Rabu, November 04, 2020

Oktober 2020 Blog Performance

Oktober 2020 Blog Performance | Dah jadi rutin pulak saban bulan tengok momentum perjalanan blog. Seronok rasanya bila tengok ada improvement dari segi carian. Moga terus sukses dan sudi berkongsi kebaikan. 




Alhamdulillah bulan oktober dengan 26 post entry je dah nampak perbezaan dari bulan lalu. Lebih sikit bulan ni sebab selalu up entry kena dengan masa dia.  Jadi sikit-sikit pun tak ada merapu sangat. Biasa la update cuma drama, sesekali bab makan, bebel sikit. Jangan boring suda laa. 



Entry yang mendapat perhatian untuk bulan Oktober ni antaranya Hotel Del Luna. Penangan drama itu disiarkan di TV3. Tapi sebab lewat malam sangat, kadang orang pun malas nak tengok. Sambung jer la cari di talian kan? Paling best juga chinese drama yang baru-baru ni agak viral la jugak sebab plot dia best. 


Seperti biasa entry daftar buku pink masih duduk di carta tertinggi dalam blog ni. Untuk bulan ni banyak pulak orang cari tampal gigi. Al-maklum la PKP ni banyak makan, gigi pun nak minta servis jugak. Haha Masih orang mencari produk penjagaan wajah HERV Natural. Yang Aien pun dah pencen pakai dek kerana poket tak berapa support harga dia. 


 
Gigihnya orang cari nak tampal gigi tu. Fuh, harap dia membantu korang serba sedikit la walaupun bukan di musim PKP ni.


Antara lain juga Hotel Del Luna dan juga pusar dua di kepala. Keyword yang berbeza tapi result dia tetap bawak ke entry yang sama. Harap membantu la yek. 


Ikut Google Analytic ni Aien tak berapa nak faham sangat. Yang faham hijau tu cantik la dia naik, kalo merah means you need to work harder. Haha 


Ini agaknya dari segi berapa lama orang stay di blog kita kot. Masa cuti Maulidur rasul orang ramai berjalan blog walking. Masa tu cantik dia naik. 


Organic search ni mungkin maksud dia pencarian orang untuk ke blog kita kot. Kena banyak membaca lagi bab Google Analytic ni. Masih blur-blur lagi nak faham. Maap ler Ibu ni benda kaitan dengan nombor terus merundum teruk. 


Yang ni mungkin dari segi viewer atau pembaca blog kita daripada mana dan sekian tempat. Bagi yang merah tu mungkin bermaksud kurang daripada bulan lalu..  Takziah buat Brunei atas pemergian putera mereka. 


Nah, ini yang cuba dijaga namun masih juga merundum teruk. Ada masanya cantik hijau tapi no BR masih tak turun-turun dari angka itu. Haha Nak buat product review kalo disuruh tak pandai. Tak reti nak karang ayat yang proper. Apatah la buat karangan Bahasa Melayu. Hailooo... BR. tolong la bagi elok-elok sikit naaahh.. 


Hari tu ingat nak buat entry pasal PV dah cecah 200k. Fuh, terlepas pulak. Tak apa. Kita slow slow naaa. Harap lepas ni Adsense pulak sense kita punya blog ni yek. Teringat nak merasa duit dari blog picisan ni. 

Banyak entry nak kena sembunyikan. banyak lagi nak kena betulkan. Jauh lagi perjalanan ni. Yang penting usaha lebih ye Nur! 

PV alhamdulillah tak pernah jatuh lagi, saban hari mesti lebih 500. Jika kurang update sikit turun la kurang dari 500 tu. 

Semoga entry ni memberi semangat untuk korang terus menulis dengan penuh dedikasi. Hehe 

Sekian. Cerita blog Kisah Aienienka. 

SURI: Koleksi Terbaru Jimmy Scarves paling simple tapi berkualiti terbaik

 


Suri: Koleksi terbaru Jimmy Scarves paling simple tapi berkualiti | Wah, awal kali ni boss Jimmy launch koleksi baru. Masing-masing teruja bila boss bukak gambar teaser pada semua agent dan stokis. Aien pun berdebar je risau poket bergegar minta bungkus sepasang dua koleksi Jimmy Scarves ni. 

Kali ini boss Jimmy menampilkan koleksi yang lebih simple mengikut kesesuaian permintaan sekarang. Kebanyakan golongan wanita mencari tudung mudah sarung atau paling minimal sterika. Seperti koleksi lain, Jimmy Scarves sentiasa cuba tampilkan kelainan untuk menarik minat para pelanggan di kala musim pandemik ini. 



Ini la keistimewaan Suri kalau semua nak tahu. Jimmy Scarves menyediakan dua versi untuk koleksi Suri ini iaitu tanpa awning dan dengan awning. 

Sesuai bagi pilihan sedondon ahli keluarga yang suka instant dengan awning atau tak ada awning. Macam Aien, Aien lagi suka tudung bawal instant tak ada awning. Nampak la korang ni pakai bawal jugak kan. Tapi kurang la dari segi penggunaan butang pin lebih-lebih lagi golongan mak-mak yang masih ingin tampil bergaya. 



Seperti biasa juga jarang sekali koleksi daripada Jimmy Scarves kurang dari segi pemilihan warna. Ada warna lembut dan ada juga warna bold yang sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan. Dan paling penting buatkan kita rambang mata nak pilih yang mana. Sebab semua nampak lawa. perempuan, perempuan..



Korang juga boleh lihat perbezaan dari segi dua versi ini. Untuk versi ada awning ni, Jimmy Scarves menggunakan material soft cotton serta premium heavy chiffon sebagai keseluruhannya dengan dua lapisan. 

Menarik kan? Untuk mereka yang tak punya konfiden hendak menyarungkan bawal instant tanpa awning, boleh pilih yang ada awning untuk sedondon dengan ahli keluarga lain. 

Lebih details korang boleh klik @jimmyscarves_skudai untuk cuci mata dan kongsi like pun tak apa. 



Selasa, November 03, 2020

Beli Ice Cream guna khidmat Grab food je


 Beli ice cream guna khidmat Grab Food je | Ceritanya, sang kakak.. minta duit tengahari nak beli eksrem katanya. Pantang bebenor ler dengar bunyi cing cing dari bawah tu. Kalau di rumah nenek sana, tak apa juga boleh tahan si penjual tu. Tapi, kalau dah dok rumah burung ni. Malas bebenor ler ibu ni nak turun anak oi. 

Tengahari janjikan eskrem semata nak lenakan dorang, (teruk bebeno ler ibu ni) usai bangun tunaikan la. Masing-masing macam menuntut jer janji kan. Bukak aplikasi Grab, pilih food haaa ada pilihan Ice Cream daripada Wall's. Pahtu pilih pilihan kedai terdekat. Aien pilih dari Hup Soon. 24 minit jugak nak sampai rumah. Tapi rasanya, kali ni laju sungguh driver dia. Siap bukan yang official grabfood rider rasanya. Tapi dia guna driver grab biasa. Heee, Feel so special dapat sekotak besar kau. 

Apa ada dalam Wall's Happiness Box? 

Masa nak pilih pilihan ais krim tu ada banyak je aiskrim bekas dan set kotak tapi Aien tertarik dengan Happiness Box ni. Dalamnya seperti ada banyak pilihan. iaitu 14 batang ais krim yang terdiri daripada: 

  • 2 batang ais krim Magnum Coklat 
  • 2 batang ais krim Magnum Vanilla
  • 2 batang Solero 
  • 1 batang asian pulut hitam 
  • 1 batang asian delight sea coconut 
  • 1 batang asian delight keladi
  • 5 batang tealive boba 

Wow sangat kan? Harganya RM50 sahaja include delivery cas + tips. Sekali topup grab RM50 satu menu je lump sum habis. Haha 

Lama dah tak makan ais krim Wall's ni rasa dia lain sangat. Selalu ais krim cing cing tu dari jenama peguin tu pun dah rasa marvelous sangat. 

Nak tengok besar mana box dia tak? Aien so teruja korang, macam ada orang buat suprise je dengan kita datang kotak molek begitu. 



Siap wrap dengan kertas merah. Tengok gambar dia macam ada yang dalam bekas kan, itu ilusi semata. Haha Semua jenis batang je k. 



Wall's Asian Delight Sea Coconut. Sedap sangat yang ni. Aien suka sebab dia ada isi kelapa tu sekali dalam ais krim dia. Tapi, si Nayla dah rembat dulu. Ibu gigit sekali dua je. 

Yang lain simpan buat stok. bila hari panas sikit rembat la satu dua. Sekarang musim hujan petang. Nak makan bebanyak pulak. Dah ada peti sejuk baru, tak ada la pulak teringin nak buat aiskrim malaysia ke. Hurm.. Itu la manusia kan.