Skinny Pants for Woman

Isnin, Mei 02, 2016

Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat aur dengan tebing. Sungai dan laut. Gitu la gamaknya perumpamaan yang sesuai. Kali ni aien nak cerita dengan korang semua pasal skinny jeans. 
Aien nak ingatkan bahawa koleksi skinny pants for womens ini mempunyai beberapa jenis dan bukan semua jenis boleh digayakan oleh semua bentuk badan wanita. Penting untuk korang mengenalpasti terlebih dahulu apakah jenis bentuk badan korang dan rekaan skinny pants manakah yang bersesuaian.
  Meh~ aien nak share la, beberapa jenis skinny jeans dan siapa pemakai yang sesuai memakainya. 



HIGH WAIST SKINNY PANTS
Untuk rekaan skinny pants yang mempunyai potongan sehingga ke bahagian pinggang seperti ini, ia lebih sesuai dipakai oleh wanita yang bertubuh langsing dan tinggi. 


CLASSIC SKINNY PANTS
Bagi wanita yang mempunyai potongan badan yang agak berisi pula, potongan skinny pants yang paling sesuai untuk anda gayakan adalah koleksi classic skinny pants. 


 SUPER SKINNY PANTS


Wanita yang bersaiz petite pula boleh tampil bergaya dengan menggayakan koleksi super skinny pants yang mempunyai potongan lebih kecil dan ketat berbanding semua jenis skinny pants yang lain. 


CROPPED SKINNY PANTS

Dan yang terakhir, bagi wanita yang mempunyai tubuh persis seorang model, koleksi cropped skinny jeans berikut merupakan pilihan yang paling ideal. Ia direka dengan potongan yang sama tetapi labuh di atas bahagian buku lali si pemakai.

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤