Isnin, Disember 21, 2020
Baru bersinar kembali selepas I sinar?
Wah, lama betul menyepi. Aduhai.. Bukak tutup bukak tutup. Tak ada idea la ibu ui nak menulis. Tajuk ada. Berlambak. Nak karang tu, subhaa Nallah.. esok je la aku sambung tulis lagi. Gitu la dia sejak dua menjak.
Ada yang rindu ke tu? lagi beberapa hari nak krismas, ada yang dah balik kampung halaman ke tu? Aku ni haa, menghitung hari untuk next year, dengan doa moga Sarawak tamatkan kuarintin untuk mereka yang daripada luar sarawak. Kes covid pun tak juga surut. Adik cerita, Kuching dah jadi Yellow zone balik sebab ada kes tempatan yang dia tak ke mana pun, tapi positif covid jugak. Haila, kalau nak kena tu kena la jugak walaupun kita jaga elok-elok. Bukan bermakna kita boleh ambil ringan..eh, tak laa. cuma luahan hati orang dah lama tak balik jumpa mak bapak.. Macam tu la dia.
Disember ni, ke mana saja? Tak ada. Ada jer baca sana baca sini. baca saja la. nak tinggalkan jejak dah kata malas. Haha
teruk betul penyakit M ni kena hujung tahun. Nak rehatkan minda sat. Set new goal. New planning untuk tahun depan. Hari ni orang ramai dah start mohon I-sinar? Aku? Tak apa la. Masih okay lagi kot. duit pun risau habis kat scammer je nanti. Bwahaha amboi, sangka buruk nau.
Buat apa keluar duit, tapi xleh nak ke mana. Bisuk bisuk saja la aku guna. bukan teda jugak hari bisuk tu kan. Hadiah untuk pengikut 400 aku pun belom beli. Tak ada idea. Hari tu macam dah ada. Tapi, utamakan utama dulu. Lemari rebuk sana sini. Hujung tahun la semua nak runtuh. Nasib bukan rumah runtuh. Sorry tau awak.
Aku ni kalau hujung tahun blur je sebab dok fikir apa je aku dah buat sepanjang tahun ni. ingat nak semangat untuk next year..tapi semangat tu tak jugak datang. Angan banyak, semuanya ke langit. Sudah la tu. Esok lusa tulat aku sambung tulis review drama. He he h e.. Lepas tengok LeeDong Wook semalam rasa macam semangatku kembali. Eceh. Haha
Banyak dalam list. Tunggu.. Ada yang dok tanya chinese drama apa yang best untuk aku? Jap yek. nanti aku buat list. The Romance Tiger and Rose pun tengah tayang di 8tv jam 7pm ke 9pm.
Haa, pegi la tengok. Dok gelak sorang-sorang dengar dan tengok drama Sang Pewaris. Kenapa gelak? Sebab suka tengok Ben Amir gila-gila dalam tu. Eh, terpanjang pulak bebel.
U olls baca ke tu? Hehe Dah esok lusa sambung lagi laaa. tu bila lama tak bercerita.. seronok pulak. U olls jangan jemu k...😘
Khamis, Disember 03, 2020
Lama tak jengah blog, Disember sudah??
Ahad, November 22, 2020
ANIME: Kimetsu No Yaiba
Tajuk: Kimetsu No Yaiba / Demon Slayer
Genre: Animation, Action, Fantasy
No of Episode: 26
Sinopsis: A family attacked by a demons and only two member survive -Tanjiro and his sister Nezuko, who is turning into a demon slowly. Tanjiro sets out to become a demon slayer to avenge his family and cure his sister.
SPOILER ALERT!
Selepas baca review dari sorang rakan blogger tapi bila dicari balik siapa lupa la pulak. Sorry! But you bawak I tengok this awesome anime. He he
Lama giler tak layan anime. Once bila baca review dan ramai kata best, so Aien cari la di tempat hot untuk cari cerita, movie dan drama. situ lubuk dia. Di mana? U olls takkan tak tahu. Haha Taip je tajuk apa u olls nak, keluar la dia. I love that application.
Anime ni menceritakan seperti di sinopsis apabila Tanjiro jumpa keluarga dia mati dibunuh demon. Dan adik dia seorang saja selamat. Keistimewaan Tanjiro adalah memiliki smell sense yang sangat kuat. Jadi masa dia nak selamatkan adik dia, Nezuko dia hampir saja diserang oleh another Demon Slayer untuk bunuh adik dia. Tanjiro gigih selamatkan adik dia, dan Nezuko juga memiliki satu kesedaran yang tiada pada mereka yang sudah jadi demon ni. Bila tengok abang dia diserang oleh Demon Slayer tu, dia cuba selamatkan abangnya.
Dek kerana Demon Slayer tu sedar perbezaan dua beradik ini, maka disuruhnya Tanjiro ke sebuah pergunungan dan berjumpa dengan Sakonji Urokodaki untuk berlatih. Selama 2 tahun dia berlatih dengan Urokodaki, selama itu juga Nezuko ketiduran.
Semestinya bila nak berjaya jadi Demon Slayer bertauliah dan memiliki set pedang khas dan pakaian seragam yang anti demon, mesti la kena join ujian. Masa ni Tanjiro nyaris-nyaris was-was dengan kemampuan dia sendiri. Tapi dia berjaya juga.
Sebaik saja dia berjaya lepasi ujian, mereka yang lulus ditemani oleh seorang burung tak kira darj burung gagak ke pipit untuk memaklumkan mereka tentang misi seterusnya.
Bila anime, kalo dah tempuh segala halangan pasti dia boleh walaupun pada mulanya nampak macam bakal gagal saja. Untuk Kimetsu nO yaiba ini juga tidak ketinggalan menyerapkan sisi itu.
Haih, seronok jugak tengok anime ni kadang-kadang. Jadi mood booster Aien jugak bila tengok semangat Tanjiro gigih nak sembuhkan Nezuko walaupun orang kata itu adalah satu yang mustahil.
Apatah lagi, bila Tanjiro melaksanakan satu misi di Tokyo, dia menghidu bau yang sama di rumahnya dan yang menjadikan Nezuko, demon rupa-rupanya orang itu adalah pemula bagi semua puak demon.
Paling menyeronokkan ialah, Tanjiro merupakan Demon Slayer tahun pertama yang pernah berjumpa dengan orang itu berbanding dengan Demon Slayer kelas atasan. pHew~ disebabkan smell sense yang dia ada.
Nak tak nak, masa semua Demon Slayer menyoalkan kenapa Tanjiro seorang Demon Slayer bersama dengan seorang demon, dan Nezuko harus dibunuh. Masa tu juga Nezuko diuji dengan darah manis yang memang menjadi idaman semua Demon. Bijaknya Nezuko, berjaya mengalihkan pandangannya dari godaan itu. Hasilnya semua orang setuju untuk kekalkan Nezuko bersama dengan Tanjiro dengan jaminan tiga orang penting yang pernah menjaga mereka dua beradik ini.
Semangat Tanjiro dalam merealisasikan impiannya dan semangat kekeluarga antara Tanjiro dan Nezuko sangat kuat ditekan dalma anime ini. Tak sabar juga tunggu season seterusnya. Aien ikut je orang ada update ye la. Haha
Sekarang ni ada movie pulak untuk anime ini. tengah tunggu la dia keluar. hehe sabar.