Sabtu, Februari 20, 2021

Cosmoderm Perfect Balance - Produk terbaru serba pink dari Cosmoderm

Pada 27 Januari lalu, Cosmoderm telah melancarkan secara maya produk terbaru mereka iaitu Perfect Balance Series . Tak sempat hari tu nak join Virtue Launching mereka sebab line tak berapa nak kuat tapi aku memang jatuh cinta dengan product ni, I tell you. 


Kotak yang ala-ala doll house dengan set serba pink sangat menarik perhatian untuk si pengemar pink. 

Perfect Balance Series ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerna ianya diformulasikan daripada Prebiotik dan juga Calamine. 


Apa itu Prebiotik dan Calamine? 

Prebiotik - sejenis bakteria yang bagus untuk kulit. Ia bertujuan untuk mengimbangkan mircobiome  kulit dan sekaligus membantu memberi perlindungan kepada kulit wajah. 

Calamine - Memberi pelbagai kebaikan kepada kulit terutama membantu mengawal minyak dan juga sunburn pada kulit wajah. Mengurangkan radang kemerahan serta rasa iritasi pada kulit. 


Untuk menggunakan produk Perfect Balance Series ini ada 4 langkah mudah yang perlu kita ikuti. 


Langkah pertama: Cleanser 


Tekstur dia macam cream yang sangat pekat, letak sikit je pun dah cukup rasanya. Tambah sedikit air dan gosok pada wajah. 

- Mula pakai tak berkenan dengan tekstur dia sebab Aien pengemar jenis gel punya pencuci. Lelama jatuh cinta pulak. Ha ha 


Langkah kedua: Toning Lotion


Sebelum guna, harus digoncang terlebih dahulu. Kemudian tuangkan di tapak tangan dan dap dap je pada wajah. Jangan gunakan kapas. Bimbang ia lebih serap pada kapas tersebut dan kita tak peroleh kebaikan calamine tu. 

Pakai toner+lotion ni selepas cleanser. Bila pakai rasa selesa dan lembut je kulit. Macam Aien ada dry skin pada sekitar hidung, situ dilebihkan sedikit dan hasilnya sangat berpuas hati. 


Langkah ketiga: Wow Soothing Cream 


Wow Soothing Cream merupakan Moisturizer yang berfungsi melembapkan kulit wajah. Ianya mengandungi lebih 3juta Prebiotic dan sangat penting dalam rutin penjagaan wajah. Jadi jangan tinggalkan cream ni tau! 

Digunakan selepas toner tadi. Aien paling tak gemar cream ni. 😅 Sebab dia pekat sangat dan a bit waterproof gitu. Bila sapu di wajah rasa melekit sikit. 


Langkah keempat: Sun Milk SPF 25pa++ 


Terakhir, jangan lupa sunscreen atau skin protector dari sinaran UV matahari. Teksturnya agak cair sedikit berbanding wow cream tadi kemudian ratakan di seluruh wajah dan juga leher. 

Walaupun tak keluar ke mana, SPF ni jangan dilupakan kerana ia melindungi wajah daripada sinaran UV dan juga kekotoran sekeliling. Masak pun wajib pakai. 


Nah, senang dan mudah saja kan untuk menjaga wajah agar nampak lebih bersih dan segar. Produk Perfect Balance yang sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit sensitif juga tau. Dapatkan Set pink ini di Watson atau beli saja di kedai maya Cosmoderm di Shopee. 

Selamat mencuba! Penjagaan kulit wajah yang sempurna bermula dengan Cosmoderm. 😘 


Jumaat, Februari 19, 2021

Kisah aku & antenna

 


Hai, ada yang menunggu ke Aien sambung kisah antenna dari cerita sebelum ni? Ha Ha perahsan je kan. Well, tak ada orang tunggu pun nak cerita la juga kan. 

Pengalaman betul, beli TV online. Dah beli TV rupanya kena ada antenna baru boleh dapat siaran walaupun dah ada DTV built in. 

Dah beli antenna lokasi kedudukan TV jugak amek peranan. Beli noobis buat kerja gitu la dia. Udah la sekarang asyik nak emo jer.. Adoooo


Bila Encik Husband dah purchase antenna dari Shopee menunggu juga la dia sampai. Siap boleh barang dari Sarawak sampai dulu padahal. 



Kalau berkenan tekan la gambar tu k. Bagus juga antenna ni. Clear dapat line, tapi nak kena pandai cari. Macam Aien dok rumah burung ni struggle sikit. Nak salahkan antenna padahal sendiri tak pandai. Haha Baca review ada kata letak atas TV je pun dah clear. Seronok je baca kan. 



Mula plan nak letak sebelah hujung sudut ruang tamu, sebab TV besa, tengok dekat sangat sakit mata. Tapi, lihat la betapa antenna tu bergulung kat situ. Mula-mula clear, tapi bila kita nak enjoy tengok drama ke apa, dia stucked. Macam... Bukan lagu stucked Justin Bieber dengan Ariana tu. Geram pulak ati bete.. Last Encik Husband cakap, cuba la alih pegi ke sebelah pintu sana.. Mana tau dapat. Maka beralih la ia. 


Maka, di sini la ia selepas dapat kesemua chanel MyTV dengan penuh jelas. Tapi, sakit mata sebab jarak antara kita dan TV tu dekat sangat. Menyesal pulak beli TV beso. Kalau ngintai dari dalam bilik pun jelas lagi rasanya. Cuba juga kami alihkan rak tu membelakangkan pintu sliding tu, aik, heran. Tak dapat pulak channel. Padahal tak usik antenna pun. Aneh bin ajaib. Saja la tu nak duduk situ.  

Kalau orang datang la kan.. memang bersendat la nak tengok tv situ. Ada jugak terdetik dalam hati nak beli outdoor antenna, letak balik rak tu ikut posisi cadangan asal. Luas sikit mata memandang. Encik Husband kata membazir. 😅

Hurm, tengok je la situ musim PKP ni. Lain kali kita fikir lagi. 😂 letak situ anak-anak suka main kat TV tu. sebab dah terbiasa situ play area dorang.  Adoo  Ibu is dilema dalam ubah suai rumah ni. Lain pulak dah masuk kisah dia. Cerita antenna dah habis. Ni nak masuk cerita ubah suai selesa mata memandang pulak..Pening~ 

Khamis, Februari 18, 2021

Korea Movie: Space Sweepers (2021)


 Tajuk: Space Sweepers / Lightning Ship 

Genre: Sci-fi, Action, Adventure, Fantasy

Duration: 2 jam 16 minit

Cast: Song Joong Ki, Kim Tae Ri, Jin Seon Kyu, Yu Hae Jin, Park Ye Rin

Sinopsis: It’s 2092 and space is littered with floating satellites and deserted spaceships. The crew of the junk collector ship, The Victory, travels throughout space looking for saleable garbage. With heavy competition from other junk collector ships, speed is the key to besting their rivals from other nations. 

When they discover the humanoid robot named ´Dorothy’, a known weapon of mass-destruction, a risky business deal soon follows. 

Soompi©


Tae-Ho (Song Joong-Ki) is a pilot of Spaceship Victory, which is led by a captain (Kim Tae-Ri). Tae-Ho will do anything to make money, but he is always broke. Tiger Park (Jin Seon-Kyu) and a robot (Yu Hae-Jin) are crew members of the spaceship.

Asianwiki©


SPOILER ALERT

 

Bila dah tengok movie ni, memang wow sangat dengan hasil CGI dorang Korea. Mantap! 

Movie mengisahkan seperti di sinopsis, Tae Ho yang sentiasa menjual apa saja untuk dapatkan duit. Pada mulanya tak faham kenapa dia asyik nak cari duit. Rupa-rupa bila dah half way movie baru diceritakan. 

Movie ni kalau korang nak tengok ada saja di Netflix atau pun boleh muat turun di telegram. Confirm tak menyesal tengok. 

Ingatkan Dorothy tu betul-betul Weapon, rupa-rupanya dia sebenarnya ubat untuk bumi kembali segar. 

Nak dijadikan cerita biasa la Sci-Fi genre, Bumi telah menghadapi masalah suhu panas yang telalu tinggi sehingga seorang saintis membina sebuah kehidupan baru di angkasa lepas. Maka yang kaya dapat menyelamatkan diri sendiri dan keluarga mereka. 

Manakala yang miskin terus berusaha keras untuk menjadi penduduk di dunia yang selesa itu. 

Tae Ho yang dahulunya seorang juruterbang yang hebat, tapi disebabkan dia menyelamatkan seorang bayi tanpa kebenaran, dia langsung dibuang kerja. Masa dia cuba nak adapt dari dah biasa kaya jatuh miskin anak dia pulak hilang. Syarat nak cari anak dia tu, dia kena sediakan duit secara tunai sebab dia dah bukan lagi netizen di angkasa tu.

Kira kapal Victory ni semua orang yang hebat la kisahnya. Cuba nak lawan balik idealogi yang dibawa oleh saintis yang konon nak buatkan kehidupan baru di angkasa yang sebenarnya dia yang cuba nak musnahkan bumi. 

Psycho betul! 

Dorothy yang berjaya diselamatkan oleh team kapal Victory ni, akhirnya berjaya selamatkan bumi.  


Secara keseluruhan, Best! Wajib tonton. kBai