Jumaat, Disember 28, 2018

HADIAH DAH SAMPAI!!



Hi~ Assalamualaikum | 

Alhamdulillah hadiah dari Kak Shikin Razali telah selamat mendarat ke tangan Aien semalam. Paksa amek kat poslaju Skudai. Bwahaha Kes asyik tak ada kat rumah or ada kat rumah posmen malas nak panjat. 

So, relakan diri pegi mengambilnya. Tak apa. Sis tamarah pun.. 

Terima kasih kak Shikin. Hadiah yang berharga membuatkan Aien semangat nak melangkah ke 2019. Planner dia serba serbi cukup untuk diri yang semakin nak berubah. Azam tahunan asyik nak berubah. Tak cukup kuat nak mujahadatunnafsi dan istiqamah dalam perjuangan, dah kondem tengah tahun. Hujung tahun kenbali rasa menyesal what me doing for whole this year? Haha It's not funny, yet I'm laughing at myself being such a dummies in mujahadatunnafsi ni. 


Ayat muka depan muka planner ni cukup buat pembakat semangat. Doakan Aien yaa.. Moga kalian juga terus kuat menghadapi hari akan datang dengan penuh sabar dan redha. Moga Allah berkati kalian semua. 

Till we meet again.. 


Khamis, Disember 27, 2018

BAWA NAYLA PERGI TG. PIAI, PONTIAN

Hi~ Assalamualaikum

Cuti Krismas hari tu, kisahnya kami sekeluarga balik kampung nenek Nyonya Nayla di Pekan Nenas. Yela, minggu lepas tak ada balik sampai atuk dia cakap, "Tak balik Nayla ni..."  Nenek dia memang dah tahu kitaorang tak balik. hee~ Kesian Atuk tunggu Nayla. 

So, walaupun cuti sehari je. Balik la kejap, memandang hujung minggu ni pun tak dapat balik lagi sebab Tuan Izwan ada job. 

Kisahnya bila dah sampai ke kampung, Aien cakap dengan Tuan Izwan nak pergi Tg. Piai yang katanya sekarang ni tengah syiok air pasang. Melimpah sampai ke luar kawasan parking. Dari tahun lepas nak pergi, tak kena dengan masa cuti je, tu yang asyik terlepas. Alhamdulillah kali ni kena, makanya wajib jugak tu kena pergi. Ehe~ 

Rancang nak pergi sebelum air pasang. Nak tengok air dia naik. Sekali, Nyonya Nayla sampai waktu dia nak tido. Kita utamakan anak dulu la. Sebelum nanti sampai sana meragam pulak dia kan. Baik cegah dari hadap benda tu nanti. Haha

Sekali dah sampai ke Tg. Piai tu, halamak! Ramainya orang, sampai keluar manusia parking. Sekali tertipu. Dalam ada lagi parking. Sebabnya air dia dah surut, makanya manusia pun beransur pulang. Yela, kita datang nak tengok air je kan, main air gitu. Kalau masuk, kena bayar. Dan kena kejar dengan monyet. Tamau la repeat memori tu.



Ini je la gambar untuk diabadikan di blog. Untuk gambar yang lain, dah update iG personal Nyonya Nayla sebab banyak ambil gambar dia je. Moga kenangannya terabadi secara panjang di sini, secara pendek di Instagram. Nak tengok tunggu jap lagi kita update.

K bai. 


Rabu, Disember 26, 2018

REVERSE BUCKETLIST: MY ACHIEVEMENT SO FAR


Hi~ Assalamualaikum |

Baru balik dari blog walking a few blogger friends, baca dorang punya entry such a depressed on the end of the year. So, Have a faith and good luck for next year.

Aien bukan la nak cakap depressed sebab baca blog dorang, cumanya sedih baca entry tu. Tumpang sedih cause semua orang rasa apa yang kita rasa but NOT at the SAME TIME. You know what I mean? Everyone has their own roller coster. Masa kita tengah sedih, kita tengok orang ni happy. Time kita happy, entah-entah orang tu tengah sedih. Kan? So, that rollercoster is always up and down. To you guys, please keep positif even though I am not a positif person. Keep have faith with Allah because He is The Almighty. Keep doa and sabar. K?

Untuk happykan korang, Aien terfikir nak buat reverse bucket list ni. Hasil idea post challenge yang tak habis lagi la. Adoo~ ada a few lagi tinggal. Rasa macam dah hujung tahun ni, Malas pulak nak update blog. Bukan apa. Nak new template. Tapi nak duit. NAK .. Dan terus nak. Daripada berfikiran tamak sebegitu rupa, kesudahannya mim alif lam sin.

Haiya~ it's that happykan kitaorang Aien? huh~ baik tapayah!

Nah, ini sebenarnya benda nak share dengan korang semua.. Reverse bucket list ni ialah benda yang korang dah achieved sebelom ni. Means, korang dah buat la. Kasi sikit korang dan diri Aien sendiri proud dengan diri. Tengok cermin, tepuk bahu, say it. "I am proud with me. " Senang kan?


These are the few things Aien dah achieved. Haha Sangat menyedihkan. See, me is not to positif person! O M G!! 

And that quote always kena pada diri. Cause every single day, when I'm thinking about my future. I always blame my past. Why I can't do that dulu? Kenapa la aku ikut ke? Kenapa dan terus kenapa.. Kesudahannya yang takkan pernah habis. Sebenarnya kekecewaan tu terlalu banyak kalau nak dibandingkan dengan kemenangan. Adoo~ Why me? Tanya lagi.. 

Tolong la. U know the answer. Please not be stupid. So, demi kebahagian diri sendiri.. Aien smile. Senyum betol. Say to myself.  I proud with you. 

Proud sebab akhirnya dapat genggam segulung diploma, segulung sijil nikah dan segulung sijil lahir. Harap segulung sijil PhD breastfeeding Nyonya Nayla pun dapat la. Itu je target sekarang ni. ^^ 

Ada lagi satu benda yang unproud don't proud. Haa~ apa tu? Nanti Aien share tahun depan yek. Sekarang macam masih bertimbang timbang lagi.
At the end of 2018, selepas bersalin dan semuanya #syukurselalu dan #alhamdulillah untuk diri sendiri. #proudofme