Jumaat, Disember 21, 2018

C-DRAMA REVIEW: LEGEND OF YUN XI

Hi~ Assalamualaikum


Hari ni, Aien nak share dengan u olls, satu chinese drama yang Aien tengok minggu ni la. Pulun nak habiskan 48 episod punya pasal, habis data guwe. Nasib la ada GX30 by Umobile. Ecceeehh~ 

Tajuk: Legend of Yun Xi
Episod: 48 
Durasi per episod: 47 minit
Genre: Wuxia, Medical, Romance
Cast: Zhang Zhe Han, Ju Jing Yi, Lin Si Yi, Merxat

Sinopsis: 
Drama ini diadaptasi daripada novel 'Poison Genius Consort' yang mana berlatar belakangkan zaman perpecahan sebuah negara menjadi tiga iaitu Tian Ning, Western Qiu dan Northern Li. Disebabkan takut dengan adiknya sendiri, Long Fei Ye, Raja Tian Ning memerintah Long Fei Ye dikahwinkan dengan perempuan 'hodoh' untuk melemahkan semangat Long Fei Ye. 
-sinopsis panjang boleh baca kat wiki-

:: Review Aien ::

Disebabkan jalan cerita dia macam best la jugak, dan Aien dah try tengok sikit-sikit kat youtube sorotan drama dia, that's the reason why Aien tengok. Sebab kedua sebab Long Fei Ye. Kah~ 

Kisahnya drama ni panjang, sebab masing-masing dari tanah yang berbeza cuba nak lingkupkan Raja dorang ni. Katanya sebab Raja ni jahat. Dia cuba nak develop balik Poison Zombie yang menyebabkan perpecahan berlaku daripada Raja terdahulu. Senget kan? Poison Zombie ni sangat kuat dan Long Fei Ye adalah satu-satunya tinggal selepas ahli keluarganya di bunuh dan dijadikan Poison Zombie. Nak cerita macam satu-satu dah jadi macam story la pulak. Bukan review lagi. Over all, drama ni boleh la tengok sebab jalan cerita dia menarik. Spoiler alert:: ending dia, huh! 

Haha 


Till I watch next drama.. 





Khamis, Disember 20, 2018

JALAN-JALAN PETANG, REDEEM DOMINO'S REGULAR PIZZA + CHEESECAKE BLUEBERRY DENGAN RM18.10


Hi~ Assalamualaikum | Ha, rupanya entry hari ni tak ada. Okay tak apa. Nasib kita ada cerita malam ni. Hee~ al-kisahnya, selepas Tuan Izwan pulang  dari kerja, kami terus ke GDex Skudai Branch untuk collect vacuum yang hari ni Aien beli masa sale 12.12 di Lazada. Sebab tu la review vacuum tu belum nak ada, vacuum nya masih tersangkut di pusat penghantaran. Kalau ikutkan, hari Jumaat lepas dah sampai. Macam biasa, Aien hujung minggu tak ada kat rumah. Makanya, relakan diri tiap khamis ke poslaju ke, gdex ke, apa-apa la untuk ambik barang. Itu pun kalau ada beli atas talian la. 

Okay, lepas dah ambik tu, Tuan Izwan bawak la pusing-pusing bandar. Ingatkan nak bawak jalan shopping mall ke, tercapai jugak hajat nak beli pembeku minyak tapi aik, tak! Ke mana ye.. Malas pulak nak tanya. Ikutkan aje la dia sambil bebel salah jalan. haha Last, dia berenti di Puteri Harbour. Me like, wow! Impian aku nak tengok circus tercapai!! Lompat bintang jap. Excited tak buleh nampak sangat. Rupanya, Tuan Izwan nak bawak Nyonya Nayla masuk ke Dinasour Park tu. Huuu~ sob sob la tengok. Sebab circus tu too much expensive untuk rakyat mahraen macam kita ni. Eh~ macam Aien ni. Di sebabkan tak masuk, so malas nak ambil gambar. 

Bila nak masuk Dinasour Park, tengokkan cuaca yang nampak nak gelap, akhirnya kami decide untuk jalan-jalan sahaja tengok kapal. Nak duduk kat situ, rupanya semua kerusi dah tak ada. Dulu rasanya ada kerusi situ,kan?  Last pergi, masa Aien ngandung rasanya. 

Dah penat jalan dan langit pun makin gelap, balik la. Tak lama lepas tu, hujan. Haha Nasib baik tak beli tiket. Kalau tak, jadi al-bazirun sebab kejap naa je dapat masuk. 

Cakap ngan Tuan Izwan, boleh tak nak singgah Aeon? Nak pergi Daiso. Tapi, Nyonya Nayla tidur pulak. Haiyaa.. Dalam hati, batalkan aje niat. Lain kali masih ada. 

Nyonya Nayla pun sedap tidur. Dan alang-alang keluar, singgah la terus beli makan malam. Malas nak masak. And, jom p redeem pizza. Siangnya Aien dapat pesanan dari domino, kata dapat pizza murah. Apa lagi, jom!


Kotak cheesecake dia so comel.


Dan ini isi dia. Lupa pulak nak ambik gambar blueberry lava dia.  Sedap! Aien ingat yang jenis sejuk punya. Mulut ni kemaruk dah minum dan makan benda sejuk. Allah~ sedapnya dapat ais krim.


Lastly, pizza regular 9" smokin beef 'n' chicken. Daripada RM30++ boleh jadi Rm19.20 includes service charge. Wow~ memang it's all about me. Haha 

But, a bit dissapointed sebab kat menu tulis regular dapat 9 pieces. Ini Aien dapat, 6 pieces je. It's okay. Aien pun tak berapa minat pizza. Buat lepas tekak okay la. Yang satu hilang tu, Tuan Izwan kelaparan dah. Dia ngap dulu. 

Next, I will review about my vacuum. Please stay tuned, okay? 


till I write again...

Rabu, Disember 19, 2018

SEGMEN BLOGLIST YEASLMN #2019 (Januari-Disember)



Hi~ Assalamualaikum | Moga ada rezeki untuk tersenarai. ^^

Nak join, macam biasa klik saja banner di atas. Dan ikut saja arahan yang diberi. Selamat berkenalan semua. ^^