posts in category BOOK

Selasa, November 15, 2022

Impian tercapai melihat karya sendiri dibukukan

 


Yeay! Buku dah sampai. Masya Allah tabarakallah. Terima kasih bekas timbalan saya dulu yang kini merupakan kaunselor bertauliah memberi peluang pada kakakmu ini. Merasa la juga jadi penulis. Baiknya pihak editor dan penerbit tak banyak ragam dalam menyusun karya kita tu. 



CFE : Ku Children & Families Enchanment 

Pihak penerbit merupakan sebuah pusat kaunseling yang berpusat di  Kajang, Selangot yang menyediakan bermacam perkhidmatan untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Boleh tengok perkhidmatan kaunseling mereka di gambar bawah ni. 



Jojo (bukan nama sebenar) thank you tau bagi peluang kat akak randomly menulis untuk buku 4 yang mengisahkan tentang perceraian dan perpisahan. 

Sebenarnya pihak penerbitan mengeluar sebanyak 10 jenis buku yang berbeza tajuk berkaitan dengan ragam dan kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sekaligus membuka peluang kepada ramai orang tidak hanya kepada kaunselor semata untuk menulis kisah mereka untuk dikongsi bersama dan memberi iktibar kepada ramai orang di luar sana. Walaupun sekadar 2 muka surat untuk satu cerita, cukup mengarap sejuta perasaan semasa menaip karya tersebut. 



Untuk Aien, Pelangi Senja, sesungguhnya sesuatu itu  berlaku tidak seperti diharapkan. Inspirasi true story semestinya. Harap owner tak marah la kan. Heee~ Terlalu sedih sebenarnya. Aien baca balik pun sebak hadir di dada. 

Semoga dia bertemu dengan kisah cintanya yang sebenar. Siapa mahu orang kita sayang dilukai berjuta kali kan? 



Kedua karya ini garapan daripada orang yang sama tapi dua point of views yang berbeza. Kononnya la. Cuma Seribu kali sayang dari point of view aku la kot meletakkan diri di tempat sang keciwa. 


Kedua karya ini, sebenarnya love the true feeling while menulis tu. Menulis dari hati. Kalau menulis dari otak, automatik jammed. Dari hati hantar based feeling, otak mencerna ayat lantas tangan laju menaip. Tapi jangan dibagi papan kekunci, pasti jammed jugak. Sebab tu kekadang kan, wish sangat kalau ada sensor yang detect apa yang tetiba kita terinspirasi itu jadi tulisan. Ahh~ gitu.. Dari mata turun ke hati. Naik ke otak, dan pap pap papa! Taraa buku dah siap! Aha.. senang sangat kan. #berangan




Ko tak yah la tengok profile sejemput ni. Supposely dari sini, boleh tahu sang penulis ni tak konfiden dengan diri dia sendiri. Haha Dia suka melihat orang, mendengar kisah orang sebab dia rasakan kehidupannya terlalu membosankan bagi orang lain. Do feel like that too my reader? 


I wish someday boleh menulis karya yang lebih baik. In shaa Allah. Doakan ek. 






Sabtu, Februari 26, 2022

E-Book Review: Reunion by Pena Kayu

 


As you may want to know, Pena Kayu adalah salah satu penulis kegemaran Aien sejak 2016. Novel pertama karya Pena Kayu yang Aien baca adalah Lelaki Idaman milik kakak Aien  Dan seterusnya macam karya dia ngam dengan jiwa. So, Novel pertama yang Aien miliki adalah  Kerinduan


Baru-baru ni Aien jumpa instagram beliau dan mula mengikuti perkembangan beliau dan teruja banyak sangat karya yang telah beliau hasilkan. Heee, excited Aien. Mula dah hobi lama masa dara dulu, kumpul novel  HAHA 


Tapi, zaman dah berubah. Ramai penulis kini menulis dalam bentuk digital disebabkan pandemik dan minat generasi yang lebih kepada bentuk digital. Aien lagi prefer hardcopy. Berbalik pada cerita kita. Hari ini Aien nak review salah satu e-book karya Pena Kayu yang bertajuk "Reunion" . 


Sinopsis/ Blurb:
Menghadiri reunion sekolah tidak pernah masuk dalam perancangan Nina. Nina benci zaman sekolahnya. Lagipun Nina ada konflik keluarga. Menghadiri reunion sekolah bermaksud dia perlu balik ke kampungnya dan mungkin akan bertembung dengan mama. Itu bala besar. 
"Either you go to the reunion or you lose your job. Dua tu saja." 
Kata dua yang menjerat Nina telah pun dilontarkan. Nina mesti ada perancangan yang sempurna mengharungi reunion sekolahnya. Dia bakal bertentang mata dengan si perasan Miss Universe, si pembuat kuih talam dan si pakar penikam dari belakang. Nina pun bakal bertemu semula dengan first crushnya yang tidak pernah tahu pun isi hatinya selama ini. Kalau salah perancangan, Nina yang susah nanti. 
Malangnya, Nina lupa meletakkan takdir di dalam perancangannya. Yang sempurna bertukar gempar. Beberapa jam setelah majlis reunion selesai, dia ditangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan! 
Lebih parah, mama yang tak pernah mengambil tahu halnya selamanya ini, sewenangnya sahaja meminta dia dikahwinkan. Demi menutup malu kata mama. 
Nina bukan gadis pingitan yang akan mengikut telunjuk mama. Mama sendiri memberi contoh tak baik, jadi kenapa Nina nak dengar cakap mama? Tetapi dia luluh setelah isi hatinya diselami. 
"Maafkan diri awak. Let the past go. Takkan ada kebaikan selagi awak simpan rasa bersalah tu."
Nina membeku. Permintaan lelaki itu tidak mampu dia proses dengan baik. Dia masih tunduk melihat sepuluh jarinya. Lama sebelum bibirnya bergerak menyusun ayat. 
"Kenapa awak nak kisah? Kita bukan kawan pun!" Bagaikan letusan gunung berapi suaranya. 
"Because this guilt is hurting you, and because I love you so freaking much." 
Ada konflik yang perlu Nina selesaikan. Ada jiwa lelaki yang perlu Nina kisahkan. Kerana kalau tidak diselesaikan, selamanya Nina takkan sempurna. 
"Awak nampak teruk." 
"Sebab saya nampak teruk, jadi awak sengaja benam perasaan saya supaya saya nampak lebih teruk?"


MY REVIEW: 


Firstly, Aien baca macam dalam intonasi suara klasik tu. Dia macam movie 80-an punya. Karakter Nina yang terlalu pentingkan diri dan sangat bersangka buruk pada orang lain. Serta mersa dirinya saja mangsa keadaan. 

Dan keadaan Kuantan itu dibayangkan dengan keadaan yang sangat klasik juga. Tak tau kenapa begitu. 

Semua orang tak sukakan reunion. Pertemuan kembali setelah 10 tahun berpisah di bangku sekolah. Apa yang dapat selain mengimbau kenangan lama? Begitu juga dengan Nina. Terlalu banyak kenangan pahitnya di Kuantan itu. 

Permintaan bos untuk Nina turut serta dalam Reunion kelasnya di Kuantan, membawa 1001 perasaan pada Nina. Kenangan dia jatuh cinta pertama. Kenangan arwah ayahnya meninggal dan Nina mempersalahkan dirinya atas kejadian itu. Dan Mama, dirasakan tak pernah setia dengan arwah ayah. Banyak rahsia yang Nina tak tau kerana Nina memilih untuk bina tembok setinggi Gunung Jerai. Seutuh, Banjaran Titiwangsa. 

Lah, Aien buat sinopsis baru. Haha At last, I was cried at the end  of pages. How Nina turunkan egonya. Bagaimana PK garapkan cinta pertama berubah menjadi stalker dn akhirnya dia berjaya memiliki hati selfish Haznina Ahmad Rosli itu. In love betul dengan karakter hero. 

Glad team Rumah PK suggest untuk combine pembelian combo e-book ni. Asalnya nak beli e-book lain, aik  yang ni ko baca dulu? Well. 

💖💖💖💖💖 - Aien bagi untuk e-book ni. Syiok baca. Klasik, yet senang nak hadam. Korang boleh la rebut peluang Rumah PK tengah buat combo Sale untuk Februari ni. Jimat berbaloi tau. 

Hehe 

Selasa, Oktober 05, 2021

E-Book: Dr Isaac Luth

 



Akibat terpengaruh bookstagram Sue, Aien dapat ebook ni. Got excited nak baca. Dah baca... Eh, situ je. Sambung la lagi sambung la.. 


Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Dr.Aina Qistina yang dapat housemanship  di nun jauh Negeri di bawah Bayu. Jauh cinta dia datang, akhirnya bersatu jua dengan jodoh ketentuan Allah. 


Bila baca novel kan, I respek dengan dorang novelist ni cause their imagination tinggi tau. Macam nak sambung ayat tu semua. I really impressive dengan dorang. Sebab dahulunya konon cita-cita tak jadi I ni nak jadi writer or novelis, tapi bila sedar sendiri ni ayat tak puitis and balik-balik kosa kata yang sama aje digunakan , so resign la. Lagipun jalan cerita I ni predictable. Tak ada excited. Tak ada bunga-bunga dia. Haha 


Nak buat review panjang tak pandai ah, sebab E-book dia ada 300 plus plus pages je. Macam tak puas je baca. Lagi-lagi bila tengok cover dia, ditilik lama macam muka Jang Ki Yong pun ada. Haha adoo, Dr Isaac Luth ada lesung pipit pulak tu. Aiguu~ so cute. 


Bila dulu masa remaja baca novel boleh hype dengan hero dia, sekarang kalo baca asyik nak kaitkan dengan laki sendiri. Paroh paroh! Tu la orang kata tiada siapa boleh tandingi cinta seorang suami. Ajee gituu. 


Buat Aien terfikir sejenak bila ngenang Couvade Syndrome  Dr Isaac Luth tu. Sweet aje. Teringat diri sendiri pulak. 3 kali pregnant, bila ngandung anak perempuan je mesti ayahnya kena sekali. HAHA nasib la labu. Baik masa Nayla dulu atau masa Nadhira. Sebab tu masa ngandungkan Nadhira, rasa hati kata sah perempuan. Sebab ayahnya kena sekali. Dia bukan muntah-muntah tau, dia jadi migrain teruk si ayahnya. Pahtu ada mengidam makan and lemau teruk ayahnya. Dan masa ngandungkan Nadhira, alih-alih dia tak leh makan pulut. 😂  Padahal sebelum tu elok aje. HAHA 


Sayang sangat ayahnya kat anak perempuan dia ni. Bila ngandungkan Najmi, sedikit morning sickness pun tak ada. Semua smooth aje sampai nak bersalin kan dia. Macam tak ada memori sangat sebab tak banyak karenah. Aiguu~ sian anak bujang Ibu. Dia begitu la kan. Benda yang pahit tu lagi kita kenang, manisnya hilang entah ke mana. 


Eh, orang nak buat review e-book ni. Ko pulak bukak cite ko. SMK betul. K dah la bai~ pageview masih merundum lagi. Malaih ler nak menulis lagu ni... hurm... 

Sabtu, September 11, 2021

Sweet Revenge by Fara Hana



Tajuk: Sweet Revenge 

Penulis: Fara Hana

Terbitan: Fajar Paker

Sinopsis:





MY REVIEW


Mengisahkan tentang perjalanan cinta Tengku Kayden dan juga Zandra Nur Tatiana. Bermula dengan sebuah dendam dan berakhir dengan bahagia. -semestinya .. 😂


First of all Aien ucapkan tahniah la pada penulis yang akhirnya berjaya mengarang sebuah novel yang boleh lawan tebalnya karya Siti Rosmizah. Jalan ceritanya kemas walaupun agak meleret jugak rentetan dia. Over all okay je, dan Aien pun berjaya habiskan dalam masa dua hari setelah sekian lama tak baca novel kan. 


Al-kisah dah taip panjang-panjang tau tadi, tapi entah mana pulak hilangnya, maka idea review pun dah terbang jugak. But, I tried to write at my best. 



Tengku Kayden, seorang lelaki yang terlalu mencintai Dahlia Aisya yang pergi meninggalkannya kerana terpaksa mengahwini lelaki pilihan keluarganya atas dasar terhutang budi. Kerana kecewa, Tengku Kayden membawa diri ke resort milik Tengku Kamal di Sabah. 


Zandra, satu-satu anak perempuan Datuk Borhan baru saja tamat pelajarannya di alam kolej, ditaja oleh bapanya untuk bercuti ke Sabah. Bertemu dengan Tengku Kayden, lelaki yang asyik 'makan' anak tebuan. Pantang diajak bergurau, ada saja marahnya. 


Ketenangan Tengku Kayden terganggu oleh kehadiran Zandra malahan tergugat dengan hadirnya keluarga Datuk Borhan sekaligus membawa semula kenangan pahitnya apabila Dahlia Aisya hadir sekali sebagai kakak ipar Zandra. Kerana rasa dendamnya Tengku Kayden terhadap Zameer, abang kedua Zandra yang telah 'merampas' kekasih hatinya, Tengku Kayden nekad menghancurkan keluarga Datok Borhan bermula dengan Zandra. 


Kehormatannya diragut, namun Zandra tidak kisah asalkan Angah dan keluarganya yang lain selamat dari dendam Tengku Kayden. Pulangnya ke Kuala Lumpur, Zandra berharap agar tidak bertemu lagi dengan Tengku Kayden. Malang tidak berbau, ibu bapanya terjumpa akan urine pregnancy test milik Zandra. Datuk Borhan membuangnya tak ubah seperti kucing kurap. Datangnya Tengku Kayden ibarat knight 'menyelamatkan' Zandra. Ibarat keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya, hidup Zandra tiada lagi ketenangan. 


Dirinya dibenci bapanya, dimaki hamun ibu mertuanya, Tengku Marina. Zandra diam tanpa melawan. Kadang geram jugak dengan watak Zandra. Dia terlalu baik, terlalu optimistic terhadap semua perkara demi orang lain terutama keluarganya. Biar la dirinya derita asalkan keluarganya tidak diusik Tengku Kayden. Jangan membenci sangat, silap-silap boleh jadi kecintaan. Begitu la pepatah sesuai untuk Tengku Kayden dan Zandra. 


Kerana hatinya mula sayang pada Zandra, Tengku Kayden membatalkan semua hasratnya untuk membalas dendam pada keluarga Datuk Borhan. Apatah lagi Dahlia Aisya seperti terhegeh-hegeh dengan dirinya semula. Cintanya cuma milik Zandra, isteri tercinta. 


Ketidakpuashati Dahlia terhadap Zandra membuatkan dia melakukan kesilapan satu demi satu untuk menghancurkan keluarga mertua sendiri. Bermula dengan kejadian Zafril mati dilanggar treler, yang pada hakikatnya dibunuh oleh Dahlia. Kemudian syarikat Datuk Borhan muflis kerana projek yang diuruskan syarikat itu runtuh dek kerana bahan binaan yang tidak selamat, juga daripada Dahlia. Tapi, yang sampai ke telinga Zandra hanya nama Tengku Kayden. Bermula episod I hate you, goodbye. 


Dahlia Aisya berpuas hati dengan perpisahan mereka. Apatah lagi dia kaut keuntungan daripada semua hasil jualan rumah milik Datuk Borhan yang dijual Zameer atas alasan tidak cukup untuk semua hutang yang ada. Namun, itu semua dusta belaka, kerana hutang milik Datuk Borhan semua sudah diselesaikan oleh Tengku Kayden. 


Pengakhiran novel yang agak kemas apabila naluri seorang ibu tak pernah salah. Datin Saerah merasakan bahawa anaknya Zameer seperti ada sesuatu yang berlaku padanya. Diajak anak menantu untuk menziarah Zameer dan isterinya. Rahsia Dahlia Aisya yang bertopengkan nafsu itu terbongkar akhirnya. Dia la dalang disebalik kehancuran keluarga Datuk Borhan. Kematian Zafril dan juga kematian Datuk Borhan sendiri. Zameer yang ditemui hampir separuh nyawa dibelasah oleh kekasih Dahlia Aisya. Dia ditangkap polis, namun tak sampai beberapa hari, pihak polis menghubungi Zameer mengatakan Dahlia Aisya mati akibat gantung diri. 


Tengku Kayden menarik nafas lega kerana dia tidak berterus terang dengan Dahlia Aisya yang sebenarnya dia anak orang kaya. Jika tidak, dia takkan bertemu dengan penghuni hatinya, Zandra Nur Tatiana. 


Pihak Zandra pulak, penulis garapkan dia sangat menyesal atas semua tohmahan dan sikap kasarnya terhadap Tengku Kayden. Bahkan mengugut mahu membunuh zuriat mereka. Alhamdulillah mereka dapat hidup bahagia atas takdir dan jodoh yang Allah tentukan untuk mereka. -THE END 




ini kali rasa macam lama pulak habiskan seketul novel. haha


Sabtu, April 18, 2020

NOVEL | Kerinduan by Pena Kayu




Tajuk: Kerinduan 
Penulis: Pena Kayu
Terbitan: Karya Seni Sdn. Bhd. 
Sinopsis: 

Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran ‘J’ saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan.

Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.

Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff.

“Saya nak Aliff.” - Din

“Tak boleh. Aliff selesa dengan saya.” - Hajar

“Saya ayah saudara dia.” - Din

“Saya bonda dia.” - Hajar

“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal.” - Din

Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri.

Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff.

“Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff.” - Hajar

"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din

Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.

-credit: goodreads


Baca semula novel di kala telefonmu tiada, dan kamu sudah tidak mempunyai apa lagi yang harus dilakukan. Yah, selongkar kembali stok novel yang ada di rumah ini. Jumpa la seketul dua. Antaranya novel ni. Dibeli pada mula berkahwin dulu, suka benar baca karya Pena Kayu ni yang boleh dikategorikan santai dan enak juga dibaca. Tak stress dengan over drama, dan senang kata SANTAI!

Oh, berdasarkan sinopsis kalian dah boleh bayangkan macamana kesudahan cerita ni. Antara Din dan Hajar. And, satu benda yang buat aku wonder? kenapa orang bernama HAJAR ini begitu malang hidupnya? No offense. Tapi, really? Boleh sesiapa jawab kan tak? 

Jika dibaca sejarah nama SITI HAJAR ini, banyak juga liku-liku berduri yang perlu dihadapinya. Bukan saja dalam novel ni. Bahkan sejarah nama itu sendiri. Yeah, sedih juga bila Hajar dibuli oleh Din yang jelas tak bercerita dengan lebih details. Penulis ni memang berjaya buat aku menangis part Aliff tak nak berpisah dengan bondanya. Walaupun begitu, dia juga tak mahu Uncle Din itu dirampas oleh Auntie Dahlia. Dan apa yang penting, watak antagonis itu sangat tidak boleh dijangka oleh seseorang yang pada mulanya unknown dan penulis berjaya juga la bawak watak Najah tu. Eh, alih-alih polis tahu dia yang buat semua kerja jahat.. hurm.. bukan senang ye kawan-kawan bila kita nak end the story.. 

Rasanya ada beberapa buku hasil karya Pena Kayu ni telah aku miliki. Tak ingat di mana lokasinya, sama ada di Melaka atau di Miri. Nanti kita cari semula.

Okay, konklusinya, novel ni best baca.  Ringan, santai dan boleh la buat sekali ngadap. Tak bosan sebab dia bukan meleret dan anda pasti terhibur! 

Selasa, Februari 04, 2020

Novel Gantung, BEST!


Novel Gantung, BEST! | Hi~ Assalamualaikum


Hasil dari berjalan ke blog Farhan Jafri yang menceritakan berkaitan dengan novel ni, terus hati rasa macam, I must read this book!

Cuba tengok di Ookbee mungkin ada, YES! Ada e-pub dia. Tambahkan di simpanan, tapi disebabkan Aien tak sabar nak tahu best-nya cerita ni. Gigih baca malam tadi. 

Sudah la ini novel FIXI pertama yang Aien baca, dan cerita nya begini. Macam, I was watching The Vampire Diaries campur dengan Ghost Whisperer punya skrin. WOW! 

Sebenarnya Aien dah sneak peak sikit dari drama dia dan macam ingin tahu dari versi novel. Mula-mula tu takut nak baca sebab kena bahagian 'benda'.  Dalam kepala, Oh ni cerita hantu. Esok je la baca. Again, tak penyabar teruskan jugak baca. 

Oh, my oh my.. I'm gonna love this novel. Patut la kebanyakan orang sekarang kalau baca cari novel FIXI sebab bahasanya tak terikat dengan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Okay, now I get it. 


Gantung 

"Musketeer Code - no all for one, just one for all." 

Gibbs, Ray, KJ dan Troll - sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Mustketter Code - peraturan yang tudaj membenarkn sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua. 

Sehingga peraturan itu dilanggar... Seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian --
kredit: fixi

 Next, drama dia pulak. Jaa Nee!

Khamis, Januari 02, 2020

Katerer Cinta by Nurul Syahida


Katerer Cinta by Nurul Syahida | Hi~ Assalamualaikum

Yes, done baca. Novel kedua di Ookbee Buffet.

Novel yang merupakan anak ke enam dari Nurul Syahida, nampak lebih matang dari sebelumnya.

Teringat pulak novel pertama karya Nurul Syahida ni yang Aien beli. Muka depannya yang hot pink gitu membuatkan Aien terpikat dan sehingga sekarang menjadi idola adik ku yang seorang dek kerana nama wataknya.

Nurul Syahida ni suka cipta nama panggilan yang klasik dan kadang kita pun tak jangka.

Untuk Katerer Cinta ni, mengisahkan tentang Maira berkahwin dengan lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korvankan kerjaua dan hidupnya demi menjaga ibu mertuanya, Puan Nas yang sakit. Pada masa yang sama, dia cuba menjadi isteri yang setia pada Annas yang bakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum menyambut hari jadinya yang ke-23  maira bergelar janda. Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin beekembang. Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita serba serbi  lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Samada ada melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya.


Kisah yang biasa-biasa yang tak pernah difikirkan orang, itu lah karya dari Nurul Syahida. Bukan cerita yang luar biasa, tapi garapan yang hebat buatkan kita terfikir bagaimana seorang katerer yang bergelar janda di usia menghadapi tiap majlis kegembiraan orang lain. 

Harus baca, sebab penulis berjaya bawa kita menyelusuri hati seorang katerer yang telah hancur oleh orang yang dicintainya kemudian kembali bangkit semula. 


Selasa, Disember 31, 2019

Rajuk Rindu By Aisya Sofea


Rajuk Rindu by Aisya Sofea | Hi~ Assalamualaikum

Terutama sekali, terima kasih Kak Sha Mohamed perkenalkan Ookbee Buffet pada Aien. Dah lama rasanya tak membaca novel. Bila Kak Sha kata buat review dia ada baca novel di Ookbee ni, tergerak hati nak muat turun aplikasi ni. Seronok wei! 

Apa Itu Ookbee Buffet? 



Ookbee Buffet merupakan satu aplikasi dari Thailand kalau tak silap, yang menggumpulkan bahan bacaan dari jenis majalah, novel mahupun surat khabar di atas talian. Anda akan diberikan tujuh hari percuma untuk plan Premium selepas me-log masuk akaun. Selepas tujuh hari, semestinya kena bayar. Terdapat dua jenis langganan selama sebulan sebanyak RM 25.83 untuk Basic dan Premium sebanyak RM 36.25. Tapi jangan risau, terdapat potongan hebat sebanyak 16% jika anda melanggannya secara tahunan.


Novel pertama yang Aien baca lepas melanggani Ookbee Buffet ni adalah seperti tajuk di atas. Ades~ Lamanya tinggalkan dunia novel ni. Sejak dah berkahwin ni, novel ntah ke mana. Haha 



Rajuk Rindu yang ditulis oleh penulis terkenal Aisya Sofea memang tak menghampakan. Siapa tak kenal Aisya Sofea ni kan memang rugi la. 

Novel ini berkisarkan tentang  Sheikh Amiruddin seorang jejaka yang berkaliber dan kacak yang sekali pandang mampu menawan hati wanita. Namun tidak bagi Su. Padanya lelaki itu sombong, angkuh dan ego. Setelah mengetahui bahawa mereka adik beradik sepupu, segalanya berubah. Sheikh Amiruddin mula menyenangkan hati Su. Malah dengan kehadiran dua orang anak saudaranya lagi merapatkan hubungan dia dengan lelaki itu. Namun, kemunculan angah adik lelaki Sheikh Amiruddin seolah-olah mencabar keegoannya.

Kehadiran Sherina yang kononnya ingin menawan hati anak-anak yang ditinggalkan pada Sheikh Amiruddin turut menganggu-gugat hubungan mereka. Hubungan Sheikh Amiruddin dan Su semakin tegang apabila su mula mempersoalkan kejujuran Sherina. Ternyata Sheikh Amiruddin lebih percayakan bekas kekasihnya hingga menuduh Su cemburu dan mengadakan cerita.

Bagaimana akhirnya hubungan Su dan Sheikh Amiruddin? Sampai bilakah Sheikh Amiruddin cemburu akan hubungan adiknya dengan Su? Bagaimana pula hubungan Sherina dengan anak-anak yang dibesarkan oleh Sheikh Amiruddin? Adakah dia seorang mummy yang boleh dipercayai?

Secara purata novel ini memaparkan 20% cinta, 70% kekeluargaan dan 10% konflik.

Sambil baca tu, dok la membayangkan siapa yang bakal menjadi Sherina gedik ni kalau diadaptasikan kepada drama? Haha

Bagi Aien, novel daripada Aisya Sofea merupakan must read novel kerana beliau adalah salah seorang novelist yang lama juga bertapak dalam dunia penulisan bersama Alaf21 ni. Banyak syarikat penerbitan dan penulis hebat namun tiada yang setanding dengan Alaf21 ni. 

Selain daripada itu, novel Rajuk Rindu ini merupakan novel ke 16 beliau bersama Alaf21. Wow, hebat tak? Susahnya nak menghasilkan idea yang berbeza sambil menaip lebih daripada 500 muka surat. Adoo~ Dulu dulu ye la berangan nak jadi penulis novel, tapi sejak menyedari diri tak boleh nak tetap dengan satu-satu idea dan ayat terabur nak habis, memang tak lepas la dengan tuan editor. Sebab tu, buruk-buruk sesebuah novel tu  sekurang-kurangnya mereka berjaya menerbitkan karya mereka. 

Semoga untuk tahun 2020 Aien akan kembali menjadi warga pembaca. 

Till next novel. Jaa Nee! 

Ahad, Jun 23, 2019

BOOK REVIEW: DEVILISH DELILAH BY RIN AHMAD


Hai hai Assalamualaikum,,

After long time didn't had a really good reading, here me with Rin Ahmad 2nd baby with alaf21. Dan sesungguhnya Rin Ahmad tak pernah mengeciwakan bagi Aien yang memang meminati karyanya dari Untuk Semua Dosaku, sampai yang latest ni even dah bertukar penerbitan. 

Karya yang semakin matang as membawa kita bersama Delilah yang selamba dalam tutur katanya, belajar erti cinta dengan mengenali diri sendiri dahulu, baru mencintai orang lain. 

Well, Aien tak la berapa nak fokus sebab tiap kali nak baca Nayla kacau, so my reading was like takes two days untuk finish-kan buku ni. 

Ending yang agak slow, tidak la membawa kita harapan yang tinggi bahawa setiap novel itu berakhir dengan happy ending. Haha but it's always happy ending. Tiap kita ada happy ending, cuma perlu mencari saja. 

Nak review penuh, kang spoiler because I'm not a boookworm anymore yet I still love the smell of new book. 


Next, Rin Ahmad. haha 


Me as your fan always waiting for a new baby. 😘 

Jumaat, Oktober 26, 2018

BOOK REVIEW: JOSH and HAZEL's GUIDE TO NOT DATING

Hi~ It's me here.. 

Haa~ gais buat apa tu? TGIF yek.. Minggu gaji pun yer.. ngajak la family keluar makan. Bagi yang belom lagi tu jangan sedih jangan duka kerana minggu mu belom tiba. Eecceehh~ apa ni.. Saja nk menyakat hangpa sebelom ni pengenaikan buku ni. Haa~ asyik cerita pasai drama la, movie la. Kadang boring jugak. Meh la kita membaca pulak. Generasi membaca pun dah makin pupus la ni, masyarakat pun kadang malas nak baca. Tapi korang tak la kan.. sebab korang rajin membaca la suka tulis blog. ye dak? ^O^ 


Tajuk: Josh and Hazel's Guide To Not Dating
Penulis: Christina Lauren
Muka Surat: 204
Genre: Romance
Sinopsis: 
Most men can’t handle Hazel. With the energy of a toddler and the mouth of a sailor, they’re often too timid to recognize her heart of gold. New York Times and #1 international bestselling author Christina Lauren (RoomiesBeautiful Bastard) tells the story of two people who are definitely not dating, no matter how often they end up in bed together.

Hazel Camille Bradford knows she’s a lot to take—and frankly, most men aren’t up to the challenge. If her army of pets and thrill for the absurd don’t send them running, her lack of filter means she’ll say exactly the wrong thing in a delicate moment. Their loss. She’s a good soul in search of honest fun.

Josh Im has known Hazel since college, where her zany playfulness proved completely incompatible with his mellow restraint. From the first night they met—when she gracelessly threw up on his shoes—to when she sent him an unintelligible email while in a post-surgical haze, Josh has always thought of Hazel more as a spectacle than a peer. But now, ten years later, after a cheating girlfriend has turned his life upside down, going out with Hazel is a breath of fresh air.

Not that Josh and Hazel date. At least, not each other. Because setting each other up on progressively terrible double blind dates means there’s nothing between them...right?


Okay sinopsis tu Aien copy je dari google book. Cause I don't know how to pendekkan sinopsis dia. Hahaha

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

MY REVIEW: 

Mula-mula baca tu dah menarik. Aien saja ja try baca cerita ni semalam. End up Aien boleh habiskan dalam beberapa jam sahaja. Well, Best kot. Sambil nyusu anak, sambil buai anak, dah dia tido, baru boleh fokus. Haa~ gitu.. 

Hazel ni bright personaliti, dan Josh pulak kind of Mr.Perfect gitu, somehow dorang klik bila bersama. Apa orang kata, ada kimia di situ. 😂 

Lagipun bila tengok review majoriti dan tak dinafikan Christina Lauren ni memang BEST NEW YORK AUTHOR dan karya dia punya banyak. Buku ni baru di-realise-kan September yang lepas. Kira latest book dia la. Rasa hampir 30 jugak karya Christina ni. Masyuk idea dia. 👍 Thumbs up la. 

Kadang-kadang kita perlu berubah angin bila terlalu fokus dengan satu benda kan. Bosan menonton kita membaca. Dah tak buleh nak hadam segala bacaan, kita mengaji. Eh~ gitu. oK, sebelum Aien membebel merapu, bagus jugak berenti menaip ni. Penat jugak menaip kat phone je. Bagi mereka yang komen² kat entry Aien, thanks, tapi Aien tak dapat nak reply on phone somehow dia macam tak keluar. Sedih laa~ tunggu bajet baru ada idea nak beli theme baru. Okay, hari pun nak hujan. Moh kita lena dengan anak sat. 

Selamat membaca uolls.. 



Isnin, Ogos 20, 2018

BOOK REVIEW: LOVE LILA

Assalamualaikum w.b.t 

Kabare u olls? Minggu ni bermula cuti sekolah sekaligus cuti hari raya Aidil adha a.k.a Hari Raya Haji. Haa, Aien pulak dah fly balik Sarawak ni. Sempat lagi update kan? 😄 Lagipun tengah tunggu calling, dah check in apa semua, tunggu je la. Okay, kali ni Aien nak share dengan anda semua karya terbaru Rin Ahmad selepas beberapa anak sebelum ni yang Aien pernah share seperti Jejaka Edisi Terhad dan banyak lagi la.  Untuk baby kali ni, Aien terpikat betul dengan muka depan dia. Naiceee~ Baru Aien perasan yang kali ni Rin Ahmad dengan Alaf21 colabration. Selalu dengan kakinovel kalau tak silap la kan. 


Tarraaa~ as you can see.. The muka depan is so cute with pink theme. 
Dengan snow globe. Auwww~ so comel!



Back view dia tak kurang awesome. Kalau kita trngok belakang ni pun boleh tau berapa rate jalan cerita novel ni. Rin Ahmad tak pernah mengecewakan. But, I take few days to read this book more than others. Kebiasaannya buku Rin Ahmad, Aien boleh baca around 4 or 5 hours. This one, kinda heavy content. Cause about doctor and nurse life. Garapan jalan cerita antara Juhaidi dengan Lila pun kinda pusing². Senang kata, ceritanya bukan fokus dengan cinta semata. Suka dengan Rin Ahmad sebab banyak ilmu jugak boleh dapat sambil kita baca novel dia. I wonder how typical novel boleh terjual di luar sana. Haha no offense. Tapi, still awesome sebab dorang boleh berimaginasi dan menghasilkan karya. Good job all writers out there. 

So, Aien tamatkan review Aien dengan memberikan 4.5/5 bintang. Still awesome though walau amek masa yang berhari untuk baca. 

Okay. Now calling for flight going to Myy a.k.a Miri. See you soon in next entry. 



Ahad, Julai 31, 2016

BOOK REVIEW: Hero seorang Cinderella


Pada petang yang indah, aien merajinkan diri menaip untuk review. wow~ tetiba je kan? hehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cantek kan novel ni?

aien follow up novel ni kat blog anjell lagi. baca-baca sampai ternanti bila lagi nak keluar anak dia ni? sudahnya, sebelum aien jejak tanah Malaya balik, aien singgah Popular beli la satu. Buat peneman diri dalam flight. 

Best! 

Anjell kan? dia tak pernah mengeciwakan. Feveret aien dia ni. 

Sinopsis novel ni based on apa yang aien baca, Tengku Ian menyamar sebagai orang biasa semata-mata nak melihat drama manusia yang tamakkan harta. Nura Medina, anak Datuk yang dianaktirikan oleh keluarganya sendiri. um, Kind of la bila bapak dah kawen lain pahtu busy. Sian Medina. 

Nak tahu kesudahan Medina dan Tengku Ian? 

Cepat-cepat la serbu Popular, MPH book store yang berdekatan. Kalau rasa malas nak keluar, click saja di shopee nuu dengan harga yang berpatutan. Siap ada diskaun lagi sekarang ni tau! 

Cepat! Cepat! 


Kbai

P/S: Waiting for another baby -Alpha Male.. Anjell kata taun depan kot dia release. Maka, mohon bertabah!





Jumaat, Disember 18, 2015

BOOK REVIEW: Jejaka Edisi Terhad


A what? Automatik mata pun macam nak klik je kan? Bukan la. Ni, one of my feveret novelis kuarkan novel baca Januari 2016 tajuknya "Jejaka Edisi Terhad". Rasanya second child Rin Ahmad ni "Gadis Edisi Terhad", and pun selamat dah jadi collection bete. hik hik hik.. ha~ nih dia.. boleh la klik gambar kalo nak beli online. Kak Rin, ai tolong promote your novel. Ouh~ my feveret. selain daripada Anjell. Anjell pun lama dah tak apdet blog dia. Menunggu jugak karya terbaru dia.


Hasilnya entry ni, terbaca geng blogger dia post gambar pasal novel dia. Terbuka pulak entry Kak Rin, terus yang...


Muka tak boleh blah sungguh~ excited nyer menambahkan collection Rin Ahmad nih. Semua ada. Dari anak pertama dia,
Story nih sangat touching la. Sedih. Version macam ni yang kena la dengan jiwa bete yang konon suka romance version nih. Pahtu, watak yang ada digarap macam.. Ah~ Terlebih pulak bete nih mengritik. Maap ler. Habit!
You guys, kalau tak pernah baca nih, sila la beli online kat SINI or nak baca sinopsis dia, or baca sikit online, boleh klik kat gambar.
Anak kedua Rin Ahmad, version nih pun best. Memang limited edition punya la girl ni. I like~ dulu konon nak jadi macam ni, haha tak kopak la. Lagipun, hobi ni macam membazir je. hehe. Klik la gambar untuk kisah selanjutnya tentang Jasmeen. 

Untuk anak ketiga, Rin Ahmad jadi semakin rare dan membuatkan bete tak leyh nak lepaskan tangan dari tak mengambilnya bila pegi Popular ritu. Kisah Johan dan Arluna yang seunik namanya, pergh~ I wonder if novel ni diadaptasikan. hehe Siapa lah yang jadi Johan dan Arluna yang giler tu. haha. I mean GILER kat sini, bukan la gila mental, tapi.. yang... yang Arluna la..






Last but not least sebelom Jejaka Edisi Terhad, BIMBo! haa~ ya nih... personal opinion, kureng sikit~ tapi still okay dari Rin Ahmad kan.. Biasa kalo novel tu  best, bete akan keep baca sampai lunyai novel tuh, tapi, BIMBo ni still dalam keadaan baik lagi. heheh 
Bestnya dalam BIMBo ni bahasa dia. Pergh~ douche bag yer.. Bimbo ni bahasa kasar dowh~ haha depends la pada orang nak hadam dia macamana. 

 







Habis~ moh ler kte order reramai kat KAKINOVEL. hehee