Rabu, Mei 24, 2023
Raikan ulang tahun Nayla ke-5
Happy Birthday Anak!
Pejam celik dah 5 tahun. Masih terbayang lagi perih nak lahirkan kamu anak bungas ni. Jadi untuk tahun ni, ibu malas nak ulang banyak kali walaupun rasa nak ulang taip semua kenangan tu.
Anak pertama, semua jadi pengalaman paling berharga. Dengan dia menjadi penghuni pertama di rahim ibu, hadiah teristimewa sekali selepas 6 bulan menjadi Puan Nur Khafisah.
Konvo bersama dia baru berusia 6-8 minggu masa tu, lahirnya dia terlebih due. Risaunya masa tu kalau kena ceaser. Alhamdulillah direzekikan untuk bersalin normal walau koyak teruk.
.
Hadiah teristimewa, sesuatu yang ditunggu dan moga menjadi peyejuk hati ibu dan ayah. Kegembiraan nenek dan atok menjadi cucu perempuan sulong. Kesayangan ayah. Lahirnya pada 6 Ramadan 1441 buat hangus puasa ibu. 🤣🤣
Tahun pertama - tak ada celebrate sebab masa tu sibuk dengan rutin klinik lagi.
Tahun kedua - masih sibuk dengan bawak adiknya dalam perut.
Tahun 2020 - PKP, dan raya masa tu. Jadi tak ada celebration. Ibu pun tak kerja, jadi malas nak excited sangat.
Tahun 2021 - Ibu dapat rezeki lebih dengan jadi writer di newswav, ibu lanja la kek dan party kecilan sesama kami sekluarga.
Tahun 2022 - Mak long belanja kek. Atok dan Opah datang ziarah.
Tahun ni, alhamdulillah Anjang dan Mateh sponsor kek. Buat makan-makan sikit jemput Nenek, Atok, Mokde dan Ucu. Ingat nak ajak semua datang, tapi memandangkan semua rushing nak balik lepas majlis Malong, kita buat aje la ek. Tahun depan moga ada rezeki kita jemput reramai. Mudahan murah rezeki ibu ayah masa tu.
.
Ohh ya, tahun ni kakak dah sekolah. Disebabkan bajet ibu bursted untuk majlis malong, kita minta dengan muka tak malu goodies mak ngah masih banyak untuk kongsi dengan kawan2 kakak kat sekolah. Terima kasih mak ngah share rezeki.
Pagi ayah bawakkan ke kelas, rupanya kakak kongsi tarikh lahir sama dengan sorang kawan. Manis anaknya. Semoga awak berdua jadi anak yang solehah dan kakak yang baik hati.
.
Semoga Nayla Insyirah sentiasa dimurahkan rezeki, dilapangkan dada untuk menerima ilmu dan nasiha. paling penting sekali, ibu serahkan kakak dalam jagaan Allah SWT ke mana saja kakak pergi. Anak ibu dah besar. dah pandai bawak diri. Jaga diri elok-elok. Ibu ayah sayang kakak. 🥰
.
Done raikan anak sulong. Ada orang sibuk tanya belon dia bila nak sampai. Sebabkan kakaknya pilih dekorasi belon dan kek sendiri, dia pun nak jugak. Sian awak abang birthday dekat dengan orang, jadi asyik nak saing aje la ek. Doa rezeki ibu murah. Boleh buat asing2. K?
Happy birthday Ttal!
Jumaat, Mei 05, 2023
Biskut Raya Dari Udak Wada
Allahumma solli Ala Muhammad
Tetiba la kan, beberapa hari sebelum raya ritu.. Ada kawan ada ni dia whatsapp tanya malam ada di rumah tak? As I know dia ni duduk are la Pontian sana, jauh naw nak menghanyar sesuatu ke rumah. Rupa-rupanya...
Biskut Raya dari Udak Wada
Rabu, Mei 03, 2023
Balik Kampung Style Legoland
Balik Kampung Style Legoland
Balik Kampung To Legoland Malaysia Resort
Balik Kampung gaya Legoland
Isnin, Mei 01, 2023
5/12 untuk 2023
Kisah April tamat semalam, penutupannya adalah dengan ahli rumah diuji kesihatan mereka. Anak dan bapa tumbang sama. Esok kita buat bubur dan nasi goreng je la. Haha begitu lumrah jadi ibu dan isteri, sebelum pejam mata fikir menu. Bangun tidur terus nak masak aje la. Ada perapan ayam goreng tak jadi masak semalam boleh la digoreng bersama.
.
April — bermula dengan minggu kedua berpuasa. Alhamdulillah Ramadan yang sangat menguji kesabaran berlalu dengan half of my star. Hari Raya mereka juga teruja dengan keseronokan lampu lip lap, ibu hias rumah dan mesti pakai baju raya.
.
April juga, ehhh.. apa benda eh berlaku April ni? Macam kejap nau ler. Selain dari get ready for raya, puasa dan aktivit biasa tiada luar biasa bagi seorang suri rumah yang tidak pandai memandu ini.
.
Half way dah 2023 ni nur, bila kau nak kuat semangat drive kereta tu? Janji azam 2023 nak belajar mandu balik? Lesen ada, semangat ku teda ni bah. Lagi cuaca tak menentu (salahkan cuaca) kereta yang asyik minta cas aja. (hish itu semua alasan) Laki pakai kereta p kerja. Tetiba ku jalan di marketplace muka buku tu, kancil 3000 ja bai. Hurm..
.
Entah apa 2023 ni aku dah buat aku pun tak tau. Nasib la hari2 dok berkonten buat job untuk client, unpaid job dan semuanya la. Tetibe bersyukur la aku suka mengadap telefon. So try buat duit pakai telefon pun sana sini macam tak nampak hasilnya. Termenung lagi. Usaha lagi khafisah~ bisik diriku sendiri. .
APRIL tamat. Another month coming. May — bulan yang penuh dengan hari-hari kelahiran orang yang terdekat. Birthday Nayla juga coming soon. 5 tahun sudah anak dara. Pandai dah lukis broken heart jika Ibu asyik marah. Soalan wajib deme, "kenapa Ibu asyik marah je?"
.
Aku tanya diri aku balik malam hari; Kenapa kau asyik marah je nur? Orang lain pun selalu berbisik sesama mereka, orang tu asyik tinggi suara je dengan anak. Tak boleh ke cakap elok-elok? bak kata Najmi, Ibu ni cakap eyok-eyok la sikit..
.
Again, me and myself. unsettled battle inside myself. Tried. Tapi dia jadi berapi. Agaknya itu sebab BP asyik nak tinggi aje. Belajar tarik nafas duhai diri. Bertenang. Back to Him.
.
Okay, the end of this diary, again. Please be good to yourself. Buat apa yang kau mampu. Lain, serah pada Dia. ❤️
Rabu, Mac 15, 2023
Berhujung minggu bersama Opah & Atok
Khamis, Mac 09, 2023
Khamis cantik yang sibuk
Alhamdulillah syukurillah bersyukur pada Mu ya Allah, Kau jadikan kami cahaya... Ehh ternyanyi pulak.
Hari ni such a busy dan happy day. Penat nak marah-marah so kita buat-buat happy la sebab cukup rehat. HAHA
.
Diary hari ni, seorang suri rumah ini telah memulakan harinya seperti biasa dengan masak, laundry memandangkan hari panas hari ni. Serta mengeluarkan baju semalam yang dicucinya. One of the best thing rumah ni, koi dah tambahkan lagi tali ampaian di bahagian belakang jadi makin seronok mencuci baju. Cuci baju one of my favorite kerja rumah. Jika disutuh masak dan baju, aku pilih baju la. Senang. Masak jenuh fikir hari-hari. Kadang dah masak begitu, tekak tak nak pulak. Begitu la sebaliknya.
.
Menyelesaikan rekod video yang tiada idea nak rekod macamana memang mencabar. Tetiba teringat ada rakan KOLs berkongsi ada client nak 3 video reels yang berbeza kemudian mahu membayar sekadar RM150. Jika ada pilihan sikit sangat tu. Aku satu video utk dua media sosial dengam voice over pun lahai. Tercungap-cungap. Konon janji dengan client nak hantar draf hari Isnin. Sudahnya rabu juga selesai sebab merekod, bancuh anak3 sibuk minta juga. Minuman supplement la anak-anak oi.. Jika kakak dan abang dikata padanya air ubat mereka dah tak minta. Si kecik sorang tu. Payah nau~
.
Tetiba dapat job lagi air vitamin C berkarbonat. Job suruh beli 2 botol bagi setiap perisa dan ada dua perisa. Sibuk tanya bila boleh minum. Adehh. Ibu pun pandai, beli cukup2 buat apa kan. Dah la ayah bayar. Haha
Dah habis rekod tu diaa.. minum tak ingat dunia padahal belom kena lulus lagi. Mati lanak kalau kena reject. Jangan kena reject sudah la ek.
.
Itu la serba sedikit cerita khamis seorang suri rumah. Sekadar menyimpan kenangan hari ni cantik dan panas setelah beberapa hari agak windy dan mendung. Tempat lain agaknya masih banjir lagi. Dengar radio kata mangsa banjir Johor tinggi jugak hari tu. Masih dalam fasa mengemas selepas banjir agaknya. Semoga murah rezeki mereka semua. Diberikan kesabaran menghadapi ujian Allah SWT.
.
Last but not least, Jangan lupa Al-Kahfi okay. Salam hujung minggu warga Johor. Berbaki 10 hari lagi Nayla sekolah. Ibu yang risau. Haha
Sabtu, Disember 10, 2022
Family Time selepas beberapa tahun
Family time selepas beberapa tahun
Day 2: Lepas Sarapan di King Laksa Sarawak kami bergegas ke rumah baru Atok dan Opah di - port rahsia. Haha
Selesai solat zohor bersama sedikit tahlil dan bacaan doa selamat untuk keselamatan dan murah rezeki 2023, in shaa Allah kami pun makan menu masakan Kakak sulong kami nih. Jauh import Asam Pedas Ikan dari Melaka ui. Ada linut a.k.a ehh apa nama lain dia eh.. Pahtu sayur campur banyak udang. pahtu Ayam goreng, pahtu kerabu mangga dibawa oleh auntie a.k.a adik Opah Nayla ni.
Sebenarnya kami adik beradik ni mahu ler menyenangkan semua pihak, suruh order saja. Tapi ayah ku memilih untuk makan masakan anaknya. Hee~ semua mogok tak nak tolong. Last-last datang jugak la tolong, tolong makan. Haha Tak ada la jahat begitu an. Tolong sikit-sikit je sebab bukan buat besaran pun. Kami adik beradik aje dah bersendat di ruang tamu tu. But, seronok dapat makan masakan rumah which I olls terlupa capture sebab busy membawang. Kah!
Alang-alang memasing dah ada, mak ayah pulak p hantar haji yang dijemput untuk bacaan doa selamat tadi, pulang ke rumah dia. Aiguu.. Maka kami berfotografi sesi gambar adik beradik.
Harap tak clear. Kang marah pulak adik beradik aku campak gambar kat sini. Haha Well, Aku kan suka cerita semua mende.. Pahtu kalo campak pun nobody cares right? Hee
Pahtu anak-anak pulak baik hati siap dah kenyang makan lena ler memasing. Alhamdulillah perjalanan kali ni seronok la jugak kan sebab dapat jalan ke sana ke mari. Tak macam yang lalu, dok rumah aje lebih. Duit mengalir. Seram~
Next, kami ke rumah adik bongsu perempuan sebab dia menghitung hari nak pindah which masuk ke rumah atok dan opah Nayla as guardian rumah tu. So, merasa la suasana rumah studio apartment yang ada pool. Bertambah suka budak-budak ni dapat mandi kolam. Tak ingat eh. Siap tanya lagi, ayah tak bawak khemah ke ibu? Aduhai.. Dia rasa homey sangat sebab ada rumah macam rumah sendiri, kereta macam kereta ayah dia. Ehh..
Pool di tingkat atas bangunan. Merasa tengok sunset di apa tu.. orang panggil, kejap eh.. Apa eh... Rooftop! Masya Allah Nor! Tengok keliling gelap hujan, last-last lepas kami dah masuk bangunan baru luar hujan. Alhamdulillah tak kena hujan. Haha
Pahtu ronda kejap di AEON, Kuching. Kakak aku cakap, datang Kuching tapi masuk Mydin, pergi Aeon, dah macam Malaya pun ada. Tak ada rasa beza dengan Semenanjung. Lain la kalau balik Miri, semua Sarawak made. Belom ada lagi Mall dari Malaya pecah masuk Miri. Kan?
Last berbalik ke rumah atok cause atok dan Opah nak merasa anak cucu menantu berkumpul. Hee~ ikutkan saja sebab itu la tujuan utama kami di sini kan. Ada orang tu sibuk dengan bola dia malam tu. Nasib Johor menang kan.. Last year dia kata Johor tak menang. Sama jugak di Sarawak masa tu. Haha Nasib la bang.
Pulang kampung selepas 10 tahun
Mee Jawa buatan air tangan adik
Isnin, Julai 18, 2022
Salam 3 tahun Abe Izz
Pejam celik (padahal rasa macam lama jugak la) Abang Najmi dah 3 tahun. Pheww... nak hadap tantrum learning proses emosi dan mental dia Ibu dan ayah kena kuat. Ibu la kan terutamanya.
Selamat ulang tahun kelahiran abang! Nak amek gambar fresh hari ni dia tak mau. Shy shy ajee. Hari tu dah saing sekali dengan atok celebrate birthday siap kek. Petang sikit nanti ibu beli kek comel untuk abang ye. Harus ada, sebab kakak dan adik dia dapat sebijik sorang. Kecik pun memadai, janji ada..
Anak bujang ibu dah 3 tahun, semoga membesar menjadi orang berguna dunia akhirat. diberikan terang hati untuk pelajari ilmu panduan dunia dan bekalan akhirat kelak.
Abang, anak Ibu yang membesar dalam kongkongan PKP. Ibu dan ayah masing-masing struggle kawal emosi. Tengok balik koleksi video dia, kebanyakannya nangis. Sedihnya lahai tengok. Ibu simpan sendiri, supaya Ibu sentiasa ingat, jangan asyik nak buat anak nangis je. Jangan tahu buat budaknya, tapi segala tentang budaknya tak nak amek tahu.. Struggle nak memahami dia, sebab kita juga manusia yang boleh tilik hati orang apatah lagi anak sendiri. Sampai ke besar besok pun Ibu takkan paham perangai kamu duhai anak. Ibu cuba buat terbaik semoga kalian membesar dalam keadaan yang baik-baik saja.
Enjoy your childhood moment, jangan stress dan sedih sebab Ibu selalu ada. ❤️
Love, Ibu..
Isnin, Julai 11, 2022
Setahun cek up? Dah kena bayar juga
Jumaat, Julai 01, 2022
Julai bermula dengan lawatan ke hospital
What a great opening selepas Jun yang sangat carca merba tu. Banyak benda yang berlaku but, one of bad memories of Jun disimpan kemas dalam hati dengan kata putus -berhenti jadi busybody.
Okay, Julai kami bermula apabila si bujang mengadu sakit kaki semenjak malam tadi. Apa sebab dia kurang pasti tapi dia memang tak ada jatuh terseliuh ke apa sepanjang 24 jam dari tempoh sebelum dia mengadu sakit. Yang ada cuma bujang Najmi ni dok melompat sana sini habiskan tenaga dia sepuas hati tak kira jam tanpa henti. 😌 Wait? Ibu dah penat berzikir suruh rehat, yet dia memilih untuk bermain. Kita pun dah penat membebel biarkan aje la dia main sepuas hati. Bila dah jadi begini.. Mula la Ibu ni gatal benar ler mulut nak membebel lagi.
Sebenarnya ni kali kedua dia mengadu sakit kaki. Ikutkan sejarah kaki Najmi ni, sejak 12 bulan dulu dia dikenalpasti punya masalah bow leg.
Baca sini: Najmi disahkan masalah Bow Leg
Namun beberapa bulan kemudian selepas dirujuk kepada doktor semula, mereka kata masalah bow leg tu biasa berlaku pada budak yang baru belajar berjalan. Makanya, Ibu tak ada juga la nak kisahkan. Bila dia tetiba mengadu sakit Ibu saspek memang berkaitan dengan tu. Risau juga kan, kita urut sikit. Dukungkan bila dia kata sakit. Dua hari jugak la baru dia rasa macam tak sakit. Itupun jenuh dipujuk ayahnya dengan taman permainan dan yang lain. Dan bila sekali lagi dia mengadu sakit without apa-apa dan asyik menangis, si ayah mula risau. Bawakkan ke Klinik P. Kata doktor kaki kirinya kelihatan bengkak sedikit,, (tanpa periksa, kata ayahnya) disuruh rujuk ke hospital terus. Sudahnya berchenta la kami di HSA tu. Dari jam 11 pagi sehingga jam 1.30 petang baru siap semua. Itu pun doktor di bahagian kecemasan kata, Najmi ni mengada saja lebih. Haha But, jauh di sudut hati ibu risau sebenarnya bila terjadi begini. Doktor pesan, buatkan rekod diary dia supaya lain kali bila terjadi lagi perkara begini, kami boleh rujuk. Baik la doktor. Di bagikan ubat sapu salap balm dengan paracetamol sekiranya Najmi asyik menangis. Ibu syak muscle dia yang sakit. Ke tulang dia ke. Budak kecik kan. Aktif sangat susah. Melepek pun susah. Haha Itu puas ibu bebel, rehat la. Geram je ati ni tengokkan.
Selesai urusan hospital, husband bawak pusing-pusing sehingga tersesat di Stadium Sultan Ibrahim. Tapi masalahnya tiap kali lalu situ, pasti kedua Nayla dan Najmi tiduran. Penat ayah dia nak tunjukkan stadium tu pada mereka. Sekarang budak kecik dah boleh masuk, ayah mereka berkata.. Nanti la ada rezeki kita masuk. Yeay! Ibu lak tak pernah masuk stadium gah begitu. Kalau stadium Miri tu... masuk berjualan saja sebab Bazaar Ramadan dorang buat di perkarangan stadium. Main situ saja la. Heee
Next destination, singgah la Mydin Mutiara Rini sekejap. Nak beli cotton bud babies sebab tahunya di situ saja ada. Haha Alasan kan. Cuci mata bandingkan harga Mydin dan Econsave. Ada yang sama saja, ada yang terlajak murah. Ada yang mahal sikit. Begitu la persaingan antara kedai besa ni. Tapi dah janji nak beli cotton bud je kan.. Risau aje laa terambil sana sini. Keluar-keluar, husband ajak teman dia training main bowling sebab lepas Raya Haji dorang officemate ada tournament. Gituuu~
I was proud with myself setelah dah beranak pinak ni, memang selalu jadi tukang tengok je. Bila dah dapat lepas gian, boleh la kan? Husband pun kata, boleh la. Cara amek hati. Padahal.. Tapi proud la, lepas main tak ada kejung tangan ke sakit pinggang yang worst lagi kan. Yang sedia ada tu, tak kisah sangat. Haha
Nadhira pun seronok berjalan dalam tu. Kecik-kecik lagi merata si adik ni kan. Untung dia. Dulu masa anak sorang, itu tak boleh ini tak boleh. Banyak sangat pantang dia. Sudahnya anak ketiga. Balun aje la ke mana sebab Nadhira memang easy going happy go lucky kecuali masa sakit. Normal la kan?
First time masuk sini, setelah asyik tengok saja kawasan ni kan. Alhamdulillah, thank you husband. Gituuu~
Last but not least, bila parent dah dapat we time main bowling, masa anak-anak pulak playground time.. Beli sikit makanan di Daily Fresh Mydin kemudian lepak di Hutan Bandar Mutiara Rini. Memang suka la anak-anak lama jugak dah dorang tak ada ke taman. Sebulan kiranya begitu la. Paling best, bawak si kecik jalan di atas rumput sebagai salah satu motor skill dia. Lupa la apa function jalan atas rumput ni. Tapi begitu la kan. Kuatkan lagi deria kaki dia yang baru pandai menapak tu. She was happy. So cheeky walaupun ke-ngantok-an pasal cuma tidur di hospital pagi tadi ja.
Love sangat tengok dia enjoy main. Baju kotor belakang kira janji dia boleh explore. Next kita sand terapi pulak ye dik. Over all sepanjang bermain di taman permainan, Najmi dok terincit-incit berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Kesian pulak tengok. Padahal sebelum tu dah letak salap balm tu. Suka dia dapat ke taman. Main gelongsor. Rumput terapi. Be strong Abang. Awak la harapan ayah untuk kami tau. Dia satu-satunya anak lelaki, paling manja paling semua laa. Kakak adik dia maintain je kalau demam. Dia kalau demam... Masya Allah rengekan dia tu. Tak sanggup la kalau dia sakit. Biar la Ibu sakit. Gituu..
Usai lewat petang baru jengah rumah semula. Seawal pagi dah keluar, lewat petang baru balik. Kalau anak buat kat mak ni, pasti kena bebel aje. Pedas telinga dengar. Haha Ayah deme kata - dengan syarat esok kita duduk rumah jaa.. Haha And good night people~
Isnin, Mei 16, 2022
Raya Camp with Deer Creek di Nurjannah Camp & Eco-Resort, Pekan Nanas
Pheww~ ingatkan beraya di rumah orang penat, rupanya beraya di hutan pun penat. Bertambah penat bila anak-anak dalam mood yang tak berapa nak memberi kerjasama, but end up pada hari terakhir, masing-masing tak nak balik pulak sebab dah jumpa kawan. Alhamdulillah, usai tamat program, dorang tido awal dan memberi peluang untuk ibu update blog yang lama jugak bersawang ni.
[disclaimer: update lu, nanti campak gambar. line takkuat]
APA ITU DEER CREEK?
![]() |
Sabtu, Mac 05, 2022
Selesai daftar Nayla untuk kemasukan Pra sekolah sesi 23/24
Alhamdulillah, 1 Mac hari tu selesai daftar Nayla untuk kemasukan pra sekolah. Tunggu submit dokumen lagi. Mudahan dapat la.
Nak sekolah dah anak sulong aku ni. Aiguu~ Al-kisah ritu sepupu dia dah daftar masuk ke PASTI jugak. Jadi Ibu dia ni risau la.. Risau tak bertempat sungguh ler. Haha
Sekali ayah Nayla lagi pantas. Share dengan Ibu Nayla tentang pendaftaran untuk pra sekolah ni. Okay la kot tahun depan masuk. Sempat lagi ibu train dia untuk menulis dan membaca serba sedikit.
Cabaran anak-anak bersekolah untuk musim pandemik ni lagi penuh liku jika nak dibandingkan dengan zaman Ibu dan ayah dia dulu. Teringat dulu, kalau tak masuk tadika pun tak ada siapa pun judge. Eh, kau tak masuk tadika. Ah, gitu. Masuk darjah 1, kalau tak silap Ibu ni dah pandai menulis. Haha
Kira bijak jugak la. Haha Isi bakul angkat sendiri. Tapi bila bincang dan bercerita dengan kawan-kawan, rupanya anak-anak sekarang punya pendidikan lagi higher level. Weh, sains darjah satu? Masa darjah 4 dulu pun rasa noob sangat. Ni kana darjah satu? Allahu.
UPSR dah tak ada. PMR dah tak ada. Dugaan sungguh nak kena terus pandai untuk SPM. Mudah-mudahan anak-anak ni cepat cerah hati nak serap ilmu.
Saja la ibu nak simpan cerita ni kat sini. How besar dah anak dara sorang ni. Ibu ni masih dok belek video dia masa dia kecik lagi. Rindu. Haha Sekarang dah pandai demand dengan Ibu. Nak itu nak ini. Bisok memang berebut la barang mekap.
Ada juga baca di group KSR how mader teman anak-anak dia pergi hang out dengan kawan-kawan. Ikut, tapi dok jauh. Mudahan Ibu boleh hang out ngan anak-anak begitu.
Oh, yes. Pendaftaran masih dibuka sehingga 30 April 2022. Boleh klik di Pra sekolah . Soon, we realise home are silent from their voice.
Selasa, Januari 11, 2022
Bila Nadhira masuk 6 bulan
Alhamdulillah berjaya Ibu sampai ke Diploma dalam bidang penyusuan ibu ni. Alhamdulillah ketiga-ketiga anak berjaya sampai diploma, dan hanya Najmi saja berjaya sampai ke Master. Mudahan bersama Nadhira, Ibu berjaya ke PHD. Yes! Keep going young lady.
9hb semalam, young lady Nadhira temu janji klinik untuk pemeriksaan 6 bulan. But, mengiciwakan apabila berat Nadhira cuma naik 200g sahaja dari timbang bulan lalu. Aiguu~ bila Ibu belek balik diary berat anak-anak, ketiga mereka bila dah mula rasa nak bermain akan slow penaikan berat badan. Syukur juga mereka masih sihat kan? Cuma kali ini Nadhira hadir ke klinik dengan selsema dan batuk. Sob sob aje. Musim begini, jika anak-anak selsema dan batuk, mereka para misi suruh refer ke doktor tengok sama ada si kecil boleh dicucuk vaksin ataupun tidak. Sekiranya demam, sudah pasti akan diberikan tarikh temujanji baru untuk cucuk sahaja.
Maka Nadhira pun jumpa doktor. Sudah la Ibu kelam kabut dengan Family Planning appointment. Haha Kejap ke bilik sana, untuk pemeriksaan Nadhira. Sekejap ke makmal untuk test diri sendiri. Aiguu. Susah juga merancang dengan klinik nih. Tapi apa kan daya, mereka la yang tak perlu keluarkan duit. Cuma kena luangkan masa saja. Bayangkan dari jam 9 pagi sehingga hampir 12 tengahari. Sudah la Ibu tiada buatkan sarapan untuk Ayah dan Nayla serta Najmi. Kelaparan la mereka di dalam kereta. Aiguu. Ibu Ibu.. Kalut sungguh laa.
Eh, ni nak cerita pasal Nadhira ke Ibu ni? Haha Okay, berbalik pada Nadhira yang bertemu dengan doktor tadi. Kena la bebel sekejap pasai penjagaan kebersihan memandangkan sekarang kan musim COVID-19 pahtu dengan varian yang semakin mengganas pulak tu. Anak kecil pulak tiada perlindungan face mask ataupun face shield. Habis diperiksa paru-paru dan ubun-ubun serta di bahagian dada, doktor suggestkan buat ujian saringan covid-19 jika selsema dan batuk Nadhira berpanjangan. Silap ibu jugak cakap dah seminggu. Padahal dia baru je selsema hari Khamis hari tu. Pastu, disapukan kunyit di batang hidung. Hingusnya tak keluar, berkumpul di dada pulak. Kesian aje kan? Usai pemeriksaan tu, doktor cuma berikan ubat cairkan kahak saja sebab bayi di bawah 2 tahun memang tiada ubat untuk mereka sekiranya demam, batuk atau selsema. Ibu la kena pandai buat home remedy. Atau gunakan balsam yang ada di pasaran sekarang ni.
Selepas itu, Nadhira dibenarkan untuk suntikan HEXA a.k.a suntikan ketika usia 6 bulan. Tunggu Ibu punya panggilan Nadhira boleh tertidur. Dalam lelap tetiba kena cucuk pulak. Meraung la young lady ni. Alhamdulillah senang je nak pujuk. 10.30 temujanji Nadhira dah siap. Tinggal Ibu punya pulak.
Tunggu punya tunggu jam 11.15 pagi baru dipanggil nama. Omoh~ sekali BP tak cantik. Misi tanya ada stress ka, tidur jam berapa dan sebagainya. Siap tanya. Jujur cakap, awak penat tak? Haha Ibu pun tak tau la nak cakap penat ke tidak, tapi penat risaukan orang tunggu dalam kereta tak makan. Pahtu cakap la belom sarapan lagi. Laju aja misi suruh pergi makan dulu, relax-relax makan jangan gelojoh nanti datang semula. Aiguu. takut-takut pulang ke kereta, cakap dengan suami begini begini. Anak-anak pulak tak sabar ajak pulang. Serba salah ibu. Tapi demi sepapan pil perancang, pergi jugak. Plan asal nak amek suntikan depo, ada seorang akak ke adik siap cakap. Tak payah la depo..Nanti awak jadi saya. gemok~ serius dia memang berisi. Tu buat Ibu seram lagi. Makan noriday pun shock berat badan naik sampai --- astaga.. hahaha terkejut Ibu tengok penimbang. Omoh~~ Aigu. lepas makan pun BP tak cantik. Misi suruh masuk bilik penyusuan baring rehat dulu. Nanti dia masuk cek. Sekali dah baring, Nah. Elok pulak dia. Haha kelam kabut ibu ke bilik seterusnya. Untuk kali ni, Ibu tukar pil pulak ke Oralcon sebab Nadhira dah start makan. Mudahan tak kacau penyusuan ibu la kan.
Cerita pasal Nadhira dah makan, pulang dari klinik, Ibu masakkan bubur untuk dia. Petang tu, pertama kali dia merasa bubur lenyek. She so excited. Tak ada pulak ibu amekkan gambar. Kakak Nayla dan Abang Najmi pun teruja sama tengok adik mereka makan. Hehehe Yeay. Dah boleh makan berjemaah. Setakat dua hari menjamah bubur, Nadhira enjoy her first food. Next boleh makan campuran pulak. Hee.. ibu pulak syiok nak susun menu. Mudahan Nadhira berjaga NO SUGAR AND SALT sampai 2 tahun okay.
Selasa, November 23, 2021
Cuti-cuti 2 hari 2 malam ke mana kah kita?
Tu nah, rangkum sekali la. Sebab yang ni bukan panjang pun langkah kami. Bila baca review orang lain semua lawa-lawa je gambar. Kita ni amatur lagi. Haha Tapi review ikhlas daripada hati Ibu anak tiga. Gituu...
Dari Melaka 2 hari 2 malam , melihatkan semua macam tak ada plan lagi nak ke mana, kabo dengn husband. Alang-alang kita jalan, ajum la naik ke PD. Nak jumpa kawan main masa kat kolej dulu. Mula-mula bila di kabar tu dia senyap. Esok paginya baru dia ngajak, kata nak g PD?
Aien apa lagi, orang offer, jangan menolak. Ajum kita jalan puas-puas. Hahaha
Perjalanan daripada Melaka bermula jam 10 pagi. Ikut highway, sampai PD sekitar jam 11 lebih. Pahtu kami singgah la makan kejap di Warung Salai. Orang kata kalau dah jejak Negeri Sembilan, jangan lupa pekena dorang punya lemak cili api asli daripada Nogori.
Journey Padang Jawa - KLCC - Watch Shark Doo Doo @Aquaria Suria KLCC
Makan la di Fish and Chips ni. Nak makan macam dah kenyang dengan appetizer dia. Nayla syiok dapat dibagi peluang pilih menu dia sendiri. Dan kami bungkus fish fillet dia bawak balik Johor, sudahnya. Huwaaa menghampakan laa. Dapat la kucing-kucing mak makan ikan mahal. Bwahaha
Selepas makan, kami singgah ECo Shop dia dulu. Haha Tunaikan janji nak belikan Nayla toys. Sebab masa di Aquaria, dia nak dinosour di sana. Lain kali ye nak, doakan rezeki ayah ibu murah kita beli patung tanpa tengok harga. Syiok la Mateh belanja. Sampai balik menyebut nama Mateh dia.
Lepas Zohor, kami bergerak pulang ke Johor. Itupun singgah di RNR sebab ngantuk sangat dah husband. Dapat tidur 30 minit, baru kami mulakan kembali perjalanan. Sampai Pekan Nenas jam 6.15 petang.
Alhamdulillah tamat sudah perjalanan kami di sebelah sini. In shaa Allah akan update lagi untuk pulang kampung Opah. Bebudak dah tak sabar dah nak naik kapal terbang. Sampai jumpa lagi~




























































