Wednesday, December 21, 2016

STEP 1: FOR MARRIAGE

tahun baru menjelang, Aien pun makin busy dengan perancangan yang besar dalam hidup Aien. Wow~ Aien.. Tahniah! 

*shyly smile* 

hehehe 

Okay. let's go to the topic. Aien nak cerita la benda basic when you planning to get married. haaa. 

Step One: Daftar Kursus Pra Perkahwinan

Alah~ benda ni setiap negeri ada. Cumanya berbeza nilai harga dan cara bagaimana setiap Jabatan Agama Islam setiap negeri masing-masing handle la kan? 

Macam last few month, ya ya last year, Aien praktikal ni JAIS Miri, banyak la jugaknya Aien belajar. Secara tak langsung bonus untuk Aien untuk setiap step pendaftaran ni. hehe

Back to story. 

First, bila nak daftar Kursus Pra Perkahwinan ni ada DUA langkah. Either you choose to walk in to mana-mana Jabatan Agama Islam or Majlis Agama Islam or Pejabat Kadi  la senang untuk semenanjung Malaysia, atau register online di laman sesawang Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. 

Macam hari tu, Aien ingat nak amek kat kolej memandangkan murah la jugak RM80 (harga Melaka) and dekat sebab masa tu Aien ada kat kolej. Alih-alih pulak, dorang MAIM tunda sampai bulan 1. Like what??? 

Mana Aien nak tunggu kat Melaka sampai bulan 1 semata-mata untuk kursus tu kan? Sedangkan di Miri, Aien boleh je dapat lagi murah (RM50). hahaha 

Tapi, Aien gigih dan gagah p la daftar online, nak amek kat Melaka jugak. Done daftar online, tak sempat nak p bayar sebab masalah transport. Macam-macam la dugaannye. haha

So,  terbang la sia-sia RM80 yang Aien dah bayar kat kolej tu. Tak dapat claim untuk MAIM, So, I'm done! 

Tunggu balik nanti la. En. tunang pulak dah amek sendiri kat Johor. Sampai hati tak ngajak. :')


nak tak nak kita kena la amek sendiri. 

And, bila dah daftar tu, PLEASE REMEMBER PAY ONE WEEK BEFORE THE DATE. haha benda ni yang Aien always terlupa. ish ish ish.. 
Bila dah sibuk, terlupa yang kita dah daftar, tapi belom bayar. parah!

Maka, tunggu la pada hari kejadian yer.. 

Aien sertakan harga Kursus Pra Perkahwinan seluruh Malaysia bagi tahun 2016. 


Sarawak - RM 50
Melaka - RM 80
Johor - RM 120
Selangor - RM 80
Perak - RM 100
N. Sembilan - RM 80
Kelantan - UNKNOWN 
Terengganu - RM 50
Wilayah Persekutuan Labuan - RM 120
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - RM 120
Perlis - UNKNOWN
Kedah - RM 80
Sabah - RM 100
P. Pinang - RM 80


Haa~ macam biasa la. Harga pun pusing situ je. Untung dok Terengganu ngan Sarawak. haha dapat murah.. 

Seperti kebiasaan bila kita pergi program, mesti ada dress code yang kita kena ikut. Untuk kursus kahwin ni, of course dress code dia, berpakaian sopan, lelaki mesti pakai kopiah or songkok dan perempuan memakai pakaian menutup aurat dan memakai tudung. 

Sijil kursus pra perkahwinan ni ada setengah negeri macam johor, hanya boleh guna untuk satu perkahwinan je. Kalau tempat lain, boleh guna sepanjang hayat. kan? 

Itu je kan? ada lagi yang Aien tertinggal? pape pun... 

Niat tu kena betul. Nawaitu kerana Allah SWT. kan?

Sampai ketemu lagi.. 


9 comments:

  1. selamat bkursus =D
    bru tau sabah & perak kedua tggi yuran kursus kawin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita.. baru tahu tempat sendiri murah masa praktikal ritu.. :D

      Delete
  2. ehemmm...dah nk kawin ker ahahaha :P jk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem... seru dah sampai in syaa Allah.. haha

      Delete
  3. Salam singgah sini dik...selamat berkursus...

    ReplyDelete
  4. kita tak gi lagi ni. haha. oo nismilan rm80 ea. tahun depan la ambil. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. g la amek.. nismilan murah je sama dengan melaka... hehe

      Delete
  5. Sally dulu anjurkan kat kolej...jadinya dapat jugak laa..nnt tak payah ambik yg baru :D

    ReplyDelete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Instagram

Pinterest