Jumaat, Disember 14, 2018

WORDLESS DAY


Khamis, Disember 13, 2018

BELI APA TU PADA SALE 12.12??

Hi~ Assalamualaikum

Remember I told you gais, Aien menang voucher dari Lazada 2 hari lepas. Here I am to story mory dengan u olls apa yang Aien beli dengan voucher tu. Hee~ 

Al-kisahnya, Aien teringin sangat nak beli vacuum cleaner memandangkan rambut ni bersepah merata. Geram sebel bila nak menyapu. Lagi-lagi bila Nyonya Nayla pun sekarang ni dah start selak-selak karpet Ibu. Ado~ tak cukup dengan hanya kibas-kibas je karpet tu. Macam tak cukup bersih je rasa. So, I told Tuan Izwan. I wanna to buy the vacuum. He said, bazir je. Penyapu lidi pun bersih jugak. Haha 

Haa~ dah Tuan Izwan kabo gitu. Kita senyapkan aja la. Sampai la detik dapat voucher ni minggu lepas. Me like~ yeay!! Dapat beli vacuum. Yeay! Yeay! And sale 12.12 is coming. Cun! Tepat pada masanya. Saya suka!! 




Taraa~ usha² yang ni nampak tengah viral di kalangan rakan muka buku Aien. Tengok rating pun macam okay je. So, apa lagi grab la satu. Ikutkan harga dia kalau normal rm75++ la. Jadi dia dah turun la RM10 gitu. Termasuk postage sama jugak harga dia RM75. Pusing-pusing situ jugak kan. Why not grab je satu. Buat percubaan. Sekali dah proceed payment apa semua, Aien masukkan la kod voucher ni tadi, but, Sedih! Shipping voucher ni tak cover. Like, burn je la RM5 haku!! Aien dah la memang tak ada benda lain nak beli. Macam oh, tidak!! 

Bincang-bincang dengan Tuan Izwan, dia kata amek je la. So, dah proceed semua. Tunggu la dia sampai je. Jangan la abang posmen malas lagi nak panjat. Tak larat la nak pergi poslaju je. Haha 

Okay, tu je nak cerita. Till I write again~ 

PS: Nanti dah sampai Aien buat review. hee~ 

Rabu, Disember 12, 2018

AGAR-AGAR MILO, SENANG JE..

Hi~ Assalamualaikum

Bila musim hujan, konfem rasa asyik nak makan saja. Tertiba datang la idea nak buat agar-agar selepas menggali bilik pantry ternampak sebungkus agar-agar tali. Hah~ apa lagi searching next item untuk dicampur semua. Semua ada. Apa lagi, sukat air, campak itu, campak ini. Tara~ dah siap. Senang je kan? 

Malangnya, sebekas besar jugak Aien dapat. Banyak tu. Aien sorang je makan. Mana la orang nak makan agar-agar musim hujan ni Cik Aien oi.. Agar-agar sedap makan time panas lit lit, haa~ marvelous gitu. Nasib la badan jumpa teman yang kurang makannya. Dia bukan tak makan, cuma tak berapa. Cuba kalau kena feveret dia, amboi tak toleh kiri kanan naa~ Kalau Aien.. apa aja bedal. haha

Macam biasa la, masa progress buat benda ni, Aien lupa nak ambil gambar. So, tengok je la yang dah siap. 

 
Bahan-bahan diperlukan: 

1 bungkus agar-agar tali
1.5 liter air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan milo

Cara-caranya: 

1. Masak agar-agar dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan susu cair. Kemudian, dah sebati boleh ditutup apinya.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. -milo -susu
3. Kemudian, susun la ikut suka.
4. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.



Senang kan? Pejam mata boleh buat. Ada setengah orang suka campur dengan tepung jagung sikit. Tapi bagi Aien, itu dah jadi puding dan tak la berapa gemar.

So, agar-agar ni la buat santapan pagi. Sambil masak, letak agar-agar ni dalam pinggan beberapa ketul. Buat alas perut dulu. 

Yang atas tu jangan ditanya kenapa berketul, sebabnya Aien p sejukkan depan kipas. makanya, dia sejuk cepat. Dengan yang dalam jag pun sejuk. So, sambil tuang tu tapis la kalo tak nak dia berketul. Ni untuk makan sendiri, kisahkan aja rupa dia macamana. Janji sedap! By the way, masa dia tengah disejukkan tu, Aien cicip rasa dia macam kurang manis. Sekali bila dah sejuk, wow~ cukup rasa. Macam biasa la, Aien ni suka benar derhaka pada resepi. Haha 

All the best you all yang nak mencuba. ^^ 


Till I masak again~