posts in category RESEPI

Khamis, Mac 30, 2023

Mee Basah Lejen Tak jadi

 

Mee Basah Lejen

Allahuma solli ala Sayyidina muhammad

🤣🤣 

Sebelum meneruskan menaip, meh aku ketawa dulu la ek. adehh~ Aku punya semangat nak buat Mee Basah Lejen resepi Hamdan Mubarak tu kan, pahtu boleh aku ni kan suka durhaka resepi, pahtu tak laku. 

Dia macam nak sedap, sedap, cuma tak kena tekak orang dalam rumah ni. Aku dah la memang ler tak berapa gemor dengan mee kuning ni, paling tidak pun dia kena basah betul atau begini la kan. Tapi, herannya dia jadi kembang dan kering lepas tu. Hurm..  
.

Resepi Mee Basah Lejen Hamdan Mubarak

Weh, aku tengok dia buat senang aje kan. Periksa bahan-bahan semua ada. Ajum kita masak. Tapi aku kan suka durhaka. Kalau korang nak tengok version Hamdan Mubarak punya < DI SINI >
.

Bahan-bahan Mee Basah Lejen: (hat aku punya) 

1 bungkus mee kuning
1 labu bawang merah
4 ulas bawang putih 
isi ayam 
sayur sawi 
2 sudu makan sos tiram 
2 sudu makan sos cili 
2 sudu makan lada kisar
3 biji telur 
bancuhan tepung jagung
garam dan cukup rasa 


Cara masak: ( tang ni yang aku durhaka) 🤣🤣

1. Tumis bawang sehingga naik bau. Pahtu masukkan lada kisar. Biarkan dia pecah minyak. 

2. masakkan isi ayam, biarkan goreng(masak) sampai separa masak. 

3. letak sos tiram dan sos cili. Tambahkan sedikit air panas dan biarkan rasa sebati. Aku biarkan dia mengelegak. 

4. Masukkan telur dan bancuhan telung jagung. (jujurnya aku nampak dia kata letak telur dan tepung jagung) 🤣🤣 agaknya tang ni mee tu serap semua air tu. 

5. kacau-kacau. 

6. Masakkan mee kuning yang telah dicuci dan sayur sawi. Jangan lupa garam dan cukup rasa. 


Ikutkan si hamdan ni dia buh air rebusan ayam, kiub ayam dan apa lagi ntah. Aku ni dok fikir kan dah letak sos tiram, bakpe isi kiub lagi. Tak masin ka? Pahtu dah berbuka tu, laki habaq kata tawar. Hahaha baru ler boh garam dan perasa. 
.

7. Gaul sebati. Haa kan dah siap! Excited ler hujan semalam boleh ler makan mee basah panas-panas an. Sekali. boleh pulak dia kering. Aiguu. rasanya silap part tepung jagung tu laa. 
.

Kemudian, aku makan berselera gak sebab lapar dan panas. Sedap. Malangnya guwe ini alergic. Gabungan protein dalam mee itu, telah membuat eczema  pada wajah trigger. Huwaaaa.. sebab tu la, tak berani makan lagi. Apa protein dalam mee tu? Ayam, telur, dan sos tiram. Haa aku kalah kalau tiga benda ni bergabung. Telur tidak. ayam kadang-kadang bergantung dengan cara masakan. Sos tiram, definetly yes. .


Rupa dia semasa aku berbuka. Weh, sedap.. Tapi apakan daya, dia takkan kembali. Haha 
.

Jom try resepi apa pulak esok? 

Rabu, Mac 29, 2023

Resepi Donut Susu Viral

 

Resepi Donut Susu Viral

Allahumma solli ala muhammad 

.

Hari ketujuh Ramadan, alhamdulillah masih setia disini mengolah resepi. Tahun ni, Ramadan dia lain maciam. Rasa makan tu tak sangat hype berbanding tahun sebelumnya. Ke sebab dah masuk 30-an ek? 


Alasan mu saja malas masak. Malas masak, duit yilek, kita skrol la hari-hari resepi yang boleh dibuat menu berbuka. As semalam, padahal puasa pertama dah buat donut kampung untuk anak-anak. Tetiba terbuka Khairul Aming punya resepi Donut Susu Viral. Senang banget! Bahan-bahan semua ada! Ajum repeat donut lagi. 🤣 

.


Resepi Donut Susu Viral by Khairul Aming

Macam biasa la video tutorial korang boleh tengok di Tiktok ek. Kita share resepi je. Ada cara-caranya dalam tulisan la ye..
.

Bahan-bahan: 

1 peket yis 
1 1/4 cawan air suam 
6 sudu susu manis 

(Gaulkan sebati dan biarkan kembang selama 5 minit) 

Aku derhaka, lepas tinggal sementara mandikan anak-anak tengok dah kembang aku masuk je bahan seterusnya. 

1 biji telur 
1 cubit garam 

Gaul bagi sebati. Kemudian gaulkan rata dengan 

4 cawan tepung gandum  

Khairul Aming ni dia pakai cawan specific cawan tu. Aku pakai cawan minum anak-anak. Jadi sukatannya menggunakan cawan yang sama supaya tak ada terlebih terkurang. 


Jangan lupa, 3 sudu majerin Seri Pelangi. sambil masak sambil endorsment. 

Gaul sebati. dia macam lembik sikit. But, no worries  Tutup je, biarkan dia kembang selama 45 minit. But, bagi aku terlalu lama sebab aku dah lambat nak berbuka, terpaksa minum air dan kurma je dulu sebab lambat mula, sebab.. —haaa, banyak sebab dia. Sebab termenung nak masak apa. Haha Nasib laki tak bising.

Jadi aku tunggu sampai 30 minit je macam tu tengok dia dah kembang aku bentukkan bulat. Hurm, macam biasa dah masak untuk anak-anak dah teruja nak makan, tak sempat snap. 
.

Ikutkan KA ni dia canaikan dan tekap dengan acu donut. Aku bentukkan bulat ikut suka aku gaya pro mak aku. Haaa~ panjang tak nama  Biar la dia ada yang besar kecik. Biar dia kembang sekejap. Haa, terus ler panaskan minyak sebab dia kembang dengan jayanya. 
.

Gerammm~ Kemudian goreng tu, jangan ler pakai api yang besar, nanti dia hangus luar dalam tak berapa nak masuk.  
.

Aku tekap bulatan tengah donut tu dengan penutup botol air dari @gulamanis beberapa hari lepas. . Ada juga function simpan benda ni kan.

.
Sekali aku leka, donut aku hangus. Haha tapi masih boleh makan ek. Krispy luar, dalam rangup. Jangan lupa salutkan dengan susu dutch lady Najmi dan gula ising sikit . Puas hati wei! Kenyang makan.  
.


Gambar sebenar tanpa filter. Geram dengan kegebuan dia. Masyuk la kan kalau gebu3 macam ni. Tapi takut org ada elergic telur tak leh makan. Hehe Tapi so far kami okay je. Paling direbutkan bebola kecik tu. Donut besar lambat anak-anak habiskan.

Good job Nor! Lain kali boleh buat lagi. okay resepi KA apa lagi kita nak try ni? 

Ahad, Februari 13, 2022

Resepi: Kek Batik Coklat Ganache

 


Happy Sunday people~ Ramai gantung kuali ke tu? Sementara gantung kuali tu kan, meh la baca resepi pencuci mulut? Haa, manisan yang akak kutip resepi dia dari facebook dan akak kompile untuk ingatan akak esok hari. Tanda aku dan buat gaya ni. Haa, gitu. Akak ni pelupa orangnya. 


Resepi akak try semalam masa anniversary semalam. Macam lama dah tak pekena kek batik kan. Padahal ritu baru melantak kat rumah mak mentua. Haha 


Bahan-bahan Kek Batik: 


Setengah buku buttercup

Secawan milo

Setengah cawan serbuk koko

1 cawan susu manis

setengah cawan susu full cream

1 bungkus biskut marie perisa biasa


Cara-cara buatnya: 

  • Panaskan kuali diiringi buttercup yang kejung tadi. 
  • Setelah cair, masukkan susu pekat. Pelan-pelan terus kacaukan dia. Dah sebati
  • Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau terus. Jangan biar dia membeku. Risau. 
  • Masukkan susu full cream. (actually resepi asal guna susu cair)
  • Dah sebati, masukkan biskut marie dan gaul bagi rata sebelum dimasukkan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan plastik. 
  • Tekankan bagi rata. Dah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Done~

Senang kan?  kredit resepi: Dapur Cake dan Cookies


Seterusnya bahan coklat Ganache dia. Bahan-bahan diperlukan adalah seperti berikut: 

200g coklat masakan 
200g whipping cream
1 sudu butter

  • Double boilerkan kesemua bahan dan biarkan ia cair. Pastikan sebati adunan ganache -nya. 
  • Dah sejuk, boleh tuang atas kek batik tadi. 
  • Kemudian, biarkan kedua mereka semalaman sebelum dipotong 
  • Dah siap!

kredit resepi: Lyana Jamaluddin 


Senang kan? Kek Happy Birthday kata Nayla. Ibu memang plan nak letak buttercream. Tapi biasa la, penyakit M menguasai. 




Kind of messy dengan kesan tak sabar Najmi nak makan. Asyik tanya, Ibu dah siap belum? Ibu dah sejuk belum? Ibu dah keras belum. Ye anak-anak Ibu potong. Haha Dah potong. letak dalam bekas. Masuk peti. Nanti pandai la dorang amek sikit-sikit. Tapi tu la, Nayla ni bijak. P ambil coklat dia saja. 



Cukup rasa. Manis itu biasa untuk dessert. Over all, gaya ni ibu berkenan dan kalo bersih dan kemas macam boleh aje jadi punca rezeki. Haha Otak bisnes aje. Tapi, M datang. So, Ibu bagi can kat orang lain. Hihihi 


Boleh cuba flavor lain pulak. 


 





Selasa, Januari 25, 2022

RESEPI: Ayam Goreng Pandan Gula Apong

 


Hi Hi, Happy Tuesday! 

Hari ini Aien nak share dengan korang semua resepi asal daripada KhairulAming yang diubah ikut bahan yang ada dan tekak sendiri. Haha Actually sebab bahan kurang je. Kita pakai je la apa yang ada ek. 


Bahan-bahan: 

1/2 kg Ayam (Aien guna bahagian kepak, peha, thigh dan isi sikit)

Bahan untuk dikisar: 
Bawang merah
Bawang putih
Halia 
Serai 

Campuran lain: 
Serbuk cili (Kalau nak pedas boleh letak cili kisar)
Sos tiram
Gula Apong (boleh ganti dengan gula melaka, kisar bersama bahan kisar di atas)
Serbuk kunyit 

-Daun pandan

Cara-cara: 

Ikutkan air tangan sendiri ni campak-campak je. Janji rakyat dalam rumah kenyang. Ayam tu dah dicuci bersama tepung gandum ataupun limau kasturi, perapkan bersama bahan kisar dan bahan lain kecuali daun pandan. Biarkan selama 1 jam ataupun nak sedap semalaman. 


Dah nak habis ikat baru nak ambil gambar. Nasib sempat. Biasa Aien check in dapur telefon tinggal ber-cas di bilik. 


Setelah sampai masa untuk digoreng, ikatkan ayam tu dengan daun pandan. Sebenarnya KhairulAming guna pencungkil gigi untuk tahan daun pandan tu bersama ayam. Malangnya benda tu tak wujud di rumah Aien. Maka kita ikatkan saja. Janji tak terlepas dari ayam tu. Nak bagi bau dan rasa pandan tu masuk ke dalam ayam goreng kita tadi. 

Sementara tu, panaskan minyak terlebih dahulu. Selesai sesi ikatan mesra daun pandan dan ayam, dah boleh digoreng. 


Blub blub blub ayam tu. Bau semerbak daun pandan bersama manisnya gula apong tadi. Goreng sehingga garing. 


Tara hasilnya. Tak sempat den nak snap molek-molek bagai. Ni pun tak sempat nak garing sangat berebut dengan Young Lady Nadhira melalak nak mandi. Aigguuu~ jadi sotong sejak anak tiga nih. Haha 

Selamat mencuba!


Jumaat, April 09, 2021

Tips dan petua lembutkan daging yang mana berkesan?

 


Salam Jumaat semuanya . Bersantai di hujung minggu? Minggu ni Aien nak share dengan korang la kan, tips dan petua lembutkan daging mana yang berkesan yang pernah korang cuba? 

Haa, ceritanya begini. Minggu ni menu lauk daging sebab tekak macam teringin nak makan daging. Tapi jujur 4 tahun kahwin la kan, Aien tak pernah reti pilih daging dan juga masak lauk daging ni. Sebab apa? How many time I tried, daging konfem liat punya. Eh, tak cuba tips ke untuk lembutkan? Adooo..  Itu orang kata try and error dalam dunia masakan. 

Sejujurnya dalam banyak-banyak housework sebagai suri rumah, memasak is not my passion. Walaupun makan is my favorite. 😁 Tapi sudah bergelar isteri dan juga seorang suri rumah, ko nak harapkan siapa lagi masak kalau bukan diri sendiri.  

Berbalik cerita daging tadi. Aien beli seketul daging around RM10 . Entah berapa gram tak ingat. Tapi boleh dua kali makan kami 4 beranak. Disebabkan minggu ni Cik Laki pun jarang balik makan pagi, dia ada kursus. Senang la kerja Ibu ni. 

First trial, nak masak daging masak itam ala kenduri. Okay, Aien cuba tips, RENDAM DAGING DENGAN SODA BIKARBONAT DALAM 10 MINIT. Fuh, dah rendam tu. Bau soda bikarbonat tu naik. Dan yes! Daging memang lembut. Macam lain macam la lembut dia. Lembut liat plus rasa soda bikarbonat dia mematikan selera. Urgh! Sudah la masak itam tu sedap tau. Kena daging macam tu, turn off betul la. Walaupun dan diperap dengan perapan masak itam tu dalam satu jam, masih terasa soda bikarbonat tu. 

Dan Aien pun, give up! This tips can't be use anymore. 

Hey, sebelum tu, Aien pernah cuba: 

  • Potong lawan urat. Still bila masak dia liat jugak dan lambat nak lembut. Macam tolong la bagi aku pressure cooker. 
  • Masak masukkan sudu/garpu besi . Tips nj memang mak Aien gunakan. Tapi I was not patient to wait that long enough. Dia makan masa. Kena reneh elok-elok baru lembut. 

Apa lagi ye petuanya? Tapi yang Aien sebut ini yang Aien pernah cuba dan teka tau, yang satu ni memang buat Aien suka sangat la. Dah la tak la berapa lama sangat tunggu dia, dan daging jadi lembut elok macam mak-mak masak. 😁 

I did it! Proud of myself. 


Maka jadi la Kari daging versi Aien ni. Korang nak tau tak cara yang mana satu Aien praktikkan? LETAK BIJI KURMA SAMBIL RENEHKAN DIA. Fuh, happy I olls bila dia menjadi u. Aien rasa nak lompat-lompat je. 

And masa nak tunggu dia pun sekitar setengah jam je untuk lembut. Bila daging dah separa lembut, masukkan kentang. Jadi bila kentang dah lembut, daging kita pun lembut sama. Yeay! 

cuma Aien tak berapa pandai la nak masak kari as kari mamak ke, kari melayu ke kari kapitiam ke. Masukkan serbuk cili macam tu jugak warna dia, setiap kali masukkan cili lada pun macam tu jugak kejadian dia. Pekat dan pior selepas ditaruk santan. Me like, aku suka kari yang cair, ada minyak sikit rupa dia. Padahal letak minyak pun agaj banyak jugak masa menumis.  

Bab kari-kari ni failed lagi. But, hey I did a good job untuk lembutkan daging. Mungkin readers Aien yang dah pro masak boleh share how to jadikan kari ni cair sikit, dan tak creamy sangat lagu ni? Hehe

Teach me please. 


Rabu, Mac 31, 2021

Resepi Puding Karamel Roti paling simple pernah dicuba

 


Wah, terajin pulak buat puding ketika mood M tu beso je di dahi tu kan. Aien ada la simpan roti expired baki dari minggu lepas punya roti kan. Tak tau nak buat apa. Godek-godek la FB "Resepi roti expired" . Nampak pulak satu resepi yang macam sedap dan senang. Malangnya ia berbentuk video. Adeh. Tak ada tulis resepi pulak. Sebab dia dalam video kan. 

Maka di sini nak mencurah untuk readers aienienka.com RESEPI PUDING ROTI KARAMEL PALING SENANG. Tanpa Oven dan mixer. 

Jom kita mula. 

1/3 cawan gula - masukkan dalam periuk/kuali untuk dijadikan caramelnya. buat dengan api perlahan. Risau hangit pulak nanti. Setelah gula cair dan berwarna keperangan, masukkan sedikit air. Macam percikkan air gitu. Tak tau la apa fungsi dia. Kemudian tuangkan dalam loyang. Sejukkan 

Bahan-bahan roti. 

4 keping roti yang dibuang tepi (tapi daku derhaka masukkan semua. Sayang pulak dibuang)

1 cawan susu cair 

1 cawan air 

1/2 cawan susu manis 

3 biji telur gred A 

1 sudu makan esen vanilla. 

- Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar a.k.a blender. 

- Putarkan selama 20 saat sehingga sebati. 

- Kemudian tapis bahan roti masuk ke dalam loyang caramel tadi. 

- sementara korang blend bahan-bahan roti tu, panaskan la periuk kukus. Bagi air dia mendidih. 

- sudah mendidih, masukkan loyang yang dah ada isi tu la kan dalam periuk kukus dan kukus selama 40 minit dengan api perlahan. 


Nah, hasil kejadian yang sangat lawa. Dan sedap. Nayla bertuah pergi hirup caramel dia aja. Habis Ibu dengan Najmi makan puding dia je. Nasib la manis dia okay. 

Apa laa, kata nak kurang manis nak pergi minum air gula Isnin nanti. Pigi laa.  Haha 

Tips nak bagi dia jadi, adalah gunakan cawan yang sama untuk sukat susu dan air tu. 

Risau juga tak jadi jugan kan. But, turns out sedap giler korang. Harus cuba. Nak share video dia sekali tapi line macam harom syaitooon... 

KREDIT VIDEO: limaunipis 


Rabu, Oktober 21, 2020

Cuba buat Keropok Lekor sendiri, Jadi tak?

 


Cuba buat keropok lekor sendiri, jadi tak? | Post kau tak pernah membantu orang untuk yakin buat sendiri kan? Haha Well, atleast Aien cuba untuk cerita dengan korang my try and error dalam dunia masakan ni. Apa tidaknya, kalau dulu Aien ni seorang yang boleh dikatakan masak orang takkan makan, sekarang boleh la upgrade step 1 ke step 2 kadang-kadang. Untuk tekak sendiri, suami dan anak-anak gituuu... 


Nak cerita kali ni, semalam Aien beli Ikan Kembung dari kawan. Kesian pulak dia asyik sokmo menanyakan pada Aien, "chik, ko nak ikan kembung tak?" Sokmo gitu nanya. So, semalam tergerak hati beli la jugak kan, 2 kg dapat la buat keropok lekor. Dah lama teringin nak buat keropok lekor ni, asyik tak teringat je. 

Moh, kita cari balik resepi yang disavekan di muka buku. Berpandukan resepi dari Kerepok lekor homemade Aien cuba la ye. 


Ikan Kembung 2 kg atau 25 ekor. 


Siang ikan kembung comel tadi, amek isi dia sahaja. Kemudian kisarkan dalam pengisar dengan kuantiti air yang boleh diputar saja. 

Okay, sini lawak. Sampai rosak blender Aien. Mwahahahaa ada la sikit ikannya tak dapat dikisar halus. Adooo, siapa nak sedekah blender ni, PM tepi. Mwahahaha 

Kemudian, masukkan tepung ubi, tepung gandung, garam, serbuk perasa dan gaul rata. 


Okay, berdasarkan resepi (di link atas tadi) dia cakap 2 cawan tepung ubi, 1 cawan tepung gandum. But, bila Aien buat tu.. dia macam lembik lagi. Dia suruh uli sampai jadi doh. Tapi doh aku lebih. So, ditambah-tambah- tambah lagi tepungnya sampai Aien rasa. Kang, tambah bebanyak keras pulak keropok lekor aku ni. Haha Pahtu masa uli tu, dok sibuk fikir. Cawan dia pakai besar mana? cawan aku pakai besar mana? Adooo, dalam dok buat benda ni bergaduh jugak fikiran ni. 

Rupa-rupanya ditambah tepung dia tetap jugak lembik. Maka try minyak masak as dia suggest oleh tuan resepi ni. Eh, senang pulak nak bentukkan. Apa daaa~ 


Done uli dengan bentuk kita suka. Part ni aku dok gelak sorang-sorang kat dapur. Macam terapi pulak dapat buat benda ni malam-malam. Nasib bebudak syiok main dengan Encik Laki kat depan. Tak ada meragam, haaa seronok la hati kan. Alaskan tempat letak tu dengan minyak jugak supaya dia tak melekat ye. (jangan fikir yang pelik-pelik lihat gambar di atas)


sambil uli tu, panaskan la air untuk rebus dia. Dalam kuali ke periuk besar. senang nak campak semua. Mwahaha Aien memang suka amek kerja senang jaaa. 😌


Air dah mendidih, masukkan adunan tadi. Tunggu la sampai dia dah timbul sendiri  maka siap la keropok lekor anda. Wow! Aien is teruja dia dah jadi. Waaa, jadi wei.. jadi. Esok pagi baru goreng walaupun excited dia jadi, esok pagi je la buat sarapan. 


Contoh la dia dah jadi. Walaupun tak serupa keropok lekor dari Terengganu tu, sekurang-kurangnya air tangan ku. Haha Anak-anak tak menyempat nak merasa. Cubit la sikit sorang buat hilang kempunan. 


Dah siap goreng, dipotong ala menyerong gitu.. Goreng sehingga warna keemasan. dan angkat! yang satu tu terlebih garing dok berebut ngan bebudak sibuk ngajak mandi. Bila di rasa, alamak! Tawar.... Hurm.. Dah jadi. Tapi tawar pulak. Rasa ikan dia memang pior gitu.. Still..  Kena improve lagi la bab campak-campak garam dengan perasa ni. Sepinggan habis selamat masuk perut. sepinggan gini, dalam 2 batang keropok lekor tu. Sos, Aien malas nak buat. Do, kita guna sos cili biasa ja sudah laa.. 

Trial keropok lekor sendiri dah pun siap! Jangan suruh den buat untuk jual pulak, berkecah la kerja dia. Blender pun dah yilek. kbai! 


Sabtu, Julai 18, 2020

Teringin punya pasal, Mee Jawa hasil berguru jauh, siap!




Teringin punya pasal, Mee Jawa hasil berguru jauh, Siap! | Dugaan bila kau berada di Tanah Malaya, tekak inginkan makanan Sarawak. Maka, teda siapa yang boleh kau harapankan melainkan diri sendiri sahaja. 

Terima kasih buat adikku, sudi berkongsi resepi walaupun kami jauh. Dengan kemudahan video call thru whatsapp, dia guide aku buat sampai siap! Sampai dua kali tambah. Ha Ha Ha Puas hati wooo...letak daging banyak-banyak. Yummmm~ 

Nah, dengan izin beliau, aku share resepi untuk simpanan aku kemudian hari. Dan untuk korang jugak teringin nak merasa la kan.. 

Jika korang nak tau, kalau di Johor, Mee Jawa ni  lebih kurang adik beradik dengan Mee Rebus ke Mee Kari kalau tak silap aku. Cumanya Mee Jawa ditaruk rempah sedikit untuk membezakan rasa mereka. 



Resepi Mee Jawa: (untuk 4 hidangan)

Bahan-bahannya: 
1/2kg daging yang telah direbus (airnya disimpan tepi) 

Bahan A: 
2 biji keledek oren 
1 biji kentang 
2 biji telur 
-direbus bersama untuk jimat waktu. Kemudian, keledek dan kentang dikisar bersama menjadi puree 

Bahan B: 
3 sudu serbuk kari daging 
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar 
-gaulkan bersama air panas, agak-agak likat sikit, hidu baunya sebati atau tidak. Pastikan bau kari itu lebih kuat berbanding dengan bau yang lain.

Bahan C: 
2 biji bawang merah shallot
1 biji bawang merah bombay
3 biji bawang putih 
1 sudu udang kering
-dikisarkan bersama 

sedikit cili kisar. 
1 gengam daging yang telah dihiris halus. 
garam, gula dan cukup rasa seadanya. 
Sedikit minyak masak. 
Air rebusan daging


Cara-cara membuatnya: 
1. yang lain serba sedikit aku dah tulis di atas ya. 

2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bahan C ke dalam periuk. Gaulkan sehingga naik bau. jangan dilupa sedikit cili kisar. Gaul sehingga naik bau. 

3. Kemudian, masukkan bahan  B ke dalam periuk. Gaulkan sehingga sebati dan naik bau. Pastikan rempah pecah minyak baru la padu rasa kuahnya. 

4. Masukkan puree keledek bersama dengan air rebusan daging. dan 1 genggam daging. Baki selebihnya daging boleh dihidang ketika makan nanti. gaul sebati. 

5. Masukkan garam, gula, dan sedikit cukup rasa. Biarkan kuah mendidih. sambil-sambil itu kacaukan bagi rasa mereka sebati. 


6. Dah siap! 

Rahsianya adalah, bagi semua rasa bersatu semuanya. Baru rasa pior kuahnya itu. Jika korang rasa macam sekejap rasa keledek je, sekejap rasa daging je, sekejap rasa rempah je. Biarkan saja. Nanti dah didih masih jugak tak bersatu rasa, jangan pulak dipanggil ahli Bersatu, korang biarkan lagi kuah itu sehingga benar-benar rasanya itu ngam semua. Sekiranya terlalu pekat, boleh tambah air rebusan daging lagi. biarkan kuah sedang-sedang aja pekatnya.

Jangan lupa jugak bahan lain untuk mee jawa ni iaitu: 

Bahan Utama: 

mee kuning yang telah dicelur 

sayuran seperti taugeh ataupun daun bawang

Telur Rebus 

Dah siap pun menu mee jawa kita. 


Nah, ini la dia mee jawa sap sap soi kata orang. Asalkan lepas rasa tekak teringin tu kan. Ho ho ho 

kOrang boleh la cuba ya. 

Ahad, Mei 17, 2020

Bikin Brownies Bites yang penuh stress

Uish, dah lama kau sepi, sekali update sikit punya stress. Masya Allah... 

Stress sangat wei!! Dan aku menaip dengan penuh stress. Urgh~ Jadi hulk kejap. 

Misi aku malam ni, konon nak but one type cookies la kan. Biasa aku buat siang. Curi-curi masa Nami tidur. Yet, malam ni entah kenapa gatal nak buat Brownies Bites ni kan. 

As simple resepi dia yang aku jumpa di muka buku. Aku semangat nak buat. Yang tak semangatnya bila anak-anak turun mengekori. Yela, ikut dengan penuh tenang tak nangis tak apa, ni.. Ish! Mak kau dah jadi hijau dah tau. Dengan seolah-olah teda siapa jugak nih di rumah. 😒 

Aku duduk makan, elok pulak si Nami ni main ngan ayah dia tu. Aku saspek budak ni tak boleh tengok Ibu dia berdiri tau. Or buat kerja. nak suruh aku duduk mengadap dia je. Pahtu, orang kata mak kau ni dok mengangkang je. Haa, netizen sangat! 

Okay, dengan piping bag tak ada. Dengan eee.. serabut la citer dia. Well, realiti ibu-ibu anak kecik nak buat biskut, tapi tak boleh nak berjaga malam. Dan lepas sahur kadang baru nak amek besen, sang anak dah nangis nak ngempeng. I was not complaining just state the reality of being mom. emosi aku ni memang macam ni. Kadang datang bengong!


Done bebel,  aku nak share la ngan korang. Actually senang je buat Brownies Bites ni macam buat brownies biasa.



Fuh, dalam stress dan juga struggle nak menyiapkan Bites ni, akhirnya siap jugak! Sedap gais, I tell you~


Bahan-bahan  & Step untuk Brownies Bites: 

(A)
200g dark chocolate ( aku guna yang jenama meriah tu je) 
90g butter 

* Double boiler -kan these two. 



(B)
105g gula perang (yet manis pada aku, korang boleh kurangkan) 
2 biji telur (gred apapun boleh) 

* gaul sebati sampai teda juga rasa biji-biji gula tu. 



(C)
80g tepung gandum (cap sauh je) 
30g serbuk koko ( disebabkan teda aku guna milo) 

* setelah Bahan A dan cair, masukkan ke dalam bahan B, gaulkan sebati baru masukkan bahan C. Dan gaul sehingga adunan serupa dodol gitu.

* kemudian, masukkan dalam piping bag, dan letak dalam cawan kertas. 




* Bakar pada suhu 175°c dalam 17-20 minit bergantung kepada saiz oven.




resepi kredit: Brownies Bites




Sangat senang kan? Bagi aku agak leceh which is, al-kisah sebenarnya tak rancang nak buat ni. Ikutkan resepi ada letak badam la apa la kan sebagai topping. Aku tak letak pun. 

And one more thing, Aku teda piping bag! Which is make me more miserable nak buat ni. Kah! Guna plastik lock ikea tu, sekali meletup. Haha Sudahnya habiskan cedok dengan sudu je. 

Pesanan: Jangan letak sampai penuh sangat, nanti melimpah pulak. letak separuh pun cukup.


Walaupun rupa tak semenggah, betul la sekali ngap nak lagi. hehe

Khamis, Mei 07, 2020

Tak susah ke buat Keria Keledek ni?

Bulan puasa bererti meriahnya dengan makanan dan pelbagai juadah. Walaupun tahun ini tiada bazaar Ramadhan, para mak-maka macam aku ni sibuk la merajinkan diri mencuba segala jenis resepi kuih muih buat santapan keluarga. 

Sejak beberapa hari lalu, aku ni dok la update dengan segala jenis resepi. Sama ada ianya jadi atau tak, itu belakang kira. Ada jugak beberapa aku muatnaik yang tak jadi. itu kira #masakapaharinitakjadi la kan. Bila masa berlalu, jurnal resepi aku ni kalau dibelek balik, mesti kelakar je.

Kali ini pulak, aku nak cerita resepi semestinya menjadi, dan aku teruja nak kongsikan. Dan semestinya ilham dari korek-korek resepi muka buku.



Resepi Kuih Keria Gula Melaka 


bahan-bahannya:

  • 4 biji keledek (kecik-kecik je aku guna) 
  • garam 
  • gula melaka
  • tepung gandum
  • air
  • minyak masak

Eh, tu je ke? Yep! Anda baca terang jelas dan nyata itu sahaja bahannya. 

Cara-cara membuatnya: 

  1. Kupas keledek dan rebus bersama 1/2 sudu garam. (aku main agak-agak je. Sebab rasanya untuk empukkan keledek ni lebih cepat serta menambahkan rasa lemak dia) 
  2. Toskan keledek tadi. Tunggu sejuk dahulu baru lenyekkan. 
  3. Sesudah itu, masukkan tepung, (agak-agak) sehingga adunan tak melekat di tangan. 
  4. Bentukkan dan buat la lubang di tengah bulatan keria tu tadi.
  5. Gorengkan dalam minyak yang dah pun panas. Agak keperangan dah boleh angkat. 
  6. Separuh gula melaka, campurkan dengan 1/4 cawan air. kacau sampai berbuih. Dah tu padam api. 
  7. Masukkan keria tadi, gaulkan sehingga gulanya kering. 
  8. Dah siap! 


Langkah ke empat. Dah tak melekat di tangan, senang kerja aku. Lagi senang dari buat donut gebu. Kah! 


Keria yang dah goreng, ada gambarnya tapi biasa la amatur ambikkan, tak clear. Jadi malas nak kongsi. Hehe Next step, separuh gula melaka dipecahkan bagi senang dia nak cair, tambah 1/4 cawan air. kacau ler sehingga dia berbuih. Dah tu, padam api. 


Masukkan kuih kerianya. Ha, gini rupa dia masa gula tu masih panas. Well, jangan dibiarkan begini. Tak lawa la dia. Kacau-kacau sampai semput jugak sebab dapur tinggi, orang ni kontot aje. Kuali besor. 


Taraa~ setelah gigih menggaulkan keria itu. Macam frust gula terlebih. Haha Tapi, sedap woo.. Dapat berapa biji ni, habis makan kami empat beranak. 

Post di status whatsapp, ada kata boleh jual dah ni. Aha~ sis buat untuk makan sendiri boleh la. Nak jual tak konpiden ler.. 

So, gais. Cuba la. Senang tersangat dan korang pun boleh buat sendiri dari beratur panjang di sana nuu. eh! aku pun tak pernah cuba walaupun 3 tahun belajar kat Melaka. Haha Tak gigih la nak beratur. 



Selasa, Mei 05, 2020

Apam Nasi, mudah dan sedap!

Asyik up resepi asyik tak jadi je kan, alhamdulillah untuk Ramadhan ke 11 semalam, akhirnya jadi juga. Apa yang aku buat? 


Semalam my #cookingdiary try buat Apam Nasi memandangkan nasi sejuk ada. Sebenarnya aku ni tak minat benar makan apam nasi ni, sebab kadang-kadang kuat bau dia tu. Tapi, saja nak mencuba. Haha Ingatkan Encik Suami makan, rupanya dia tak makan. Nasib aku buat back-up cekodok, tapi tak berapa nak jadi, alhamdulillah habis jugak. Haha

Resepi Apam Nasi 


Bahan-bahan: 
1 cawan nasi sejuk
2 1/2 sudu gula
1 1/4 air suam 
1 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung beras
1 sudu mauripan (pakai sudu ikea tu) 
1/2 sudu kecil garam 

Cara-caranya:

1. blendkan nasi, gula dan air dahulu. Kemudian, masukkan tepung, dan mauripan serta garam. Haa, blendkan semua. Dah tu, peramkan selama 30 minit sehingga 1 jam. 

2. Masakkan air kukus. 

3. Biarkan kukus selama 15 minit. atau ikut rasa tengok macam dah masak tu. Dah la. 

4. Dah siap! 



Senang kan? Kali ni risau jugak takut tak jadi macam kuih lapis yang lepas, 


So, alhamdulillah jadi. Dan hasilnya banyak sampai sedekah ama jiran. Bulan puasa ni aje la aku rajin nak buat kuih luar alam sendiri tak pernah buat. Dek kerana teda bazaar ramadhan. Kalau ada, aku pakat order saja. Haha 





Isnin, Mei 04, 2020

Buat Kuih Lapis senang, tapi ......

Okay, before I write this, let me laughed first!!! Adoyai, terus adik aku masukkan dalam group Masak Apa Hari Ni Tak Jadi? Yo ee je dia masukkan. Habis jadi bahan gelak kami kemarin. 


This is how it's look like. Omaigad~ I think I know why this kuih lapis got breakout. Haha Sampaikan ada kawan reply di IGStory aku kata kena tukar skincare lepas ni. Haha 


Okay, it's funny! Lulz~ Apakah nasib wei.  Akibat kerana keterujaan nak makan kuih lapis ni tau, aku beriya nak buat. Alih-alih half way masak dia. Kuang asam laa. 


Kalau tengok pada gambar, bottom layer is doing just fine. Helok aje rupa paras mu. Udah ler guna warna hijo. Family semua ingat kuih seri PKP katanya. Kah! 

Mungkin silapnya aku tika menambah air rebusan tu, set timer 5 minit, yet sebenarnya kuih aku tak kering sangat lagi. And then, aku pergi tambah layer seterusnya dengan penuh yakin. What??? 


Disebabkan aku nak sangat makan, aku jamah la seketul dua yang menyebabkan aku terus mendaftar diri ke pusat pelaburan. Phew~ Sedap wei! Resepi aku cuba dari muka buku ni sedap dah. Kena sangat la rasa dia. Tapi, tu la.. Tak masak! Kah! 

Ada yang jalan sini, nak ke resepi dia. Senang dan bahan dia aku pun dah hafal tau tak. Cit! Kau tunggu aku beli lagi tepung beras. Semalam pigi kidie lupa la cari itu tepung. Apalah! 



Resepi Kuih Lapis, Confirm jadi! 

2 cawan tepung beras (gajah satu aku pakai) 
1/2 cawan tepung jagung 
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
200ml santan (aku guna santan kara sekotak kecik) 
3 cawan air 
secubit garam
dan sedikit pewarna

Cara buatnya: 

  1. Panaskan periuk kukus anda terlebih dahulu
  2. gaulkan semua bahan kecuali pewarna. 
  3. bahagikan dua bahagian. ( bahagi ikut suka pun tak apa) 
  4. kukus 5 senduk setiap lapisan selama 5 minit
  5. dah siap! 

Tang ni la aku failed! Tang p tambah ayaq lagi kat air rebusan dia. Automatik dia jadi slow and tak berapa nak masakkan lapisan tu tadi. Ho ho ho Korang jangan jadi macam aku pulak.  Cuba la! Confirm jadi punya. Senang dan mudah saja. 

Oh ya, loyang boleh pakai ikut suka. Aku buat guna loyang 9" hampeh nipis je dapat. Udah ler niat nak bagi kat jiran. Sudahnya nuuu.. tong sampah yang makan sebab tak leh kukus balik. apa da! 

lagi satu, kalau guna periuk lejen, jangan lupa alas penutup dengan kain supaya kuih tak kena titisan air. But, if you uolls guna pengukus TRIO  ke, pengukus TEFAL ke, pengukus TUPPERWARE ke.. dah tak payah sibuk nak letak kain yek. Dorang tu dah moden. Hehe safe dari tetesan air ni tadi. 

Dah, boleh cuba lusa! 

credit resepi: Nur Athierah 


Rabu, April 29, 2020

Resepi Ayam Masak Ungkep campak-campak


بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya dapat juga aku update post tentang resepi. Al-maklum la sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, masing-masing berjaya praktik untuk daftar diri dalam Rancangan Master Chef. Terutamanya aku ni ha, daripada tak pandai masak, la ni aku rasa dah expert sikit nak masak campak-campak. Kah! Lagi-lagi bulan puasa tak boleh nak merasa masakan, kang takut termakan terus. Nah, jawapannya, agak-agak je la. 

Resepi melayu jika dari turun temurun itu, kalau ditanya pada para mak-mak pasti akan jawab, agak-agak je kau letak. Sampaikan Gordon Ramsay pun konfius macamana rupa agak-agak ni.

Okay, back to our resepi.

Kali pertama aku makan ayam masak ungkep ni, sejak berkahwin. Mak mentua aku suka sangat buat ni. Masakan banjar kalau tak silap aku. Selalunya dia akan masak menggunakan ayam tua. Which is lagi sedap la, tapi aku tak makan. Sampai satu hari, mak mentua aku buatkan guna ayam biasa. Dan aku makan, phew~ sedapnya. Ala-ala masak rendang, tapi tak guna rencah rendang.


Seperti biasa, kalau aku ni masak mesti kena tengok resepi dulu di muka buku sebagai rujukan. Lepas tu, derhaka pada resepi. Haha
Sebab apa derhaka? Sebab aku masak untuk dua orang, dah kebiasaan resepi memang masak untuk ramai, jadi perlu diolah daripada resepi asal.

Nah, untuk sesiapa nak resepi aku, jawapannya agak-agak je. Kan dan expert masak, haha campak-campak dalam hati doa harap la jadi.


Resepi ayam ungkep versi Aienienka

6 ketul ayam (suka hati la bahagian apapun)

bahan A:
3 sudu bawang merah blender
2 sudu bawang putih blender
1 sudu rencah blender (serai,halia dan lengkuas)
2 sudu cili kisar ( bukan lada kering tu)

bahan B:
sikit serbuk jintan manis
sikit serbuk ketumbar
sikit serbuk jintan putih
sikit serbuk kunyit

200ml santan
Minyak untuk menumis
garam dan perasa


cara-caranya: 

1. Tumis semua bahan A dahulu sehingga naik bau.
2. masukkan segala serbuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan ayam ke dalam rencah. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan ayam serap segala rencah. Jangan lupa gaulkan.
4. masukkan santan dan sedikit air. (kalau suka jenis berkuah letak lebih sikit air.
5. masukkan garam dan perasa. Biarkan dengan api perlahan supaya air kering dan rencah serap masuk.
6. dah siap!

Senang kan? Kalau ikut resepi ada letak air asam jawa, Aien tak ingat ade letak ke tak, tapi macam tak ada. Kah! Anyway kalau ragu-ragu boleh letak.



Hasil kejadian yang cantik dan rasa pun ngam. Sebenarnya di sebalik kisah cubaan masak ayam ungkep ni, sebab dikatakan menu wajib mentua untuk laki aku ni. Ngam rasa dia, habis la lauk tu masa sahur. tak ngam ada lagi baki dan sayang. Sejak puasa dalam PKP ni, segalanya kurang. Makan pun sikit, minum pun sama. Jimat gitu. Kita aje tekak nak makan memacam.  😂

Selasa, April 21, 2020

Agar-agar paling mudah, pejam mata sebelah dah siap~

Nama resepi kau munah, senang benar ni. Macamana la pejam mata pun boleh siap munah? Ajar aku.. Kata si Jemah. 


Bahan-bahannya; 

1 paket serbuk agar-agar (aku guna warna orange) 
250 g gula 
satu cawan susu cair
3 cawan air 

Cara membuatnya: 

Campurkan kesemua bahan. gaulkan sambil tunggu dia mendidih. Dah tu, letak dalam bekas. biarkan ia sejuk, Dah siap! 


Senang kan? Ini namanya aku teringin benar agar-agar dalam minggu ni. Dok la ngintai pantry ada ke tidak agar-agar ni. Yang ada cuma serbuk agar-agar yang tersalah beli berwarna orange. Aku nak buat puding milo masa tu. Tak jadi le. Dalam pada masa yang sama berangan le jugak nak buat puding karamel. Tapi, Aluminium foil tak dak nak buat water bath stail bakar. Hurm.. Yang ini pun jadi la kan... 

senang mudah seperti kira satu dua tiga. Dah siap~ 

Rabu, Disember 12, 2018

AGAR-AGAR MILO, SENANG JE..

Hi~ Assalamualaikum

Bila musim hujan, konfem rasa asyik nak makan saja. Tertiba datang la idea nak buat agar-agar selepas menggali bilik pantry ternampak sebungkus agar-agar tali. Hah~ apa lagi searching next item untuk dicampur semua. Semua ada. Apa lagi, sukat air, campak itu, campak ini. Tara~ dah siap. Senang je kan? 

Malangnya, sebekas besar jugak Aien dapat. Banyak tu. Aien sorang je makan. Mana la orang nak makan agar-agar musim hujan ni Cik Aien oi.. Agar-agar sedap makan time panas lit lit, haa~ marvelous gitu. Nasib la badan jumpa teman yang kurang makannya. Dia bukan tak makan, cuma tak berapa. Cuba kalau kena feveret dia, amboi tak toleh kiri kanan naa~ Kalau Aien.. apa aja bedal. haha

Macam biasa la, masa progress buat benda ni, Aien lupa nak ambil gambar. So, tengok je la yang dah siap. 

 
Bahan-bahan diperlukan: 

1 bungkus agar-agar tali
1.5 liter air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan milo

Cara-caranya: 

1. Masak agar-agar dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan susu cair. Kemudian, dah sebati boleh ditutup apinya.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. -milo -susu
3. Kemudian, susun la ikut suka.
4. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.



Senang kan? Pejam mata boleh buat. Ada setengah orang suka campur dengan tepung jagung sikit. Tapi bagi Aien, itu dah jadi puding dan tak la berapa gemar.

So, agar-agar ni la buat santapan pagi. Sambil masak, letak agar-agar ni dalam pinggan beberapa ketul. Buat alas perut dulu. 

Yang atas tu jangan ditanya kenapa berketul, sebabnya Aien p sejukkan depan kipas. makanya, dia sejuk cepat. Dengan yang dalam jag pun sejuk. So, sambil tuang tu tapis la kalo tak nak dia berketul. Ni untuk makan sendiri, kisahkan aja rupa dia macamana. Janji sedap! By the way, masa dia tengah disejukkan tu, Aien cicip rasa dia macam kurang manis. Sekali bila dah sejuk, wow~ cukup rasa. Macam biasa la, Aien ni suka benar derhaka pada resepi. Haha 

All the best you all yang nak mencuba. ^^ 


Till I masak again~