Isnin, Februari 15, 2021
the's Love Giveaway
Rabu, Februari 10, 2021
Giveaway Sii Nurul
Finally, TV pun sampai
It's here gais! Finally! Akhirnya tiba juga TV yang ditunggu dengan penuh ketidaksabaran. Jika korang tak tahu cerita ni adalah sambungan sequel dari kisah ini:
Pengalaman beli barang letrik dari Shopee
Dan ringkasannya sangat tak menarik. Dan aku yang tak serik. Order lagi . Ha Ha Ha Tapi kisahnya meleret apabila aku order 30/1 dan 4/2 baru seller post out, setelah jauh perjalanan dia dari Selangor ke Johor, tiba di kediaman kami juga akhirnya.
Beli dari Shopee Mall, agak berbaloi jugak 40' dengan harga RM799 free shipping.
Masih ada satu langkah yang perlu dihadapi sebelum untuk dapatkan channel sekian. Fuh, ini buat stress jugak ni. Ha Ha Beriya I olls baca step nak setting dia, baca manual bukak youtube. Selagi Encik laki kata.. ariel dia tak da. tak dapat laa.. Ha hA Adooo berulang kali cuba. Katanya TV built in DTV tak perlu ariel. Hurm.. Tido dulu laa.
Petang baru kami anak beranak keluar misi mencari ariel tu. Dari Mr.diy, Ke ECo Shop sehingga ke Econsave. Sempat lagi rembat beli satay di Pulai Jaya. Eh, Depan kedai makan Abu&co tu. Kawan Encik Laki berniaga situ. Cuba la. Satay dia sedap. Tak sempat nak snap gambar sebab kami kelaparan. Haha
Dapat juga ariel berharga RM5 dari Econsave. Huh, dengan harapan yeay! Kau tunggu aku nak tengok Ila tu masih nak mengedik lagi ke dengan Ean tu. Hish..
Malangnya, setelah di -tuning cuma peroleh 13 channel dan 10 radio sahaja. Channel apa ja tu? RTM nak oi. RTM. Media Prima punya channel semua yilek.. Ibu is give up laa. Hurm. yang hairan channel singapore ngam pulak. Eish...
Berulang kali kami laki bini cuba. Tak dapat nak oi.. Laki pun cakap. Nak jugak ariel mahal. Makanya tengok ke la RTM tu. Janji esok pagi Nayla dapat tengok kartun kat OKto esok. Dia sibuk nak tengok Omar & Hana. Which is biasa dia tengok dari laptop sebelum ni Hadoi anak la anak.
Tengok la bijak tak ibu dia nak settlekan macamana. Kalau tak menyebut lagi dia.
So konklusinyaa tunggu la ariel baru dari shopee tu. Lau tak kang nanti aku beli Mi Stick jugak kang. 🌝
Ha Ha Gitu la dia. cerita pasal TV ni pun boleh jadi satu hikayat. Esok lusa baca la kisah setting tv tak jadi aku ni. TV dah dapat channel pulak tak ada. Heeee... Apa pun tak boleh la nur ni..