Ahad, Julai 19, 2020
Setahun sudah hikayat Izz Najmi
Sungguh tak terasa, setahun sudah berlalu anakku ini. Walaupun begitu, masih terasa lagi kesakitan menahan contraction seharian yang sepatutnya hari kelahirannya. Sehingga kini semua orang terdekat ingat dia lahir 17/7 padahal 18/7/19.
Kisah ayahnya merempit tika ibu menahan serasa mahu meneran dirimu saja, Pengalaman Second born. Berpantang bersama dengan mok de kau dua minggu. Macam mimpi pulak. Selang 13 hari lagi, birthday Furqan Hilman pulak.
Ini dia sepupu selang 13 hari. Besar masing-masing lebih kurang. Tapi, sekarang boleh nampak sudah kecenderungan peribadi masing-masing. Si Izz lebih kepada bermain sendiri, namun manjanya usah dibawa bincang. Pandai mengambil hati orang tua. Jika nak dibandingkan dengan Furqan Hilman, yang nampak lebih bijak berbuat sesuatu tanpa perlu diajar. Namun, sangat kuat mengusik. Ligatnya pantang pintu terbuka, pasti lolos ke luar. Fuh, masing-masing ya...
Izz Najmi, Ibu coretkan setahun kelahiranmu di sini. Maafkan Ibu sering kali terlepas dalam mendidikmu. Namun, hadirkan dikau memberikan ibu sinar baru dalam kehidupan ibu. Ibu mohon pada Allah pelihara lah anak-anakku dalam iman, moga mereka menjadi anak soleh solehah, moga diri mereka sentiasa diberikan kesihatan dan perlindungan oleh Allah SWT. Moga kalian juga boleh membantu Ibu menjadi Ibu yang lebih baik. 😘
Selamat ulang tahun yang pertama Izz Najmi. Bintang kekuatanku. Moga Allah merahmatimu dengan hidayah dan iman sehingga akhir hayatmu.
Sabtu, Julai 18, 2020
Teringin punya pasal, Mee Jawa hasil berguru jauh, siap!
Teringin punya pasal, Mee Jawa hasil berguru jauh, Siap! | Dugaan bila kau berada di Tanah Malaya, tekak inginkan makanan Sarawak. Maka, teda siapa yang boleh kau harapankan melainkan diri sendiri sahaja.
Terima kasih buat adikku, sudi berkongsi resepi walaupun kami jauh. Dengan kemudahan video call thru whatsapp, dia guide aku buat sampai siap! Sampai dua kali tambah. Ha Ha Ha Puas hati wooo...letak daging banyak-banyak. Yummmm~
Nah, dengan izin beliau, aku share resepi untuk simpanan aku kemudian hari. Dan untuk korang jugak teringin nak merasa la kan..
Jika korang nak tau, kalau di Johor, Mee Jawa ni lebih kurang adik beradik dengan Mee Rebus ke Mee Kari kalau tak silap aku. Cumanya Mee Jawa ditaruk rempah sedikit untuk membezakan rasa mereka.
Resepi Mee Jawa: (untuk 4 hidangan)
Bahan-bahannya:
1/2kg daging yang telah direbus (airnya disimpan tepi)
Bahan A:
2 biji keledek oren
1 biji kentang
2 biji telur
-direbus bersama untuk jimat waktu. Kemudian, keledek dan kentang dikisar bersama menjadi puree
Bahan B:
3 sudu serbuk kari daging
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
-gaulkan bersama air panas, agak-agak likat sikit, hidu baunya sebati atau tidak. Pastikan bau kari itu lebih kuat berbanding dengan bau yang lain.
Bahan C:
2 biji bawang merah shallot
1 biji bawang merah bombay
3 biji bawang putih
1 sudu udang kering
-dikisarkan bersama
sedikit cili kisar.
1 gengam daging yang telah dihiris halus.
garam, gula dan cukup rasa seadanya.
Sedikit minyak masak.
Air rebusan daging
Cara-cara membuatnya:
1. yang lain serba sedikit aku dah tulis di atas ya.
2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bahan C ke dalam periuk. Gaulkan sehingga naik bau. jangan dilupa sedikit cili kisar. Gaul sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam periuk. Gaulkan sehingga sebati dan naik bau. Pastikan rempah pecah minyak baru la padu rasa kuahnya.
4. Masukkan puree keledek bersama dengan air rebusan daging. dan 1 genggam daging. Baki selebihnya daging boleh dihidang ketika makan nanti. gaul sebati.
5. Masukkan garam, gula, dan sedikit cukup rasa. Biarkan kuah mendidih. sambil-sambil itu kacaukan bagi rasa mereka sebati.
6. Dah siap!
Rahsianya adalah, bagi semua rasa bersatu semuanya. Baru rasa pior kuahnya itu. Jika korang rasa macam sekejap rasa keledek je, sekejap rasa daging je, sekejap rasa rempah je. Biarkan saja. Nanti dah didih masih jugak tak bersatu rasa, jangan pulak dipanggil ahli Bersatu, korang biarkan lagi kuah itu sehingga benar-benar rasanya itu ngam semua. Sekiranya terlalu pekat, boleh tambah air rebusan daging lagi. biarkan kuah sedang-sedang aja pekatnya.
Jangan lupa jugak bahan lain untuk mee jawa ni iaitu:
Bahan Utama:
mee kuning yang telah dicelur
sayuran seperti taugeh ataupun daun bawang
Telur Rebus
Dah siap pun menu mee jawa kita.
Nah, ini la dia mee jawa sap sap soi kata orang. Asalkan lepas rasa tekak teringin tu kan. Ho ho ho
kOrang boleh la cuba ya.
Rabu, Julai 15, 2020
Grabfood VS Foodpanda Servis
JUJUR DARI SISI PENGGUNA
No matter how good the service is it, there always have a flaw.
Yooosehh~ Tetiba rasa macam nak buat review, hasil dari testimoni aku sendiri sebagai seorang ibu yang punya anak kecil serta duduk di rumah tinggi.
Ceritanya semalam, aku kepingin amat air dari Tealive serta Kek. Makanya aku cuba servis daripada foodpanda. Tak pernah aku cuba, tapi bila tengok dah banyak kali dorang rider foodpanda masuk kawasan perumahan universiti ni, apa kata aku cuba pulak.
Dengan perkhidmatan Foodpanda, aku order air daripada Tealive. Nak pergi berbeli sendiri tak terpergi-pergi jugak. Sudahnya hentam la 3 cawan untuk tiga beranak minum. Haha Tiga cawan dalam RM33 lebih gitu la
Yang ni aku order dahulu. Tengok dah okay servis, ingat nak cari kek, tapi macam teda pulak kek dalam foodpanda ni. Beralih la ke Grabfood. Order Secret Recipe mix cakes tu. Termasuk cas delivery RM2.00 RM42 lebih gitu.
Lumba la siapa sampai dulu. Haha
Tak lama kemudian, rider foodpanda kol, suruh tunggu bawah. Ini yang paling malas sekali tau. Aku order guna servis macam ni pun kena tunggu bawah apacer kan? Padahal dah diletak note, boleh tolong hantar sampai ke atas?
Disebabkan dia berebut order, tu yang dia nak cepat. Sakit hati jugak sekejap dengan rider dia. Jika dilihat kepada aplikasi Foodpanda, dorang tak ada macam tips tau untuk diberikan kepada rider tu. Mungkin sebab tu leceh juga kan.
Hazelnut Choc with pearl
Bang Bang Chocolate with brown sugar and pearl
Original Pearl Milk Tea with Gula Aren
Tak lama air sampai saing pulak dengan kek sampai. Wow! Tak ada panggilan ke apa, alih-alih dah muncul depan pagar bagi salam. Yes! I like this kind of rider. Excited gilos bila masing-masing dah sampai. Tekak mengidam punya pasal. Layankan aje laa..
Yang ni lupa pulak apa. Hehe
Kemudian rate rider dan bagi la hadiah sikit. Bagi nya aplikasi Grab, kita diberikan kebebasan untuk rate rider kita. Nice! Foodpanda, sekali dah sampai macam teda pulak suruh kita rate rider tu. Mungkin aku juga tak perasan sebab dah sakit hati dengan rider dia. Ha ha
Dah dua kali jugak aku guna servis Grabfood ni memang berbaloi sangat. Tapi, cas delivery dia tu yang macam haiya.. Keluar Grab masuk Foodpanda. Konfius laa. Foodpanda kebanyakan store terdekat free delivery. Kesian pulak dengan rider kalau dorang macam serba serbi tak ada kelebihan dari sudut pandangan kita pelanggan la.
Tapi itu la aku, dalam kesian tu, aku masih mengharap servis bagus dari dorang yang bekerja frontliner macam ni. All the best rider, semoga murah rezeki.
Langgan:
Catatan (Atom)