Ahad, November 04, 2018

REDISCOVERY 4.11

Hi~ Assalamualaikum w.b.t

Happy Sunday warga blogger sekalian. Hujung minggu macam ni tak ada apa sangat nak buat bila Tuan Izwan pergi kerja. So, settle-kan hal rumah, jaga Nyonya Nayla tu je. Ada masa free bila Nyonya Nayla tidur, kita update blog. Yeah~ 

Tapi, masa Aien taip ni.. Nyonya Nayla sibuk jerit-jerit nak tidur, dah settle semua pun masih tak nak tidur, kita biarkan dia main dengan kaki dia dulu. Haha 

Hari ni, Google Photo hantar notification pada Aien suruh ingat what is happening this day last year. Haa~ teringat la jugak. Kenangan pahit MIL Aien dikejar monyet. Baru mengimbau semalam dengan mak cik a.k.a adik ipar MIL. Rupanya dah setahun berlalu. Pejam celik je kan. 


Masa pergi ni petang lepas balik dari jemputan kawan MIL kot kalau tak silap. MIL kata lama dah dia tak pegi sini, ajak la Tuan Izwan ke mari. Sambil tu, Aien pun nak jugak mengimbau kenangan first jejak kaki ke Tanah Johor ni. Tanjung Piai ni antara tempat² yang Tuan Izwan bawak. Adeh~ memang kenangan sungguh sebabnya dulu datang sebagai kenalan lama yang baru jumpa, sekarang datang sebagai isteri. *shy face* 

Balik dari sini la kononnya nak rehat kejap selepas seharian berjalan, Tuan Izwan ajak balik rumah mak dia.. adeh~ sungguh tak sangka betol la kan. Kenangan kenangan.. 
Bila dah berjalan seronok la kan. Masa Aien ngandung suka sangat kalau Tuan Izwan ajak jalan. Fuh~ rasa dia mengajak p honeymoon je. Aceh~ 

Itu la namanya perempuan. Bila suami ajak jalan, bahagianya sampai langit ke tujuh. Orang kata, gembirakan isteri, maka home sweet home la anda. Iye ke? 


Tiket masuk Tg. Piai ni untuk dewasa RM3/person untuk kanak-kanak pulak RM1.50. Tapi tak tahu la tahun ni naik ke tak harga tiket dia. Tg. Piai ni sebenarnya macam hutan paya bakau gitu. Tempatnya sesuai kalau buat anda yang suka nak beriadah petang jalan-jalan sambil kuruskan badan dan jugak tengok pemandangan. But, Malaysian people always like free place. Haha 


Di Tg. Piai ni kena hati-hati la yer. Tertera di pintu masuk amaran keras jangan bawak apa-apa bentuk dan jenis makanan ke dalam kerana ia membahayakan nyawa dan jiwa anda. Masa kami masuk, alhamdulillah tak ada apa jua rintangan la. Takut juga kalau-kalau ada 'penjaga' yang sibuk perhatikan beg kita. Kalau boleh botol air mineral pun jangan. Sebab mereka ni agak agresif bila katanya 'makanan'. 


Berpeluh juga nak berjalan ni. Lagi-lagi masa Aien pergi ni dah berbadan dua. Adooo~ kejap² nak duduk. Nasib Tuan Izwan sudi bawakkan beg tangan. Terima kasih ya~ 



Haa, nampak tak perubahan langit tu.. Masya Allah masa ni takjub sangat. Nampak sana gelap, sini cerah lagi. Hujung sana macam dah ribut je, kita sini elok je.  Subhana Allah .. 


Ini la sebenarnya tarikan Tg. Piai ni sebab dia ada globe Penghujung Benua Asia ni. Masa pergi berdua dengan Tuan Izwan kawasan globe ni di tutup sebab masa dalam pembaikian selepas ribut air pasang. Alhamdulillah kali kedua pergi, dapat la jugak ke globe ni. 

Nampak sangat perubahan dalam masa setahun dua selepas ke sini. Banyak sebenarnya dah berubah. Tuan Izwan pun ada cakap, kalau ikutkan route perjalanan dia tak ada jauh sangat, tapi sebabnya asyik reput je kayu dia, maka pihak pengurusan pun buat route baru dengan menggunakan simen. So, gais yang suka nak jalan-jalan tengok pemandangan dan salah satu tarikan bila anda ke Johor, jangan la lupa singgah sini. Kalau datang musim air pasang, yang mana Aien belum kesempatan lagi nak pergi, dengar cerita air laut boleh sampai ke pintu masuk Tg. Piai ni. Which means, jauh tau. Haa~ kakak angkat dua kali dah mengajak masa air pasang. Well, tak ada rezeki lagi. Biasa awal tahun gitu ada la seminggu tempoh dia. Cuma tahap air pasangnya berbeza. Adeh~ seronok jugak tu kalau dapat pergi masa tu. 

Korang pernah pergi tak sini? Kalau belom jemput la singgah jalan-jalan yer. Tak lama cuti sekolah kan. Bawak la family pusing-pusing sini pun okay. Sambil jalan sambil kuruskan badan. Eh~ gurau je. Hehe

Till I write again. 






Khamis, November 01, 2018

HELLO NOVEMBER

Hi~ Assalamualaikum 

Berlalu October dengan pelbagai kisah, datangnya November membawa cerita baru untuk kita. Aha~ planning untuk November masih samar-samar lagi. Aien kalau dekat hujung tahun macam ni blur sangat. Sebab tak tahu la, beberapa tahun ni bila nak hujung tahun je, Aien tak ada buat apa. Mereput je dekat rumah. Hahaha Last year mereput lepas konvo, sebab morning sickness teruk. Awal tahun baru cari kerja baru. Pahtu lepas bersalin berhenti jadi pengasuh Nyonya Nayla dan tukang masak Tuan Izwan je la. Sometimes wondering what and how should I do to buang boring.. Eh~ jap jap..  ni nak cerita pasal apa pulak ni.. Aien just nak say Hello je.. ::>_<:: Terlebih sudaa.   


So pesanan tuan tanah ni cumanya mengharap kebaikan untuk kita sebab tak lama lagi Rabiul Awal menjelma dan....  Allah~ Aien lupa hari ni nak puasa~ Π…Π apadaaa... nak kena start dah ganti puasa yang habis dituang sebulan Ramadhan yang lepas. adeh~ Tak apa tak apa.  Kita tunggu Nyonya Nayla dah start makan t k, baru kita selang seli puasa. huh~ Haha #janganangansaja.

Seperti biasa, Aien pun malas nak bebel panjang, Enjoy yur weekend sebab Aien nak balik kampung mertua. heeee Jumpa lagi ahad nanti. ^_^

Rabu, Oktober 31, 2018

DRAMA SERIES: CHILLING ADVENTURE OF SABRINA (2018)

Hi~ Assalamualaikum 

Happy Halloween? hee~ kalau ingat barat, the end of October is Halloween day. Nak cerita panjang-panjang pun kind of tak berapa nak tahu sangat, so just assume it's the day kids collecting their candies with wearing a horror custome. Nah~ Should it be nice isn't? 

Sempena Halloween ni juga Aien terhabis tengok cerita yang baru saja tamat or tengah ditayangkan di Netflix called CHILLING ADVENTURE OF SABRINA. 


Title: Chilling Adventure of Sabrina
Genre: Drama, Fantasy, Horror
Channel: Netflix
Episode: 10 
Duration: 1 hours 20 minute
Cast: Kiernan Shipka, Ross Lynch
Sinopsis: As her 16th birthday nears, Sabrina must choose between the witch world of her family or the mortal world of her friends; based on the 'Archie' comic. 

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇ Aien Review ◆◆◆◆◆◆◆◆◆

When Aien watched this series, kinda creepy jugak sebab Aien ni sebenarnya penakut! Adeh~ eventhough cerita Munafik 2 pun Aien tak tengok lagik, apatah lagi cerita creepy macam ni. Mesti korang wonder eleh, cerita omputih boleh pulak layan.. Meh Aien jawab sikit, sebabnya cerita ni tak la seseram mana kecuali latar belakang pekan Greendale tu yang semacam seram je. Selebihnya tak ada la seram. Time dia tunjuk muka Mother of Demon pun Aien skip, hey~ nampak tak penakut dia. ^_^||

Over all cerita ni boleh la ditengok. Lagipun banyak dah cerita adaptasi Sabrina ni such as Sabrina the teenage Witch, or etc. Senang kata dia mungkin dari komik lama kot, tak ada pulak Aien belek dulu sebelum review ni, Lagipun pengubahan cerita ni membuatkan kita wonder apa pilihan Sabrina sama ada stay as mortal ataupun jadi witch. Iapa la tak nak punya kuasa kan. Tapi Sabrina ni dia lain stil dia end up choose what is matter for his beloved. So, nak tengok tak? Subscribe saja di Netflix selama sebulan free. Ataupun, tunggu la kat mana² laman pirate. hee~ 

Oh ya~ hari ni merupakan hari terakhir dalam bulan October, moga esok datangnya esok membawa lembaran baru untuk kita. Masuk bulan baru bermakna, 2018 hampir melabuhkan tirainya. Guess world moving so fast now.. •﹏• 

Till we meet again..