Thursday, March 24, 2016

BROGA HILLS~ Here we Are

Setelah berehat dengan cuaca yang tidak menentu, aien akhirnya mengadap blog ni. Fuh~ berabuk jugak. Geng~ awak semua busy yek?

Tak pe. Moga kalian sihat selalu yek. Jaga diri dalam keadaan cuaca yang tak menentu.

Kali ni, aien nak update tentang Bukit Broga.

Dua hari lepas, aien and the geng panjat Bukit Broga memandangkan tengah cuti midsem. Syiok sangat! haha first time hiking kot. haha

Teruk kan aien? semua benda baru first time, habis selama ni hidup buat apa? haha Tak thrill langsung!

Meh~ dengar aien story.


Ni la muka-muka yang turut serta. 

Perjalanan kami bermula jam 3 pagi gerak daripada Kuala Sungai Baru, Melaka. Memandangkan semalam celebrate birthday boy, memasing pakat tak cukup rehat even deme yang bawak kereta. Ado~ kami konvoi tiga buah kereta dari Melaka. 

Sampai di Beranang, kami singgah rumah kawan yang akan jadi direction untuk panjat jam 5 pagi. Rehat sekejap sementara tunggu subuh. Plan nak naik sebelum subuh, tapi sekadar plan semata. haha

Lepas subuh, baru kami panjat. Tu pun warm up sekejap terus panjat. Sepatutnya ada 10 orang, sorang dah terkancus half way. Paksa send dia turun sebab risau dia push over herself, sampai atas tak ada siapa nak bawak dia turun. 

Sebab semua tak cukup rehatnya, Semua naik slow-slow. No rushing. Ala, nak kejar siapa entah kat atas tu. Haha Lagipun, hari mendung je. Sedap la jugak nak naik. 

Nasib tak curam. Team mate ni jugak pernah naik Gunung Dato' sebelum ni, dorang cakap lagi curam. Sudah la masa tu dorang naik hujan, turun tu memang mencabar. Selalunya lelaki tension naik ngan pompuan sebab slow. haha

Hampir jam 9 kot kami sampai kat atas. Ingatkan dah tak nak naik puncak, sebab sakit kaki. T^T rehat 15 minit kat batu besar, lunjurkan kaki.. Tunggu dua orang yang hantar sorang tadi tak kunjung tiba. Aien gigih naik sendiri. 


Mereka dulu yang sampai ke puncak yang tak berapa nak puncak. At least, okay~ 

Sakan la deme ber-welfie. Rupanya ramai jugak kat atas ni. 


Setengah jam kemudian, aien sampai jugak~ nampak tu muka penat habis. Habis jugak sebotol air aien bawak tu. 

Lepaskan lelah. Habiskan masa dengan selfie. Siap hujan lagi kat atas tu. Dengan kabus yang, masya Allah canteknya.. Subhanaa Allah la. Macam dragonball punya awan tu.. 
Broga hills telah berjaya ditawan! Yeah~ Muka puas hati~

Turun bawah dalam jam 10 lebih sebab risau hujan lebat. Kang basah semua. Cadangkan nak mandi air terjun Sungai Petkala, ke hape,... tapi dengar ada virus kencing tikus, kami semua terus lepak kat rumah kawan kat Beranang je. 
Tu je la planningnya. haha 

Acah-acah nak pegi Istana Seri Menanti, tapi tutup pulak dah. haha

Muka sedih ke tu? 




Yang ni~ tak perasan bila masa tuan punya cam ni snap! hampeh! 

Okay. Sekian saja cerita aien. 

haha boring kan~ in syaa Allah lain kali aien cerita lebih menarik. hehe



Lanje satu feveret gambo untuk hari itu:


14 comments:

  1. Haha saya pun teringin nak hiking jugak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom.. next hiking plan... bukit kutu..

      Delete
  2. Pernah naik Bukit Broga masa sekolah dulu, tapi samapai first phase saahaja. Tak larat dah. Haha. Tu pun balik rumah terus sakit kaki badan semua. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kne warm up sikit pun jadi la. saya ingat dah xmampu nak teruskan, but if we don't push ourself, siapa lagi kan? sampai ble kita takkan tahu limit kite. hehe cuba lagi.. xtinggi mana pun. take time naik, janji sampai~

      Delete
  3. opi naik semputt gileee.. hahahaha. jauhh tu dari melaka . gigihnyaa :)
    tapi puas aah dah naik sana :) rinduu nak p sana lagii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tu la pasal. cuti la katakan ..gigih la..

      Delete
  4. Haha I just hiking there last month . Tapi best lah pergi dengan member . Ada feel "enjoyed" kan . I don't know which one are you . So I hope you are having fun either . Judging from those faces , definitely you enjoyed this trip lah kan xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak leyh nak detect ke? memang pun enjoy.. seronok. next time nak pegi lagi dengan team mate yang sama..

      Delete
  5. Selalu dengar pasal hiking Bukit Broga nie, teringin gak nak try ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la abg zumal.. tak tinggi mana pun. hehe

      Delete
  6. Bestnya dah pernah naik Broga Hill. One day, nak sampai jugak sini :)

    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah, ada peluang naik la. xrugi.. :D

      Delete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~