Isnin, Ogos 25, 2025

Tulisan pertama pada 2025


Terllau banyak yang duduk di draft. Bukan tak nak menulis, tapi cuba untuk berhenti berkongsi sesuatu yang melalaikan. Biarkan apa yang ada saja. HUHUHU

seawal 2025, banyak cerita pahit jika hendak ditulis, sebolehnya tak nak simpan kenangan pahit tu di sini, sebab berat. Di tempat lain mungkin boleh diceritakan melalui video atau gambar, di sini. hikayat tulisannya harus ditaip berjela dan ceritanya susah nak habis. Maka dipendekkan melalui video. Senang! 

Masih dengan rutin yang agak memenatkan, but hey! hidup ni memang untuk penat kan? So, berhenti merungut! Eh, aku ni tak taip benda lain, tapi bila tengok auto-correct daripada tabs ni jadi annoyed pulak. Curi waktu sementara sebelum bersiap-siap untuk pick-up anak sekolah. Semua kerja rumah sudah selesai seadanya. Masak, baju laundry, kemas serba sedikit mana yang tidak menyakitkan mata untuk melihat. 

Korang Apa khabar? Wujud lagi ke manusia yang membaca blog ni ek? Mungkin kena tulis sini la kot hikayat kehidupan before three five bulan depan. HAHAHA dok fikir, Apa ek benda yang aku buat sepanjang 35 hidup aku ni? Nothing much but not less. Kehidupan yang aku tak pernah jangka akan sampai umur ini. Always dream will die by 29 September. Mungkin orang lain terfikir akan ohhh, tarikh kahwin aku seronok tarikh cantik. But, for me dream by ohh, kan cantik tarikh mati aku 29 09 09 or perhaps 29 09 19. Tapi alhamdulillah Masih hidup untuk tahun 2025 dengan ada keluarga kecik untuk aku berkhidmat. Anak tiga ketul aku didik menjadi manusia yang berguna dunia Dan akhirat. Tanggungjawab yang paling berat sebagai seorang Ibu - di mana ketika aku dilahirkan dalam keluarga yang - tak pinta dilahirkan. :) 

Perkataan yang paling sesuai untuk aku adalah MALAS. ohh, bukan aku tak tahu, cuma aku malas. Aku tahu buat sebegitu sekian begini. Tapi malas. Ohh, aku teringinnya hidup begitu begini. Tapi disebabkan malas berusaha or mungkin begitu selesa di comfort zone, dan ianya tetap menjadi angan-angan. Hidup la seperti Mat Jinin. Atau seperti Pak Pandir yang terlalu bodoh dengan perangainya sendiri. 


Wehhh!! apa yang bermain dalam kepada aku ni. Jari jemari laju menaip tanpa skrip. Tanpa filter meluahkan segala yang bermain dalam kepala. Ko rasa? Nampak sangat gian nak menaip. Kelmarin, jalan-jalan di Mid Valley tengok laptop di PC Image, perghhh - mana ek nak cri harga new brand laptop bawah 1.5k. Haih, laptop aku yang dah 10 tahun tu, sejak di repair suami, sampai sekarang tak boleh hidup. HAHAH kalau nak hidupkan pun hantar kedai pun maunya kata simpan muzium aje laa. Klasik sangat dah tu. Yang ada ni pun, suami aku dapat apa tu yang saiz kecik saja tapi bawah rm100 tu. Entah tak muncul pulak ayat tu dalam kepala aku ni. 


Boleh la ek entry untuk bulan ni. Cukup satu hikayat 2025 ni. Banyak lagi ceritanya. Cumanya aku dah masuk fasa sibuk di jalanan. Pergi hantar ambil anak sekolah. Fasa aku bersenang lenang tergolek stress di rumah dah tamat. Sekarang fasa untuk banyak di luar rumah, atas kereta Dan Cuba serap vitamin D banyak-banyak. Tapi jangan lupa pakai sunscreen jika tak mau ada jeragat. HAAHAHAH

Bila dikenang kembali - hidup tu begini la. Kita takkan berada ditakuk itu lama-lama. Kita akan berubah seiring dengan waktu dan tanpa kita sedar, kita akan berubah. Kisah dahulu takkan sama dengan yang sekarang. Even, peristiwa itu masih segar dalam kepala, ia adalah untuk kita Dan tinggal kenangan. Jadi, rekod la sebanyak-banyak kisah yang sedang di lalui ini, supaya kita ingat who are we berada di 10 tahun lalu. Nanti aku cerita 10 tahun lalu aku di mana . Nanti tu tak tau bila la kan.

Sampai jumpa lagi, jika punya waktu dan rajin yang singgah. Jaga diri, sampai ketemu~