Friday, October 07, 2016

Mission Accompolished!

Destinasi: Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

Alhamdulillah pada 31 Ogos ritu, Aien telah berjaya mendaki bukit Putih kat Tg. Tuan tu. Bukit kedua yang telah daku tawan. 

Perjalanan yang dimula pada 8 pagi, kami bergerak dari asrama  masing-masing. Berhenti breakfast sekejap, pahtu baru gerak balik. 

Sampai-sampai Tg. Tuan, pergh~ ramainya orang. Public holiday be like... 

Ada siap bawak anak-anak panjat lagi. Tabik la pada ibu bapa yang sado. 

Nak kata tinggi tu, tak ada lah tinggi mana, tapi jika dibandingkan dengan Bukit Broga, Bukit Putih ni much adventure. Sebab laluan untuk naik ke puncak tu, phew~ kancus jugak gamaknya. 

Tepat jam 12 tengahari, selamat tiba di puncak yang penuh dengan orang. Huwaaa~ tunggu la turn sebab Aien tak berapa gemar dengan orang ramai. Tapi, sebab friends tak sabar nak sampai puncak, memanjat la jugak. 

Serius, puncak dia, memang puncak. Sangat puncak. Kalau siapa dah pernah jejak Broga yang landai tu, mesti macam... aha~ Kind of scary la jugak.. 

Tapi puas hati  bila tengok lautan yang hijau dan biru di bawah sana.. Rasa macam nak buat terjunan ala Bryan Lomas ke bawah la pulak. 



See, memang tak dapat dibezakan mana satu langit, mana satu laut. Subhana Allah sangat. 

pahtu dalam menunggu orang ramai, kami sempat bergambar dengan stranger. haha entah pape je kan.. 

Budak-budak la katakan.


Hasil bergambar dengan stranger yang struggle untuk bergambar segala bagai. Bila tengok orang lain pergi, tak ada la sesemak macam kami pergi. hahaha

Tarikh dipilih sangat la tak sesuai. Sabo je la. 

Last sekali, ini je Aien dapat hadiahkan. Selfie berdua dengan dia, sebab yang lain masih tak nak berganjak daripada port hujung dunia. 

Okay, Sekian saja update dari Aien. Punya la na karang entry mission accomplished ni makan masa sebln. parah-parah.. 

Sampai ketemu lagi. 

:P


1 comment:

  1. Seronok dapat beraktiviti bersama kawan-kawan..
    Masa muda yang akan jadi kenangan..

    ReplyDelete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Instagram

Pinterest