Sabtu, Februari 06, 2021

Giveaway by Ejulz and Atiehilmi

 


First giveaway ni nak join buat tahun 2021. Ejulz ni memang rajin buat giveaway. Pernah menang sekali. Hehee 

Walaupun nampak sikit, tapi benda macam ni salah satu penyebab PV naik. All the best semua. Jom join korang tanda sokong kedua blogger kita ni. 

Giveaway akan tamat pada 28 Februari 2021 tau. Jadi masih punya kesempatan lagi kok.. :)

Jumaat, Februari 05, 2021

Korea Drama: True Beauty (2021)

 


Tajuk: True Beauty / The Secret of Angel 
Genre: Comedy, Youth, Romance 
No of Episode: 16 
Cast: Cha Eun Woo, Hwang In Yeop, Mun Ka Young, 
Sinopsis: 

True Beauty is a romantic comedy about a high school girl Im Ju Gyeong, who rises to pretty girl fame after she masters the art of make-up from YouTube. She turns into a goddess because of her makeup skills, but would rather die than reveal her bare face to anyone. It tells her love story with the only boy that saw her without makeup, Lee Su Ho. Lee is an attractive and handsome boy who appears cold because of his dark past but is actually very caring. They grow when they meet each other sharing their secrets and finding love with each other, but can Su Ho make Ju Gyeong find her true beauty?
Wikipedia© Mydramalist©

Adapted from the webtoon "Yeoshingangrim" by Yaongyi.


SPOILER ALERT! 


Yes! habis sudah drama ni. Saat semua orang nonton Mr. Queen aku tengok ni dulu. Well, mungkin sebab dulu pernah follow up dia punya webtoon di LiNe Webtoon, tu yang macam excited la bila dia diadaptasi jadi drama. 

Over all, drama ni mengisahkan Ju Gyeong yang menjadi mangsa pembulian di sekolah lamanya dek kerana wajah jeleknya. Kemudian dia berpindah ke sekolah baru. Dia dapat ilham untuk berubah menjadi cantik dengan mekap. 

Siapa saja tak seronok bila semua orang pandang kerana rupa? Eh, ke aku je tak suka jadi hot spot? Haha Tapi ni cerita si Ju Gyeong la kan. Akhirnya dia memiliki dua orang teman baik bernama si Soo Jin dan Soo Ah. Dan apa paling penting dia jumpa cjnta hatinya, Lee Su Ho. 

Urm.. macam tak jadi pulak nak cerita. Eh, mood ni.. 


Ping pang ping pong, Lee Su Ho pun suka dengan dia kerana rupa-rupanya Ju Gyeong ni cinta pertamanya masa kecil lagi. Dan Su Ho pun pernah tengok masa Ju Gyeong tanpa mekap. Mulanya dia tak perasan, tapi Ju Gyeong sendiri pecah rahsia. Ha Ha 

Lee Su Ho pun ada masalahnya sendiri. Apabila rakan baiknya, siapakan namanya tu.. seorang trainee di syarikat ayahnya mati bunuh diri akibat tohmahan palsu dari netizen. Kesian. Lee Su Ho tahu perkara sebenar lagi rasa serba salah. Jadi bila seorang lagi kawannya, Han Seo Jun marahkan Su Ho kerana tidak membantu rakan mereka ni, Su Ho pasrah. 

Cliche drama ni apabila Seo Jun pun terjatuh suka dengan Ju Gyeong. Tapi bagusnya Seo Jun ialah dia memilih untuk terus menjadi sahabat buat Ju Gyeong berbanding dengan  Soo Jin juga suka pada Su Ho. Apabila Soo Jin mengetahui rahsia Ju Gyeong yang sebenarnya cantik kerana mekap, digunakan itu untuk menjatuhkan Ju Gyeong. Kesian, sanggup buat kawannya sendiri macam tu. 

Sudahnya dia tak dapat juga Su Ho tu. Malahan dia sendiri dikecam oleh seluruh pelajar sekolah apabila mereka mengetahui kebenarannya. 

Moral dari drama ni: 

  • Kecantikan sebenarnya dari hati. Rupa paras itu cuma satu bonus. 
  • Luahkan apa yang tersirat di hati  sebab orang bukan tahu apa yang tak nampak. 
  • Jujur dengan diri sendiri. 

Dan apa yang penting Ju Gyeong dan Su Ho bersatu semula walau apapun rintang mereka dua hadapi. Yes! Done satu drama. Next! 


ps: Legend of Fei aku pun masih sangkut lagi. Adooo... mood..... 

Khamis, Februari 04, 2021

Menang Top Komentar 2020 di Blog Sunah Sakura

 


Kenangan penghujung tahun 2020, dinobatkan sebagai salah seorang pengomen tegar di blog Sunah Sakura. 


Siapa tak kenal sis Sunah Sakura ni korang wajib terjah tau. Blog beliau yang simple dan penuh informasi memang menjadi pilihan sekiranya korang nak tahu apa-apa info terkini. Aien kenal gitu-gitu sebab sama-sama Sarawakian. Haha 

Lepas dari tu, dari beliau jugak Aien macam nak join JDT blogger. Disebabkan join masa MCO, jadi silent reader je laa. nak join dorang punya event belom ada kesempatan lagi. 


Berbalik pada hadiahnya. Wow, suprise gitu sebab rasa macam dah lupa benda ni. Sejak berbadan dua ni, banyak benda dilupa. Heran betul laa. Alih2 datang je. Lawaknya Sis Sunah ni dok taman sebelah Aien je. Taman yang selalu jadi tempat ziarah hujung minggu untuk beli barang dapur  Haha Tapi, musim covid ni.. poslaju lagi sesuai. 

Hadiah comel je. Thanks aok sis Sunah atas hadiahnya. Nambah la lagik fridge magnet kamek tok.. Dengan planner 2021 yang sangat comel. Sambil tulis planner, boleh la pekena cappucino ke, teh Cameron berperisa Anggur ke. Uish.. pandai betul la pilih hadiah ni. 

Tahun ni macam sepi je dek kerana hilangnya mood nak jalan2 jugak.. hehe 


Lupak iolls mok engkah blog sis Sunah tok eh.. Bah uolls rajin2 aok terjah blog sis Sunah si peminat bunga sakura. eh..