Isnin, November 26, 2018

PENCARIAN BLOGLIST DECEMBER 2018 oleh Airah Syahirah

Hi~ Assalamualaikum


Aien mula tertarik dengan blog Airah ni pasal Jajangmyeon dan terus baca apa saja  yng Airah selalu share. lebih-lebih lagi pasal skin care.

He~ join la sementara Airah tak closed lagi misi pencarian dia ni..

All the best .. 

Ahad, November 25, 2018

K-DRAMA REVIEW: TERIUS BEHIND ME

Hi~ Assalamualaikum

Dua hari menghilang, keserabutan masih tak tergendala bila Nyonya Nayla start makan. Ibu pun konfius plus excited nak kasi dia makan. Either be lurus bendul ikut FB, atau kasi je dia makan apa-apa melainkan benda keras. Aduh~ anak. Ibu serabut!! 

Dalam serabut tu, cuci otak jap dengan layan drama. Dah lama sebenarnya cerita ni habis, Aien je baru nak tengok. Hee~ macam best sebab Hero kesayangan berlakon. Layan je laa.. 


Title: My Secret Terius / Terius Behind Me
Region: South Korea
Episode : 32 (30 minute per episode) 
Genre: Friendship, Family, Comedy, Action
Actor/Actress: So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi
Sinopsis: Go Ae Rin baru sahaja kehilangan suaminya. Seorang lelaki misteri, Kim Bon menghuni sebelah rumah. Dia rupanya seorang perisi legenda. Kim Bon membantu Go Ae Rin menyelesaikan konspirasi yang mendiang suaminya terlibat tanpa sengaja. 

**********-----------**********

REVIEW Aien:: 

As usual cerita yang dilakonkan oleh So Ji Sub tak pernah menghampakan. Mula-mula ingatkan banyak action je, rupanya dia lebih kepada family dan kawan. Aksi tu kurang sikit la. But, still not bad. Go Ae Rin dalam diam dia terlibat dengan konspirasi yang membunuh suami dia. Kim Bon pun senyap-senyap tolong dia. Yang bestnya persatuan kediaman King Castle ni yang banyak menyokong dan membantu Go Ae Rin secara tak langsung. Ahjumma yang nampak biasa je suka tanya banyak-banyak, dalam masa yang sama dorang korek rahsia dan berkongsi maklumat. Jangan main-main dengan Ahjumma ni. 

Over all, cerita ni biasa-biasa je la. Aien pun sekadar tengok sebab So Ji Sub. Tak ada la boring sangat. Ending dia, Go Ae Rin tahu boss dia bunuh suami dia, tapi sebenarnya boss dia pun di-kambing hitam-kan oleh orang ternama yang terlibat dalam konspirasi senjata api dan rasuah. Haa~ pusing-pusing end up Go Ae Rin ni sebenarnya yang membongkar sendiri perisik-perisik yang ada di sekeliling dia dengan bantuan King Castle Information System a.k.a KiS. Terbaik kalo Ahjumma bawang kita pun gini laa. Senyap-senyap ubi berisi. haha 




Rabu, November 21, 2018

MINI PENCARIAN BLOGLIST JAN-DEC 2019 by S.K

Hi~ Assalamualaikum

Hari dah hujan, jom kita tarik selimut. Eh, sebelum tu moh kita blogwalking dulu yer. Aien jalan-jalan tadi terserempak ramai rakan blogger join Mini Pencarian ni. Tengok banner dia, uiihhh~ jatuh cinta elegan gitu. Apa lagi. Aien join la, mana tau ada rezeki. Sambil tu tambah kenalan lagi sambil ronda di malam yang dingin ni. 



Saya suka! Saya suka! dah macam Yin dalam Boboiboy dah Aien ni. Haha Moh la geng, meriahkan segmen member ni. Date line dia sampai 12.12.18 gitu. Macam tarikh kawen pulak. cantek naa..  Eh~ dah apa lagi? klik klik.. heee