebiasaannya ia memberi peluang kedua kepada mereka yang sedang koma saja.
Keajaiban dan keistimewaan pada diri So Man membuatkan dirinya mempelajari sesuatu yang baru dan menyelesaikan pelbagai jenis kes roh yang lemah mahupun yang kuat.
Korang boleh tengok drama ni di Netflix ataupun boleh cari di telegram. Biasa situ je la Aien tengok. Netflix tengok online, Telegram boleh muat turun.
Jangan pelik sekiranya sepanjang tempoh ni asyik review drama yang bergenre sebegini tau. Hehe











